Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, May 29, 2020

Ulama teramai meninggal dunia.




 Kenangan untuk kita bersama anak cucu nanti.
Satu sejarah , ulama teramai meninggal dunia.
Dunia sudah dipenghujung . Orang Soleh kekasih ALLAH ramai yang telah dijemput.
Moga ALLAH selamatkan kita , anak isteri ahli keluarga , sahabat serta seluruh ummat Islam.
Moga selamat iman islam ehsan kita dan dimatikan dalam Iman...

Bismillah. Antara Para Habaib, Masyaikh, Kiai, Tuan Guru, Maulana, Alim Ulama' (82 nama yang sempat dikumpulkan bersama) yang telah kembali kerahmatullah  dalam bulan RAMADHAN - 6 SYAWAL 1441 H :

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم
 Al-Fatihah buat semuanya🤲🏻

(Bukannya musibah yg besar itu kehilangan akan harta, Bukan juga kematian kambing mahupun unta, Sebaliknya musibah yg besar itu adalah kehilangan seorang guru, Yang mana melalui kematiannya guru itu menyebabkan ramainya manusia lain mati dengan kejahilan)

1️⃣ Ramadhan @24 April 2020
-  Habib Sayyidi Walid Syed Alwy Omar bin Ahmad bin Salem Rahimahullah (Kuala Lumpur, Malaysia)

3️⃣ Ramadhan @26 April 2020
- Kiyai Haji Djamaluddin Abdullah Rahimahullah (Kertosono, Jawa Timur, Indonesia)

5️⃣ Ramadhan @28 April 2020
- Syeikh Muhammad Ali Selfek (Turki)

6️⃣ Ramadhan @29 April 2020
-  Paknjang Rashidi, Ustaz Muhammad Rashidi bin Tuan Guru Haji Hitam Tanjung Bedil Rahimahullah (Kelantan, Malaysia)
- Syeikh Ahmed al-Rifaie Rahimahullah (Iraq)

9️⃣ Ramadhan @2 May 2020
- Habib Abdullah bin Ahmad bin Hadi AsSeggaf Rahimahullah (Seywun, Yaman)
- Al Habib Abdullah bin Muhammad bin Hadun Al-Attos Rahimahullah (Tegal, Indonesia)
- Al Habib Hood bin Hussein bin Alwy Al-Haddad Rahimahullah (Singapura)
- Al Habib Abdul Qodir bin Ahmad AsSeggaf Rahimahullah (Malang, Jawa Timur, Indonesia)
- Abah Guru Zuhdi/Kiyai Haji Ahmad Zuhdiannoor Rahimahullah (Banjarmasin, Indonesia) 
- Guru Kiyai Haji Ustadz Husni Zam Zam Rahimahullah (Barabai, Indonisia)
- Al Fadhil Ustadz Lukman Hakim Abdul Latif Rahimahullah (Kedah, Malaysia)
- Kiyai Haji Mahfudz Harim bin Abdul Rachim bin Abdullah Bin Abdul Majid Bin Bunyamin Rahimahullah (Jombang, Jawa Timur, Indonesia)
- Syarifah Sidah Alaydrus Rahimahallah (Solo, Indonesia) 

🔟 Ramadhan @3 May 2020
- Habib Muhammad bin Abdurrahman Alkaf Rahimahullah (Indonesia)
- Asy Shaykh Dr.Bustani Mohamed Khir al-Sudani  Rahimahullah (Birmingham)

1️⃣1️⃣ Ramadhan @4 May 2020
- Sidi Syeikh Abu Bakar bin Muhammad bin Ali al Muhdhor Rahimahullah (Madinah)
- Al Habib Sayyid Hussein bin Ahmad bin Abdullah bin Aqeel bin Abdurrahman Al-Attos Rahimahullah (Hadramaut, Yaman)
- Al Habib Syakir Bin Jaffar bin Hamid Al 'Aydrus Rahimahullah (Jakarta, Indonesia)

1️⃣3️⃣ Ramadhan @6 May 2020
- Syeikh Muhammad Mahmud At-Thoblawy Rahimahullah (Mesir)
- Guru Khalil bin Abdullah, Guru Alm Asdullah Rahimahullah (Martapura Timur, Indonesia)
- Sidi Syeikh Abdullah bin Muhammad Ar-Rabbani Thoriqah Tijani Rahimahullah (Mauritania)
- Tuan Guru Haji Asbullah Mohd Salleh Rahimahullah (Labuan, Malaysia)

1️⃣4️⃣ Ramadhan @7 May 2020
- Shaykh Sayyid Muhammad Eid al-Yaqub al-Hussayni al-Naqshbandi al-Shaami Rahimahullah (Syiria)

1️⃣5️⃣ Ramadhan @8 May 2020
- Al Habib Hussein bin Abdullah bin Yusuf Al-Hasani Rahimahullah (Makkah)
- Al Habib Abdul Qader bin Attas bin Abdul Qader bin Sheikh Ali Kaff Rahimahullah (Hadramaut, Yaman)
- Tuan Guru Ustadz Dato' Haji Ismail Kamus Rahimahullah (Selangor, Malaysia)
- Shaykh Muhammad Kabir Touray al-Tijani Rahimahullah (Toronto)

1️⃣6️⃣ Ramadhan @9 May 2020
- Habib Abdullah bin Hasan bin Hud Al-Attos Rahimahullah (Pekalongan, Indonesia)
- Ayahanda Kiyai Haji Marwanuddin Rahimahullah (Purba Baru, Sumatra Utara, Indonesia)
- Ulama' Hadis Prof.Dr.Syaikh Omar Al-Ma'ruf Ali Rahimahullah (Sudan)

1️⃣7️⃣ Ramadhan @10 May 2020
- Al Habib Ahmad bin Zein bin Abdullah Al Kaff Rahimahullah (Surabaya, Indonesia)
- Al Haji Al Muqaddam Syeikh Salim Muqit Joseph al-Tijani Rahimahullah (America)
- Guru Kiyai Haji Khusnan Mahsyur Bantul Rahimahullah (Yogyakarta, Indonesia)
- Al Habib Sayyid Muhammad Hussain Al Hamid Rahimahullah.
- Al Fadhil Ustaz Muallim Tantawi Jauhari Bin Sulaiman Rahimahullah (Kalimantan Selatan, Indonesia)

1️⃣8️⃣ Ramadhan @11 May 2020
- Syeikh Sayyid Ismail al-Rifai Rahimahullah ( Damsyik, Syiria)

1️⃣9️⃣ Ramadhan @12 May 2020
- Al Habib Syed Ali bin Soleh bin Ahmad Al Attos Rahimahullah (Jeddah)
- Al Habib Sayyid Hussein bin Ali bin Ahmad bin Hasan Al Haddad Rahimahullah.
- Asy Syeikh Hasan Ahmad Al Awad as Sudani Rahimahullah (Sudan)

2️⃣0️⃣ Ramadhan @12 May 2020
- Syeikh Dr Mahmood Rahimahullah (Mesir)

2️⃣1️⃣ Ramadhan @14 May 2020
- Almukarom Abuya Romo Kiyai Haji Mubarok Samudi Rahimahullah (Pemalang, Indonesia)
- Maulana Syeikh Dr. Khalid Mahmood, Deoband Rahimahullah (England)
- Al Fadhil Ustaz Badrul Hisham Abu Mansur Rahimahullah (Ipoh, Perak, Malaysia)

2️⃣2️⃣ Ramadhan @15 May 2020
- Al Habib Abdul Hayy bin Ali bin Abdurrahman Assegaf, Habib Hayat Samboja Rahimahullah (Kalimantan Timur, Indonesia)
- Sheikh Ahmad Mustafa Al-Syazili Rahimahullah (Mesir)

2️⃣3️⃣ Ramadhan @16 May 2020
- Al Habib Sayyid Abu Bakar Muhammad Hasan Al Athos Rahimahullah (Jeddah)
- Al Allamah Al Hafiz Sheikh Said
Dabwan Az Zabidi Rahimahullah (Yaman)
- Dr. Asim Hamdan Rahimahullahu Ta'ala (Madinah)

2️⃣4️⃣ Ramadhan @17 May 2020
- Al Habib Muhammad Al Idrus Rahimahullah (Baureno, Indonesia)
- Syeikh Musa Bayraktar Rahimahullah
(Istanbal, Turki)

2️⃣5️⃣ Ramadhan @18 May 2020
- Syeikh Salleh Abdullah Muhammad Kamel Rahimahullah (Kota Jeddah)
- Syeikh Haji Ghazi Rahimahullah (Palestin)
- Kiyai Haji Syamsul Hadi Abdan Rahimahullah (Madiun, Indonesia)
- Kiyai Haji Amin Kholil Yasin Sepang Rahimahullah (Madura, Jawa Timur, Indonesia)

2️⃣6️⃣ Ramadhan @19 May 2020
- Tuan Guru Baba Abdurrahman Bin Muhammad Rahimahullah (Kubang Pasir Pattani, Thailand)
- Syaikh al-Hadith Darul Ulum Deoband Mufti Saeed Palanpuri Rahimahullah (Deoband, India)
-  Dai ila Allah al-'Alim Syaikh Rasyid al-Haqqan Rahimahullah (Kuwait)

2️⃣7️⃣ Ramadhan @20 May 2020
- Al-Arif Billah Sayyid Habib Muhammad bin Ahmad al-Attas Rahimahullah (Riyadh Saudi Arabia)
- Syeikh Soleh Basyir Al Hajj Al Halabi Rahimahullah (Turki)

2️⃣8️⃣ Ramadhan @21 May 2020
- Al Habib Sholeh bin Abduroohman Al Jufry Rahimahullah (Bojonegoro, Indonesia)
- Syeikh Muhammad Awlu Sayyid Al Qodri Rahimahullah (Turki)
- Tuan Guru Haji Ahmad Supian Rahimahullah (Indonesia)

2️⃣9️⃣ Ramadhan @22 May 2020
- Al Habib Sayyid Hamid bin Aydrus bin Abdullah Al Hamid Rahimahullah (Mukalla, Yaman)

3️⃣0️⃣ Ramadhan @23 May 2020
- Shaykh Abul Khayr Muhammad Abdullah Rahimahullah (Pakistan)
- Al Habib Sayyid Mohsen Idrus bin Abdullah Al Hamid Rahimahullah (Mukalla, Yaman)

1️⃣ Syawal @24 May 2020
- Al-Allamah Al-Arif Billah Al Alim Syaikh Muhammad Ali Yahya mur'iy al-Yamani Rahimahullah (Mufti Hudaidah, Yaman)
- As-Sayyid Al-Habib Abdullah bin Alwi bin Abdurrahman bin Syihab (Tareem, Yaman)
- Shaykh Sayyid Ahmad al-Tayyib Rahimahullah (Sudan)
- Shaykh Abdul Qadir Shuqair Al Damishqi Rahimahullah (Mesir)
- Shaykh Ahmad Radhi Al Misri Rahimahullah (Mesir)

3️⃣ Syawal @26 May 2020
- Al ‘Arif billah Al Habib Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim Rahimahullah (Mufti Tarim, Yaman)
- Al-Habib Mustafa bin Ahmad bin Idrus bin Smith Rahimahullah (Tareem, Hadramaut)
- Syeikh Salim Basai' Rahimahullah (Tarim, Hadramaut)
- Maulana Haji Cecep Firdaus Rahimahullah (Jakarta Barat, Indonesia)
- Kiai Haji Azmi Nawawi Rahimahullah (Surabaya, Indonesia)
- Kiai Haji Busro Karim Rahimahullah (Banten, Indonesia! )

4️⃣ Syawal @27 May 2020
- Al-Allamah Syeikh Maulana Muhammad Ahmad Abdul Khaleq Al-Hattari Rahimahullah (Mufti Rimah, Yaman)

5️⃣ Syawal @28 May 2020
- Al Habib Ahmad Bin Hussain Bin Ali Bin Abdullah Al Aydrus Rahimahullah (Tarim, Yaman)
- As Sayyid Asy Syarif Al Habib Ahmad bin umar bin thalib al athos Rahimahullah (Tarim, Yaman)
- As Sayyid Asy Syarif Al Habib Ibrahim bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad Alkaff Rahimahullah (Tarim, Yaman)

6️⃣ Syawal @29 May 2020
- Syeikh Al-‘Allāmah Al-Mutakallim Dr. Abdul ‘Aziz Saif al-Nasr Rahimahullah (Mesir)

{ 📝Asar 6 Syawal}

Cahaya dunia semakin malap. Maka dampingilah, khidmatlah dengan Alim Ulama' yang masih ada dan persiapkan diri kita dengan amal ibadat serta Taubat kepada Allah Ta'ala. Mudah-mudahan kita memperoleh Husnul Khotimah Aamiin Allahumma Aamiin.🤲🏻 Sumber : Pencinta Ulama Akhirat Al Hasan

Monday, May 25, 2020

Abang Habib Omar , Habib Ali Al Masyhur meninggal dunia.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون | Berita Duka

انتقل إلى رحمة الله تعالى الإمام العارف بالله العلامة الداعية الفقيه النسابة المفتي السيد الحبيب علي المشهور بن محمد بن سالم بن حفيظ ابن الشيخ أبي بكر بن سالم.

AL-IMAM AL-ARIF BILLAH ALALLAMAH AD-DA'IYAH AL-FAQIH AN-NASSABAH AL-MUFTI AS-SAYYID AL-HABIB ALI MASYHUR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ BIN SYEKH ABUBAKAR BIN SALIM

Dengan dukacita dimaklumkan bahawa Habib Ali Al Mayshur (Mufti Tarim) & abang kepada Guru Mulia Al Habib Umar Ben Hafidz baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi😭

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار..

Bi sirril Fatihah..








Tuesday, May 19, 2020

Agong pertahan kerajaan Pakatan Nasional 25 Ramadhan 1441

25 Ramadhan 1441
18 Mei 2020
Perasmian Dewan Rakyat Parlimen Malaysia.

Semoga ALLAH beri kesihatan yang baik , teguhkan Iman , Sri Paduka Baginda YDP Agong dan permaisuri agong yang kita kasihi. Moga baginda memimpin Malaysia kearah kebaikan , kebajikan, kesetian pada agama , aman makmur , sejahtera.

Sunday, May 17, 2020

Raja Raja Pattani

salasilah raja-raja Pattani memang menjadi masalah terbesar dalam menggali sejarah kerajaan ini. Ketiadaan sumber sejarah yang autentik akibat tercetusnya serangan Siam yang menghancurkan istana Pattani dan bahan-bahan sejarahnya pada 1786M. Kini, kajian-kajian bergantung kepada enam kronik Melayu yang telah disebutkan sebelum ini, selain riwayat lisan penduduk tempatan. Diketahui bahawa Tarikh Pattani yang ditulis oleh Sheikh Faqih Ali adalah kronik tertua kerana beliau adalah cucu kepada Syafiyuddin al-Abbasi yang bergelar Tok Faqih Raja pada zaman Sultan Ismail Shah (1457-1530M). Raja-raja Pattani dikatakan berketurunan Raja Seriwijaya, Raja Jayawangsa yang memerintah empayar itu pada abad kelapan Masehi, selain berketurunan Raja Langkasuka. Seperti yang disebutkan oleh Tarikh Pattani, bahawa Raja Langkasuka adalah berasal dari keturunan Raja Seriwijaya, maka ia menyelesaikan satu isu tentang asal-usulnya. Tetapi Sejarah Melayu mengatakan bahawa Cau Seri Bangsa, Raja Langkasuka itu adalah raja Siam. Dipercayai, yang maksudkan oleh Tun Seri Lanang dengan “Raja Siam” itu ialah raja yang beragama Buddha, kerana Seriwijaya dan Siam kedua-duanya beragama Buddha, sedangkan rakyat Pattani sudah ramai yang memeluk Islam.
Tiga nama telah disebutkan oleh empat sumber berlainan iaitu Phya Tu Nakpa (mengikut sumber Hikayat Pattani), Anthira Wangsa (Catera Negeri Pattani dan Tarikh Pattani) dan Cau Seri Bangsa (Sejarah Melayu). Perbezaan ini boleh diselesaikan dengan melihat beberapa persamaan. Pertama, kesemua mereka dilaporkan adalah asalnya raja di Kota Mahligai dan kemudian membuka negeri Pattani dan memeluk Islam. Sejarah Melayu melaporkan raja tersebut ialah Cau Seri Bangsa, sedangkan Hikayat Pattani melaporkan raja tersebut ialah Raja Indera (Anthira) Wangsa, manakala Tarikh Pattani menyebutnya sebagai Raja Anthiradha Wangsa. Ketiga-tiga watak ini disebut oleh Catera Negeri Pattani tetapi sebagai anak-cucu kepada Raja Jayawangsa iaitu Seri Wangsa (anak), Indera Wangsa (cucu) dan Anthiradha Wangsa (cicit). Sedangkan kebanyakan pengkaji yang menerima Phya Tu Nakpa yang disebut oleh Hikayat Pattani, dikatakan Raja Pattani yang zahir beberapa ratus tahun kemudian, tetapi dari keturunan yang sama. Sehingga kini belum ditentukan dengan jelas siapakah sebenarnya Raja Kota Mahligai yang membuka Pattani dan memeluk Islam itu.
Dinasti Raja-raja Pattani
Sama ada Raja Pattani pertama yang beragama Islam itu ialah Sultan Ismail Shah (Phya Tu Nakpa) atau Sultan Muhammad Shah (Raja Anthira Wangsa) atau Sultan Ahmad Shah (Cau Seri Bangsa), ketiga-tiga watak inilah adalah keturunan Raja Jayawangsa atau dirumuskan oleh kebanyakan pengkaji sebagai Dinasti Seri Wangsa. Sepanjang sejarah Pattani sejak Islamnya kerajaan tersebut pada 1457M, dikatakan tiga dinasti telah memerintah Pattani iaitu Dinasti Seri Wangsa (1457-1649M), Dinasti Sultan Qunbul (Kelantan I) (1650-1786M) dan Dinasti Tuan Besar (Kelantan II) (1842-1902M). Sedangkan tempoh di antara 1786-1842M, Pattani diperintah oleh raja-raja yang diangkat oleh Siam atau disebut sebagai “Raja-raja Patung.” Tiga Dinasti ini adalah seperti berikut:
I. Dinasti Seri Wangsa
Dinasti ini disebut juga sebagai Dinasti Hulu. Ia adalah raja-raja dari keturunan Seriwijaya dengan Raja Seri Wangsa yang memerintah Langkasuka sebagai bapanya. Dinasti ini menguasai seluruh kerajaan Pattani Islam sejak Islamnya raja mereka pada 1457M sehingga berakhirnya zaman Raja Kuning pada 1649M.
II. Dinasti Sultan Qanbul
Sultan Qanbul ialah Patih Aria Gajah Mada Kelantan yang merupakan anakanda Syed Hussein Jamadil Kubra, ulamak-pendakwah yang datang ke Kelantan pada 1345M. Baginda asalnya bernama Syed Nurul Alam, sebelum menjadi pembesar yang berpengaruh di Kelantan, Pattani dan Champa pada abad ke-15M. Melalui keturunannya yang memerintah kerajaan Jembal di Kelantan, Raja Sakti (1650-1662M) telah menggabungkan Kelantan dan Pattani dalam satu pemerintahan pada 1650M sehingga Sultan Muhammad syahid dalam serangan Siam pada 1786M. Sebahagian besar raja-raja ini adalah keturunan Wan Daim bin Andik Ali, Datu Pengkalan Tua / Datu Jambu yang berasal dari keturunan Sheikh Syafiuddin al-Abbasi.
Setelah itu, Siam telah melantik enam orang raja di Pattani antara tahun 1786-1842M.
III. Dinasti Tuan Besar
Salah satu keturunan Wan Daim yang berpengaruh ialah Long Bahar yang pernah menjadi Sultan Pattani (1716-1716M) dan Sultan Kelantan (1721-1734M). Cucunda Long Bahar membentuk Dinasti Long Yunus di Kelantan pada 1756M. Salah seorang cucunda Long Yunus ialah Tuan Besar (Long Ahmad), anak Long Ismail, Raja Kampung Laut. Tuan Besar diangkat oleh Siam sebagai Sultan Pattani pada 1842M dan keturunan baginda memerintah sehingga 1902M dengan Sultan Abdul Kadir Kamaruddin yang dipecat oleh Siam sebagai sultan terakhir.
Kesultanan Pattani: Isu-isu Yang Membelenggu
Kebangkitan Pattani sebagai kuasa politik Islam di Nusantara mulai akhir abad ke-15M merupakam antara kuasa politik Islam yang paling lama bertahan. Ia bertahan dari 1457M sehingga runtuh seluruh kekuasaannya pada 1902M, lebih lama daripada kerajaan Aceh Darussalam (1496-1903M). Namun begitu, Pattani yang begitu gah namanya terpaksa berhadapan dengan beberapa belenggu yang bersifat dalaman dan luaran yang memberi kesan buruk terhadap kerajaannya. Masalah perang saudara dan perebutan takhta di kalangan putera istana telah menjadi punca awalnya. Ia tercetus sejak Dinasti Seri Wangsa lagi di mana Sultan Patik Siam (1572-1573M) yang masih muda telah dibunuh oleh saudara tirinya, Raja Mambang yang memberi kesan terhadap pewarisan takhta dan akhirnya Pattani diperintah oleh raja-raja perempuan (1584-1649M). Ternyata perang saudara ini menjadi punca berakhirnya Dinasti Seri Wangsa, kerana sepupu Sultan Patik Siam, Sultan Bahadur Shah (1573-1584M) tidak mempunyai putera dan terpaksa mewariskan takhta kepada anak-anak perempuan baginda yang berakhir dengan kehabisan keturunan pada 1649M.
Dinasti Sultan Qanbul telah berkuasa mulai 1650M apabila Raja Sakti (1650-1662M) dari Kelantan memasukkan Pattani di bawah kekuasaan Raja Kelantan dan membentuk Pattani Raya yang memerintah bersama keturunannya sehingga 1688M. Setelah itu, masalah takhta kembali timbul dan terpaksa melantik Raja Bakar iaitu seorang waris raja yang tertua dan mempunyai hubungan darah dengan Raja Sakti sebagai raja yang baru, sedangkan Raja Bakar (1688-1690M) juga tidak berputera. Lalu dilantik Raja Mas Kelantan (1690-1707M), puteri Raja Bakar sebagai raja. Baginda kemudian diganti oleh puterinya dengan Long Bahar, Raja Bendang Badang, bernama Raja Nam Cayam (Dewi Peracu) sebagai Raja Pattani (1707-1715M). Long Bahar, putera Datu Pengkalan Tua, Wan Daim bertindak menggantikan puterinya sebagai Raja Pattani pada 1715M, tetapi melepaskan jawatan tersebut kembali kapada Raja Nam Cayam kerana berpindah ke Kelantan selepas mengahwini Raja Sharifah (Raja Pah) puteri Sultan Jembal, dan mewarisi takhta Raja Jembal (1716-1733M) dari mertuanya di Kelantan selepas kewafatan Raja Sakti bin Sultan Omar. Sedangkan Raja Nam Cayam yang juga tidak mempunyai pewaris telah mangkat pada 1718M.
Ketika putera Long Bahar dengan Raja Mas Kelantan, Long Sulaiman (1735-1756M) dilantik menjadi sultan dalam kerajaan Jembal menggantikan ayahandanya, putera Long Bahar dengan Raja Pah, Raja Yunus dirajakan di Pattani pada 1729M menggantikan Sultan Haji Yunus (1721-1729M) yang dilantik sebagai raja selepas Raja Nam Cayam dan Raja Laksamana Dagang (1718-1721M). Selepas wafatnya Raja Yunus pada 1749M, baginda juga tiada pewaris. Kekalutan masalah pewaris takhta cuba diselesaikan kemudiannya dengan melantik sepupu Sultan Raja Yunus dan Raja Nam Cayam, iaitu Long Nuh bin Long Nik bin Wan Daim, putera Raja Legih sebagai Raja Pattani. Long Nuh (1749-1771M) kemudian digantikan oleh anaknya, Raja Bakar (1771-1774M), sebelum putera Raja Bakar, Raja Ahmad menjadi sultan dengan gelaran Sultan Muhammad (1774-1786M). Sultan Muhammad kemudiannya syahid dalam serangan Siam ke atas Pattani pada 1786M.
Kejatuhan Pattani di tangan Siam telah menyebabkan “raja-raja patung” dilantik untuk menjaga kepentingan Siam. Ia bermula dengan Raja Bendang Badang, (Tengku Lamidin) (1786-1791M) dan Datu Pengkalan (Raja Jaafar) (1791-1808M) sebagai Raja Pattani, tetapi kedua-dua raja ini bangkit melawan Siam, lalu dilantik raja kafir dari Chenak, Nai Kwan Sai (1808-1815M) dan anaknya, Nai Phya (1815-1816M) sebagai Raja Pattani dan memecahkan wilayah Pattani kepada tujuh negeri dengan raja yang berasingan iaitu Pattani (Tuan Sulong), Raman (Tuan Mansur), Nong Chik (Tuan Nik), Yala (Tuan Jalor), Legeh (Nik Dah), Saiburi / Teluban (Nik Din) dan Jambu (Nai Phya). Tuan Sulong (1816-1832M) adalah putera Long Jenal (cucu Long Bahar), Raja Kelantan (1837-1838M) yang terlibat dalam perebutan takhta dengan Sultan Long Senik Mulut Merah (1838-1886M) di Kelantan pada 1839M. Setelah itu, untuk menamatkan perang saudara di Kelantan ini, Siam melantik pula putera Long Ismail Raja Kampung Laut (adinda Long Jenal), iaitu Long Ahmad (Tuan Besar) sebagai Sultan Pattani bergelar Sultan Muhammad (1842-1856M) menggantikan Nik Yusof (Raja Tokki) (1832-1842M) sebagai Raja Pattani. Sejak itu, keturunan baginda menjadi sultan sehingga Sultan Abdul Kadir Kamaruddin dipecat oleh Siam pada 6 Mac 1902M dan berakhirlah Kesultanan Pattani (1457-1902M).
Sultan-sultan Pattani Darussalam
Dari pergolakan yang panjang dalam pewarisan takhta kerajaan Pattani kerana ketiadaan pewaris, perang saudara, serangan Siam dan campur tangan Siam ini, raja-raja yang terdiri dari beberapa dinasti telah memerintah selama 445 tahun. Kekuasaan Pattani dengan wilayah terbesarnya meliputi kawasan dari Pathalong (Badelung) hingga ke Terengganu dalam kerajaan Pattani Raya (atau Pattani Besar) hinggalah ia dipecahkan oleh menjadi negeri yang kecil seperti hari ini. Berikut adalah senarai Raja-raja Pattani Islam:
A. Dinasti Seri Wangsa
I. Sultan Ismail Shah / Sultan Muhammad Shah / Sultan Ahmad Shah (1457-1530M)
II. Sultan Muzaffar Shah (1530-1564M)
III. Sultan Mansur Shah (1564-1572M)
IV. Sultan Patik Siam (1572-1573M)
V. Sultan Bahadur Shah (1573-1584M)
VI. Raja Hijau (1584-1616M)
VII. Raja Biru (1616-1624M)
VIII. Raja Unggu (1624-1635M)
IX. Raja Kuning (1635-1649M)
B. Dinasti Sultan Qanbul
I. Raja Sakti II (1650-1662M)
II. Raja Loyor (1662-1663M)
III. Raja Omar (1663-1670M)
C. Kekosongan Pewaris.
Sesetengah pengkaji mengatakan Pattani tidak mempunyai raja antara 1670-1688M, tetapi ada pengkaji yang lain mengatakan ia kekal di bawah kekuasaan kerajaan Jembal, Kelantan sehingga Raja Bakar dilantik raja Pattani pada 1688M. Raja-raja Pattani ketika ini (1688-1832M) ialah:
I. Raja Bakar (1688-1690M)
II. Raja Mas Kelantan (1690-1707M)
III. Raja Nam Cayam (1707-1715M dan 1716-1718M)
IV. Long Bahar (1715-1716M)
V. Raja Laksamana Dagang (1718-1721M)
VI. Sultan Haji Yunus (1721-1729M)
VII. Raja Yunus (1729-1749M)
VIII. Raja Long Nuh (1749-1771M)
IX. Raja Bakar (1771-1774M)
X. Sultan Muhammad (1774-1786M)
D. Raja-raja Patung
I. Tengku Lamidin Raja Bendang Badang (1786-1791M)
II. Raja Jaafar Datu Pengkalan (1792-1808M)
III. Nai Kwan Sai Raja Chenak (1808-1815M)
IV. Nai Phya (1815-1816M)
V. Tuan Sulung (1816-1832M)
VI. Nik Yusof (Raja Tokki) (1832-1842M)
E. Dinasti Tuan Besar
I. Sultan Muhammad (Tuan Besar) (1842-1856M)
II. Sultan Puteh (1856-1881M)
III. Sultan Timun (1881-1890M)
IV. Sultan Sulaiman (1890-1899M)
V. Sultan Abdul Kadir Kamaruddin (1899-1902M)
MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
29 Rabiul Akhir 1440 / 6 Ogos 2019

Friday, May 15, 2020

SOP Solat Jumaat Pahang terbaik.

Solat Jumaat Pahang SOP yang terbaik , wajar diikuti tempat lain:
Bukan 12 bukan 40 orang bahkan 150 orang lebih dapat solat jumaat.

Jumaat pertama PKP  22 Ramadhan 2020 /15 Mei 2020  :
Solat jumaat di PAHANG


3 masjid yang diberikan kebenaran solat jumaat  hari ini iaitu Masjid Negeri, Masjid UIA dan Masjid KIPSAS. Masjid negeri dihadiri sendiri oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang.

Kehadiran 100 orang dan ke atas. Masjid negeri mencatat kehadiran 158 orang.

SOP jelas.

Jemaah perlu mengisi borang melalui GOOGLE FORM. First come first serve basis.

Mereka yang terpilih akan mendapat slip jemputan. Perlu membawa slip ini ke masjid. Yang tiada tidak dibenarkan masuk.

Lain2 sop adalah hampir sama dengan negeri lain.

Syabas! Dan alhamdulillah

Fb: Dr azrul

Tambahan
Peringatan jangan lagi ramai wartawan dari jemaah.

Harap tidak jadi lagi seperti ini.

Dr Luqman mufti Wilayah 2020

Alhamdulillah.
Mufti Wilayah baru.

Tahniah Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman.

Dr Luqman Bin Haji Abdullah
(Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah)

Biodata ;

Dr Luqman bin Haji Abdullah dilahirkan pada 12 September 1969 di kampung pondok lubok tapah, pasir mas, Kelantan.

Pendidikan formal beliau ialah di sekolah kebangsaan lemal, pasir mas (1976-1980), sekolah menengah ugama (Arabiah), pasir mas 1981-1986), pra akademi islam universiti Malaya nilam puri (1987-1989) dan peringkat sarjana muda di fakulti syariah, akademi islam universiti Malaya (1989-1993). Pernah mengikuti pengajian undang undang perbandingan di UIA (1994-1995).

Di samping itu beliau juga mengikuti pengajian tidak formal secara tradisional di pondok lubok tapah di bawah bimbingan ayahanda beliau sendiri Al Marhum Tuan Guru Haji Abdullah dari peringkat bawah sehinggalah peringkat tinggi dalam bidang bidang seperti nahu, saraf, fiqh, usuluddin, tafsir, hadis, mantiq dan balaghah.

Pernah berada di united Kingdom selama 4 tahun untuk pengajian peringkat PhD dan telah memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) dari universiti of Edinburgh, Scotland pada tahun 2005 dalam bidang undang undang harta islam.

Beliau juga aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam forum, seminar dan  konferens sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di dalam dan di luar negara dalam bidang wakaf, zakat, usul fiqh dan pengajian tradisional dan telah menghasilkan beberapa penulisan ilmiah dalam jurnal jurnal dan prosiding prosiding di dalam dan luar negara.

Walaupun masih bertugas di universiti Malaya kuala lumpur, beliau bersama adinda beliau Ustaz Hamdan meneruskan amanah Al Marhum Ayahandanya yang dikasihi untuk tanggungjawab kepimpinan pondok lubuk tapah selepas pemergiannya.

Antara sumbangan beliau selepas mengambil alih kepimpinan ialah beliau bersama dengan bonda beliau Hajjah Kamariah (ummi)  dan Ustaz Hamdan sebagai pemenang amanah telah menubuhkan Akademi Tuan Guru Haji Abdullah Sdn Bhd, sebuah syarikat kebajikan sebagai entiti mencari dana untuk pondok dengan bantuan rakan korporat di samping memperkemaskan pentadbiran pondok demi memastikan kelangsungan pondok yang di anggap antara pondok tertua di Kelantan.

Alhamdulillah, Dr Luqman Abdullah (Anakanda Almarhum Tuan Guru Hj Lah Lubok Tapah yang juga merupakan Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Kelantan) secara rasminya dilantik Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.

Syabas dan Tahniah Anak Kelantan! Beliau antara Lepasan Pondok serta lepasan Universiti. Pernah berada dalam 2 aliran Tradisional dan Moden.

Friday, May 8, 2020

Imam Al Syazili

AL-MADRASAH AL-SYĀZILIYYAH DAN TIGA AL-JĀMI’AH TERTUA DI DUNIA ISLAM


Antara keistimewaan al-Madrasah al-Syāziliyyah, atau al-Tarīqah al-Syāziliyyah, ianya menghubungkan ketiga-tiga universiti Islam tertua di dunia Islam, bahkan di dunia secara umumnya, iaitu Jāmi’ah al-Qurawiyyīn di Fes, Maghribi, Jāmi’ah al-Zaitūnah di Tunisia, dan Jāmi’ah Al-Azhar di Mesir. Ramai ulama’ berpengaruh pada tiga Jāmi’ah ini merupakan para pengamal dan murobbi Tarīqah ini. Bahkan, dikatakan juga, ianya merupakan Madrasah Sufi para ulama', tanpa menafikan keistimewaan madrasah dan tarekat sufi yang lain.

Dari sudut perjalanan dakwah dan tarbiah al-Imām Abu al-Ḥasan al-Syāzili sendiri, ianya melibatkan tiga negara utama ini, iaitu Maghribi, Tunisia, dan Mesir. Beliau lahir di Tunisia, kemudian memulakan perjalanan tarbiah di Maghribi. Di sana, beliau bertemu dengan al-Imām Ibn Masyīsy di Maghribi, kemudian dengan isyarat al-Imām Ibn Masyīsy, beliau mengembara ke  Tunisia dan menyebarkan dakwah di sana.

Beliau turut menyebarkan aurād beliau di Jāmi’ah al-Zaitūnah dan mempunyai perhubungan dengan ulama’nya iaitu al-Imām Abu Sa’īd al-Bāji (m: 628 H), dan mengambil ilmu daripadanya. Al-Imām Al-Bāji pula ialah murid kepada Syeikh al-Syuyūkh Abu Madyan al-Ghauth(509-595 H), seorang ulama’ murobbi yang agung.

Begitu juga, al-Imām al-Syāzili mengambil daripada al-Syeikh Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Ali Ibn Harāzim (Hirzihim) yang merupakan murid kepada al-Imām Abu Madyan. Al-Imām Abu Madyan  pula berguru dengan al-Imām ‘Ali bin Hirzihim al-‘Uthmāni (m: 559 H), ayah kepada Abu ‘Abdillah Muhammad Ibn Harāzim (Hirzihim) tadi, di Jāmi’ah al-Qurawiyyīn di Fes, Maghribi. Al-Imām Abu al-Ḥāsan ‘Ali bin Hirzihim ini pula ialah murid kepada al-Imām Ibn al-‘Arabi al-Ma’āfiri al-Māliki (m: 543 H), murid kepada al-Imām al-Ghazāli (450-505 H).

Setelah itu, beliau pergi Mesir dan mengembangkan dakwah di sana. Beberapa ulama’ al-Azhar sempat bertemu dengan beliau dan mengambil manfaat daripada beliau, antaranya al-Imām Izz al-Dīn bin ‘Abd al-Salām, al-Imām Ibn Daqīq al-‘Īd, dan sebagainya. Bahkan, ulama’ al-Azhar terkenal iaitu al-Imām Ibn ‘Ato’illah al-Sakandari yang merupakan ulama’ Al-Azhar, mengambil Tarīqah Syāziliyyah daripada al-Imām Abu al-‘Abbās al-Mursi, pengganti al-Imām al-Syāzili. Lalu, Madrasah al-Syāziliyyah dan Tarīqah Sufiyyah beliau dikembangkan oleh al-Imām al-Sakandari.

Begitu juga, kesepaduan antara tiga negara ini terhimpun dalam diri al-Imām Ahmad Zarrūq al-Fāsi al-Maliki (846-899 H). Beliau berguru dengan para ulama’ Maghrib seperti al-Syeikh ‘Abdullah Al-Fakhār, al-Imām al-Sibṭi dan sebagainya. Begitu juga, beliau mengambil tarbiah daripada al-‘Ārif billah al-Syeikh Muhammad al-Zaitūni, al-Syeikh ‘Abdullah al-Makki dan al-Imām al-Ḥafiz ‘Abdullah al-Qauri (m: 827 H) yang merupakan murid kepada al-Syeikh ‘Imrān al-Jānāti (m: 8390 H). Di Mesir, beliau berguru dengan al-Ḥāfiz al-Sakhāwi (831-902 H) dan mengambil Tarīqah daripada al-Syeikh Abu al-‘Abbās al-Ḥadrami al-Syāzili (m: 857 H).

Beliau juga ada mengajar di al-Jāmi’ al-Azhar dan pengajian beliau dihadiri oleh lebih enam ribu murid. Setelah itu, beliau kembali ke Tarablus, Maghrib, dan membuka kelas pengajian di sana. Antara murid al-Imām Ahmad Zarruq adalah al-Imām Ahmad al-Manjūr (m: 955 H), al-Imām ‘Ali al-Kharūbi al-Tarābulsi (m: 963 H) dan sebagainya.

Oleh itu, kita dapati, ramai para ulama’ yang berkaitan dengan tiga Jāmi’ah, bahkan berkaitan dengan tiga negara ini mengembangkan al-Ṭarīqah al-Syāziliyyah ini, dalam bidang pentarbiahan. Bahkan, ianya terus berkembang ke serata dunia. Walillahil Hamd wal Minnah.

Thursday, May 7, 2020

Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal dunia 15 Ramadhan 1441

انا لله وانا اليه راجعون

AL Fatihah buat Ustaz Dato Ismail Kamus
Khamis Malam Jumaat 15 Ramadhan 1441
Jam 12.30 malam

Almarhum Tuan Guru Dato' Ismail Kamus telah menyusuli sahabatnya pada hari yang sama, JUMAAT. Segalanya berada dalam ketentuan Allah SWT. 
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Malam JUMAAT, 12 Feb 2015 kembalinya ke Rahmatullah, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

JUMAAT, 16 Sept 2016, kembalinya ke Rahmatullah, Almarhum Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُم وَارْحَمْهُم وَعَافِهِم وَاعْفُ عَنْهُم.. 😢




Sedekahkan bacaan surah al-Fatihah kepada al-Marhum :

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus ( 1948 - 2020 )

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Bin Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Rasa, Ulu Selangor.

Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan kemudian menyambung pengajian di Sekolah Arab Batang Kali selama 6 tahun. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Maahad Hisyamuddin, Klang di samping menuntut ilmu daripada Syeikh Mahmud Arif al-Bukhari. Selepas itu, Tuan Guru Haji Ismail Kamus melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang pada tahun 1966 hingga 1972 sebelum menjejakkan kaki ke UKM sehingga lulus Ijazah Sarjana Muda Syariah pada tahun 1976. Pada tahun 2016, beliau berkesempatan mendalami ilmu hadis dengan mengikuti pengajian berkitab 8 Hadith (Sunah Sittah) oleh Tuan Guru Baba Haji Karim.

Setelah selesai menuntut ilmu, beliau menjadi guru agama di sekolah rendah dan menengah, pengawai penyelidik dan juga pegawai dakwah. Selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pusat Islam, Kuala Lumpur, Tuan Guru juga pernah mengajar bahasa Arab di INTAN selama 6 tahun sebelum memilih untuk bersara. Disamping itu, beliau turut menjadi pakar rujuk di BAHEIS, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus kemudiannya menjadi pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh negara di samping beberapa buah negara lain seperti United Kingdom, Brunei, Amerika Syarikat dan Singapura.

Beliau turut mengasaskan Perubatan Islam Darus Salam dan berguru dengan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.

Diantara buku karangan beliau ialah :

1. Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh
2. Indahnya Hidup Bersyariat
3. Indahnya Amalan Doa
4. Jin - Hakikat dan Pengubatan

Atas jasanya, kerajaan Selangor telah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor pada 1433 Hijrah.

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus meninggal dunia pada 15 Ramadhan 1441H bersamaan 8 Mei 2020 pada pukul 12.30 malam ketika berusia 72 tahun di kediamannya di Ampang.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

Disusun oleh : Tengku Yusuff

#KenaliUlamak

Abuya Sayyid Muhammad Al Maliki

💚Abuya Sayyid Muhammad al-Māliki رضي الله عنه Akan Senantiasa Dikenang💚

أَحِبُّوا اللَّهَ لِمَا يَغْدُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ، وَأَحِبُّونِي لِحُبِّ اللَّهِ، وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِي لِحُبِّي


“Cintailah Allah dengan apa yang telah Dia berikan kepada kalian daripada nikmatNya, cintailah aku kerana cinta kepada Allah dan cintailah ahlibaitku kerana cinta kepadaku” - hadits

Tulisan ini adalah merupakan ulangsiar tulisan yang pernah al-fagir tulis pada 11 Ramadhan 1430H di blog 'al-fanshuri - kenali ulama kita'. Dan sempena haul al-Imam as-Sayyid Muhammad al-Hasan bin as-Sayyid 'Alawi al-Māliki al-Hasani رضي الله عنه maka al-faqir kongsikan lagi di FB ini untuk manfaat bersama.

Biarpun telah ramai yang menulis dan memaparkan biografi beliau رضي الله عنه di dada internet, namun al-Faqir berhasrat untuk mencoretkan juga walaupun secara ringkas biografi beliau رضي الله عنه demi kerana kecintaan al-Faqir kepada beliau ,رضي الله عنه. Coretan yang al-Faqir kutip dari pelbagai sumber dan al-Faqir kongsikan sebahagian dari koleksi foto al-Faqir yang berkaitan dengan beliau رضي الله عنه .

Beliau رضي الله عنه , seorang ulama yang semerbak harum namanya diserata dunia, terutama dikalangan para pencinta ilmu dan ulama. Kewibawaan dan keilmuan beliau رضي الله عنه diakui dan dihormati oleh para ulama semasa juga oleh mereka yang menentangnya. Kitab karangannya menjadi rujukan. Beliau رضي الله عنه adalah jurucakap kepada golongan ahlus sunnah wal jamaah di dalam menghadapi fahaman-fahaman yang melampau, yang ekstrim … (yang menolak bahkan mencerca ulama silam) . Beliau رضي الله عنه adalah imam ahlus sunnah wal jama’ah abad ke-21. Beliau رضي الله عنه , ulama rabbani di abad ini. Beliau رضي الله عنه ulama yang meneruskan kegemilangan ayahnya, datuknya dan moyang-moyang beliau di dalam dunia keilmuan dan pentarbiyahan. Beliau رضي الله عنه seorang ulama yang teguh dengan pendirian, tidak goyah dengan pelbagai cabaran dan rintangan serta tohmahan yang dihadapi. Beliau رضي الله عنه menjaga adab ketika berbeda pendapat serta menjauhi sifat melampau di dalam tindakan atau perkataan dalam menghadapi golongan yang tidak sependapat dengannya.

Al-Habib Muhammad bin ‘Aydrus al-Haddad menyifatkan keteguhan beliau رضي الله عنه di dalam syairnya:

♡ Sungguh beliau telah mampu mematahkan hujjah orang yang menentangnya. Sedikitpun beliau tidak terlukai

Bahkan beliau bersedia untuk dipenggal lehernya, namun beliau tetap tidak akan berundur dari pendiriannya

Pendirian yang telah dipegang teguh oleh para ulama yang besar-besar, yang telah memimpin umat ini dimasa silam♡

Tatkala melihat kehebatan penguasaan ilmu beliau رضي الله عنه pada usianya yang masih muda, seorang guru beliau, iaitu al-‘Allamah Syeikh Muhammad Nur Saif pernah berkata kepada ayahanda beliau: "Wahai Sayyid ‘Alawi, jangan marah jika perkataanku mengecilkan hatimu, apabila aku katakan bahwa anakmu ini merupakan ranting yang melebihi batangnya. Mendengarkan perkataan itu ayahandanya ketawa lalu menjawab: Tidak, aku tidak berkecil hati, tetapi sebaliknya ini adalah kebanggaan bagiku."

Itulah, sosok ulama besar di abad ini, al-‘Allāmah al-Muhaddits al-‘Ārifbillah Professor Dr. Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Māliki al-Idrisi al-Hasani. Di kalangan murid-murid dan pencintanya, beliau lebih dekat dengan panggilan Abuya Māliki @ Buya Maliki.

#Kelahiran dan #keturunan: Beliau رضي الله عنه dilahirkan dirumah ayahandanya yang terletak berhampiran Masjidilharam, Babus Salam Makkah al-Mukarramah pada tahun 1365H bersamaan dengan 1946M.

Beliau رضي الله عنه bernasabkan kepada keturunan yang mulia iaitu daripada keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasūlullāh ﷺ. Keturunan beliau terdiri daripada para ulama. Ayahandanya, nendanya dan seterusnya keatas. Beliau رضي الله عنه berkata di dalam menzahirkan nikmat kurniaan itu:

سيد عالم أبي وجد، هكذا إلى المختار

Ertinya: "Dari ayahandaku, kemudian datukku dan seteusnya sampai kepada Rasul Yang Terpilih صلى الله عليه وآله وسلم, adalah penghulu dan orang ‘alim."

Nendanya yang pertama - Sayyid ‘Abbas, kedua -  Sayyid ‘Abdul Aziz, ketiga – Sayyid ‘Abbas, keempat – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kelima – Sayyid Muhammad al-Maliki dan keenam – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kesemuanya adalah orang ‘alim dan menjawat jawatan Imam dan Khatib al-Masjidilharam. Dapat dipastikan dengan bukti yang jelas, bahwa sepanjang enam keturunan tersebut sebelum beliau terdiri daripada ulama besar. Sebelum itu ada juga yang menjawat jawatan Imam dan Khatib serta menjadi mudarris di Masjidilharam, namun tidak dirakamkan di dalam daftarrasmi Masjidilharam.

Keluarga beliau رضي الله عنه lebih dikenali dengan dengan gelaran al-Māliki dari al-Hasani kerana salah seorang daripada nenda beliau dilantik menjadi Mufti Mazhab Maliki di Makkah al-Mukarramah pada zaman pemerintahan Syarif ‘Aun. Oleh kerana itulah keluarga beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Māliki.

#Pendidikan: Beliau رضي الله عنه mendapat pendidikan formal di Madrasah al-Falah dan Madrasah Tahfiz al-Quran di Makkah. Manakala pengajian tidak formal pula beliau dapati dari halaqah-halaqah ilmu di Masjidilharam.  Beliau رضي الله عنه dikatakan sudah menghafal al-Quran diusia 7 tahun, manakala menghafal kitab Muwattho ketika berusia 15 tahun. Dan mendapat jolokan ‘Muwattho Yang Berjalan’ kerana penguasaan dan kepakaran beliau mengenai kitab tersebut.

Setelah itu beliau رضي الله عنه mengembara ke banyak negara untuk menuntut ilmu daripada para ulama tersohor seperti di India, Libya, Mesir, Maghribi, Pakistan dan Indonesia. Beliau juga menuntut di Universiti al-Azhar diperingkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PhD). Beliau berjaya meraih ijazah kedoktoran dalam bidang hadits di  Universiti al-Azhar dengan taqdir Muntaz (cemerlang) ketika berusia 25 tahun.

#Guru_guru beliau: Beliau mempunyai guru yang tidak terkira banyaknya samada yang beliau pernah belajar atau mendapat ijazah daripada mereka atau bertemu bermuzakarah dengan mereka. Antaranya:

#Ulama Mekah dan Madinah

• Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas al-Maliki al-Hasani (ayahnya, wafat 1391H)
• Syeikh Muhammad Yahya Aman al-Makki  al-Hanafi (1387H)
• Syeikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani (wafat 1390H)
• Syeikh Hasan bin Said al-Yamani (wafat 1391H)
• Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masyaath (wafat 1399H)
• Sayyid Muhammad bin Amin al-Kutbi (wafat 1404)
• Syeikh ‘Abdullah Said al-Lahji (wafat 1410H)
• Syeikh Muhammad Nur Saif bin Hilal (wafat 1403H)
• Syeikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani al-Makki (wafat 1410H)
• Syeikh ‘Abdullah bin Ahmad Dardum (1407H)
• Syeikh Ishaq bin Hasyim ‘Azuz al-Makki
• Al-Habib Hasan bin Muhammad Fad’aq
• Al-Habib ‘Abdul Qadir bin ‘Aydrus al-Bar
• Syeikh Muhammad Kholil bin ‘Abdul Qadir Toibah al-Makki
• Syeikh Ahmad bin Yāsīn bin Ahmad al-Khiyari asy-Syafie al-Madani, Syeikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah
• Syeikh Hasan bin Ibrahim asy-Syair, Syaikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah
• Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Mubarak al-Ihsaai
• Syeikh Muhammad bin Abu Bakar al-Mulla al-Ihsāi
• Syeikh Muhammad al-Musthofa ibn al-Imam ibn ‘Abdul al-Qadir al-‘Alawi asy-Syanqiti
• Syeikh Muhammad al-Mujtaba bin Mukhtar bin Mujtaba asy-Syanqiti
• Syeikh al-Mu’ammar Dhiyauddin Ahmad ibn asy-Syaikh ‘Abdul ‘Azim al-Qādiri al-Madani (bermuar lebih daripada 100 tahun)
• Syeikh ‘Abdul Ghafur bin Syah al-‘Abbasi al-Madani an-Naqsyabandi

#Ulama Hadramaut/Yaman

• Al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith
• Al-Habib ‘Alwi ibn ‘Abdullah bin Aydrus bin Syihab at-Tarimi
• Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi bin Syihab
• Al-Habib ‘Abdur Rahman ibn Shohib ‘Sabil al-Muhtadin’ al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Atthos
• Al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Seggaf @ as-Saqqaf
• Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad
• Al-Habib “Alwi bin ‘Abdullah as-Saqqaf Aal al-Qādhi
• Al-Habib Muhammad bin Sālim bin Hafidz bin ‘Abdullah bin Syeikh  Abi Bakar bin Sālim
• Al-Habib ‘Ali bin Sālim bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
• Sayyid Hasan bin Ahmad bin ‘Abdul Baari al-Ahdal al-Yamani
•Sayyid Muthohhar bin Mahdi al-Ghurbani,
• Sayyid Ismail bin Mahdi al-Ghurbani, pengarang kitab Nafasul Rahman.
• Syeikh Fadhl ibn Muhammad bin ‘Awadh BaFadhal at-Tarimi
• Sayyid Ahmad bin Muhammad Zubaarah, Mufti Yaman
• Sayyid Muhammad Yahya Dum al-Ahdal al-Yamani
•Al-Mu’ammar Buhānuddin Abu Muhammad as-Sayyid Ibrahim bin Umar bin ‘Aqiil Ba’alawi al-Husaini al-Hadhrami, Mufti Ta`iz

#Ulama Mesir
• Syeikh Muhammad al-Hafidz bin ‘Abdul Lathif at-Tijani al-Mishri, Syaihul Hadits di Mesir (wafat 1398H)
• Syeikh Hasanain bin Muhammad Makhluf, Mufti Mesir (wafat 1411H)
• Syeikh Sholeh bin Muhammad al-Ja’fari, Imam dan tenaga pengajar di Jami’ al-Azhar
• Syeikh Amin bin Mahmud Khottob al-Subki al-Mishri
• Al-Mu’ammar Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah bin Ibrahim al-‘Aqūri, murid kepada al-Amir ash-Shoghir, Syeikh Ibrahim al-Bājūri dan al-Mu’ammar Abi ‘Ali Hasan al-‘Adawi – mereka semua adalah belajar daripada al-Amir al-Kabir
• Syeikh asy-Syarif Muhammad bin Ibrahim Abu al-‘Uyūn al-Azhari al-Khalwati

#Ulama Indonesia

• Al-Habib al-Mu’ammar ‘Ali bin ‘Abdurrahnan bin ‘Abdullah al-Habsyi – Habib Ali Kwitang
• Al-Habib ‘Ali bin Hussin bin Muhammad al-Atthos – Habib ‘Ali Bungur
• Al-Habib Hāmid bin Muhammad bin Sālim as-Sirri
• Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Zein al-Haddad
• Al-Habib Syeikh bin Sālim bin ‘Umar al-‘Atthos
• Al-Habib Sālim bin Ahmad bin Jindan ibn asy-Syeikh Abu Bakar bin Sālim
• Al-Habib Muhammad bin Sālim bin Ahmad bin Hassan al-‘Atthos
• Al-Habib al-Mu’ammar ‘Abdur Rahman bin ‘Abdullah al-Habsyi al-Falimbani – murid kepada Habib ‘Ali bin  Muhammad bin Hussin al-Habsyi, pengarang Simtud Durar
• Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
• Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
• Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Kaf  - murid kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos

#Ulama Syam

• Asy-Sayyid asy-Syarif Muhammad al-Makki bin Muhammad bin Ja’far al-Kattani, Mufti Mazhab Maliki di Dimasyq
• Syeikh Hasan bin Muhammad Marzuq Hanabakah al-Maidani al-Dimasyqi
• Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Ghani ‘Uyun al-Sud al-Hims, Syaikh al-Qurra`
• Syeikh Muhammad Sholeh bin ‘Abdullah al-Farfur al-Hasani ad-Dimasyqi
• Syeikh Muhammad As’ad al-‘Abaji, Mufti Mazhab Syafie di Halab
• Abu Ahmad Syaikh Muhammad Sa’id bin Ahmad al-Idlibi ar-Rafie al-Halabi asy-Syafie
• At-Thobib (Dr. – perubatan) asy-Syeikh Muhammad Abu al-Yusr bin Muhammad Abi al-Khair bin Ahmad ‘Ābidin al-Husaini ad-Dimasyqi al-Hanafi, Mufti Negara Syam

#Ulama Maghribi, Tunisia dan al-Jazaair (Algeria)

• Syeikh asy-Syarif ‘Abdul Kabiir bin Muhammad as-Soqili al-Maahi al-Husaini al-Maghribi
• Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumāri al-Maghribi
• Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumāri al-Maghribi
• Syarif Muhammad Munthasir Muhammad az-Zamzami bin Muhammad bin Ja’far al-Kattāni
• Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad Qanun al-Hasani al-Maghribi
• Syeikh al-Fāruqi bin ar-Rahāli al-Marakeshi
• Syeikh Muhammad at-Thohir ibn ‘Asyūr at-Tunisi
• Syeikh at-Thoyyib bin al-Maulud bin Musthofa al-Mahāji al-Jazāiri

#Ulama Hind (India) dan Pakistan

• Syeikh Muhammad Zakariyya bin Muhammad Yahya al-Kandahlawi tsumma al-Madani, Syeikhul Hadits di Sahaaranpuur
• Syeikh Habibur Rahman ibn Muhammad Shābir bin ‘InayatuLlah al-A’azomi, Syeikhul Hadits di Madzhar al-Ulum, Madras
• Syeikh as-Sayyid Muhammad Yusuf ibn Muhammad Zakaria al-Banūri, Syeikhul Hadits  di Karachi
• Syeikh Muhammad Syafii’ bin Muhammad Yāsīn al-Utsmāni ad-Deobandi, Mufti Pakistan
• Syeikh Zafar Ahmad al-Utsmāni at-Tahānawi al-Hind
• Syeikh Muhammad Ibrahim al-Balyawi
• Syeikh as-Sayyid Fakhruddin Ahmad al-Murad Abadi, Syeikhul Hadits di Deoband
• Syeikh al-Mufti as-Sayyid Mahdi Hasan Syahjahanburi
• Syeikh al-Mufti Mahmūd bin Syaikh Muhammad Siddiq al-Multani
• Syeikh Muhammad Yusuf bin Muhammad Ilyas al-Kandahlawi, Amir (Ketua) Jemaah Tabligh
• Syeikh In’amul Hasan, Naib Ketua Jemaah Tabligh
• Syeikh Muhammad Anzor Syah bin Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri
• Syeikh al-Mufti Musthofa bin al-Imam Ahmad Redho Khan al-Barelwi al-Hind
• Syeikh Abu al-Wafa al-Afghaani al-Haidarābād

#Selain dari seorang yang mahir di dalam selok-belok ilmu hadits, beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam ilmu fiqih 4 mazhab. Dan beliau رضي الله عنه pernah mengatakan:

أنا ابن المذاهب الأربعة

Ertinya: "Aku nak kepada empat mazhab. Yakni, beliau رضي الله عنه menguasai keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali."

#Mengajar: 3 hari selepas kewafatan ayahanda beliau, ulama Makkah telah berkumpul dan memberi tanggungjawab kepada beliau untuk mengajar di tempat ayahanda beliau di Masjidilharam. Sewaktu majlis pengajian beliau yang pertama di tempat ayahandanya di Masjidilharam, ianya bukan sahaja dihadiri oleh penuntut ilmu,  bahkan dihadiri oleh ulama besar Makkah, iaitu:

▪︎ Syeikh Hasan bin Muhammd al-Masyaath
▪︎ Syeikh ‘Abdullah Sa’id al-Lahji
▪︎ Syeikh ‘Abdullah Dardum
▪︎ Syeikh Zakaria Bila
▪︎ Sayyid Muhammad Amin al-Kutbi
▪︎ Syeikh Muhammad Nur Saif
▪︎Syeikh Ismail Utsman Zain dan
▪︎ Syeikh Ibrahim al-Fathoni

Beliau juga pernah mengajar kuliyyah syariah di Universiti Malik ‘Abdul ‘Aziz di Jeddah dan kemudian Universiti Ummul Qura di Makkah dari tahun 1390H – 1399H. Kemudian beliau meminta untuk berhenti menjadi pensyarah untuk bermusafir berdakwah dan menubuhkan madrasah beliau sendiri.

#Membuka madrasah: Sewaktu beliau bermusafir ke Indonesia pada tahun 1394H, beliau telah berkumpul dan berbincang dengan para ulama disana, khususnya para habaib, antaranya dengan Habib ‘Ali Bongor. Seterusnya mereka meminta Sayyid Muhammad untuk membuka sebuah madrasah untuk anak-anak mereka di Makkah dengan menghidupakan pengajaran dan amalan para masyeikh terdahulu yang berlandaskan ahlus sunnah wal jama’ah, kerana mereka tidak dapat menghantarkan anak-anak mereka ke Hadramaut disebabkan cengkaman komunis di Yaman ketika itu.

Dan akhirnya madrasah ditubahkan di rumah beliau di Utaibiah yang mana kemudiannya berpindah ke Rusaifah. Disinilah beliau رضي الله عنه mencetak penerus kepada kesinambungan ulama silam. Di dalam penerimaan murid,  beliau رضي الله عنه tidak menerimanya sembarangan, semuanya adalah dengan isyarat.

#Menghasilkan karya 📚: Beliau رضي الله عنه menghasilkan banyak karya di dalam pelbagai disiplin ilmu seperti aqidah, tafsir, hadits, ushul fiqih, fiqih, tasawwuf, sirah nabawiyyah dan lain-lain, antaranya:

✍Di bidang aqidah:

☆ مفاهيم يجب أن تصحح
☆ منهج السلف في فهم النصوص بين النظرية و التطبيق
☆ هو الله
☆ قل هذه سبيلي
☆ التحذير من المجازفة في التكفير
☆ الغلو وأثره في الإرهاب وإفساد المجتمع
☆ تحقيق الآمال فيما ينفع الميت من اللأعمال
☆ شرح عقيدة العوام
– Perhatian! Kitab ini bukan karya beliau tetapi dihimpun oleh murid kesayangan beliau KH Muhammad Ihya Ulumiddin, Mudir Ma’had Nurul Haramain, Pujun, Malang, Indonesia. Kitab ini merupakan himpunan syarh oleh Abuya Maliki keatas Mundzumah ‘Aqidah al-‘Awwam. Al-Faqir memasukkannya kedalam senarai ini kerana ianya mencerminkan pemikiran Abuya Maliki di dalam aqidah ahlus sunnah wal jamaah.

✍Di bidang tafsir:

☆ وهو بالأفق الأعلى
☆ زبدة الإتقان
☆ القواعد الأساسية في علوم القران

✍Di bidang hadits, mustholah hadits dan sanad:

☆ أنوار المسالك إلى روايات موطأ مالك
☆ تحقيق موطإ الإمام مالك – رواية ابن قاسم
☆ المنهل اللطيف في أصول الحديث الشريف
☆ القواعد الأساسية في علم مصطلح الحديث
☆ الطالع السعيد المنتخب من المسلسلات والأسانيد
☆ العقد الفريد المختصر من الأثبات والأسانيد
☆ العقود اللؤلؤية بالأسانيد العلوية
(kitab beliau himpunkan sanad-sanad ayahnya, Sayyid ‘Alawi)

✍Di bidang ushul fiqih:

☆ القواعد الأساسية في أصول الفقه
☆ شرح منطومة الورقات

✍Mengenai ibadat haji dan sejarah kota Makkah:

☆ الحج – فضائل وأحكام
☆ في رحاب البيت الحرام
☆ لبيك اللهم لبيك

Di bidang Sirah Nabawiyyah:

☆ محمد الإنسان الكامل
☆ الذخائر المحمدية
☆ خصائص الأمة المحمدية
☆ تاريخ الحوادث والأحوال النبوية
☆ الزيارة النبوية بين الشرعية والبدعة
☆ المدح النبوي بين الغلو والإنصاف
☆ شفاء الفؤاد بزيارة خير العباد
☆ حول الإحتفال بذكرى المولد النبوي الشريف
☆ الأنوار البهية من إسراء ومعراج خير البرية
☆ مولد الحافظ الديبعي
(beliau mentahqiqkan kitab ini)

✍Di bidang zikir dan amalan kerohanian:

☆ أبواب الفرج
☆ شوارق الأنوار من أدعية السادة الأخيار
☆ الحصون المنيعة

Di bidang pelbagai ilmu lain:

☆ أدب الإسلام في مظام الأسرة
☆ صلة الرياضة بالدين
☆ كشف الغمة في اصطناع المعروف ورحمة الأمة
☆ القدوة الحسنة في منهج الدعوة إلي الله
☆ المستشرقون بين الإنصاف والعصبية
☆ مفهوم التطور والتجديد في الشريعة الإسلامية
☆ ماذا في شعبان

✍Kitab yang dikumpulkan dan ditahqiq:

☆ مجموع فتاوى ورسائل الإمام السيد علوي المالكي الحسني
(himpunan fatwa-fatwa dan surat-surat Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)

☆ نفحات الإسلام من البلد الحرام – دروس ومحاضراب العلامة المحدث المسند الإمام السيد علوي المالكي الحسني
(himpunan syarahan dan ucapan Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)

☆ فهرست الشيوخ والأسانيد للإمام السيد علوي المالكي الحسني
(Himpunan guru-guru dan sanad-sanad Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)

#Setahun sebelum kewafatannya, beliau رضي الله عنه diundang untuk membentangkan kertas kerja di- dalam Hiwar Fikri di Makkah atas undangan Ketua Umum Masjidil Haram, Syaikh Sholeh bin Abdur Rahman tanggal 5 - 9 Dzulqaidah 1424H dengan kertaskerjanya  berjodol "al-Ghuluw wal I'tidal Ru`ya Manhajiyyah Syamilah". Beliau juga turut melancarkan karangannya berjodol "al-Ghuluw Dairah fil Irhab wa Ifsad al-Mujtama`".

#Pada tanggal 11 Dzulqaedah 1424H, beliau mendapat kesempatan untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja, Amir Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz yang mana intipati ceramahnya, mengenai usaha menyatukan suara ulama dan menjalin persatuan dan kesatuan da’wah.

#Pengiktirafan: Sumbangan beliau رضي الله عنه di bidang keilmuan dan pendidikan mendapat pengiktirafan daripada Universiti al-Azhar di mana beliau رضي الله عنه telah dikurniakan gelaran ‘Ustaziyyah’ atau ‘Professor’ pada tanggal 2 Shafar 1421 bersamaan 6 Mei 2000M.

#Perhatian Ulama Kepada Karangannya -
Kitab tulisan beliau yang paling masyhur dan mendapat perhatian besar daripada para ulama adalah kitab Mafahim, dimana lebih daripada 40 orang ulama besar, seluruh dunia memberikan taqrīdz. Antaranya adalah:

• Fadhilatusy Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf - Mantan Mufti Mesir, Ulama Besar Mesir;
• Al-‘Allamah al-Muarrikh al-Faqih Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Khazraji – Menteri Hal Ehwal Islam dan Waqaf Emiriah Arab Bersatu juga Mantan Qadhi Abu Dhabi
• Syeikh Professor Dr. Muhammad at-Thoyyib an-Najjar – Mantan Rektor Universiti al-Azhar;
• Professor Dr. Abu al-Wafa al-Taftazani – Wakil Universiti Qaherah
• Fadhilatul Faqih al-Mufti Syeikh Muhammad bin ‘Abdurramhan Aal asy-Syaikh Abi Bakar bin Salim
• Syeikh Imam Musa Dhaifullah – Anggota Perikatan Islam Sedunia dan Imam Negara Chad;
• Samahah al-Imam al-‘Allāmah al-‘Ārifbillah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf – Imam Hadramaut;
• Sayyid Abdullah Kanuun al-Hasani – Setiausaha Agong Perikatan Ulama Maghribi;
• Dr. al-Husaini Abdul Majid Hasyim – Universiti al-Azhar;
• Dr ‘Abdur Rauf Syalabi – Wakil al-Azhar asy-Syarif;
• Sayyid Yusuf Hasyim ar-Rifa`i, Kuwait;.
• Dr. Abdul Fattah ‘Abdullah Barakah – Pusat Penyelidikan Islam Qaherah;
• Dr. Ahmad Umar Hasyim – Mantan Ketua Jabatan Hadits dan Dekan Kuliah Ushuluddin, Zaqaziq;
• Syeikh Muhammad as-Sanrawi – Ketua Pemeriksa di al-Azhar dan Penasihat Agama di Negeri Fayyum, Mesir;
• Syeikh Ahmad al-‘Awadh Madani – Qadhi Mahkamah Tinggi Sudan dan Pengerusi Majlis Fatwa Syar’ie;
• Al-‘Allāmah al-Muhaddits al-Muhaqqiq al-Faqih Syaikh Muhammad asy-Syazuli an-Naifur - Tunisia;
• Al-‘Allāmah al-Faqih Syaikh Muhammad Faal al-Banāni - Mauritania;
• Al-‘Allāmah Syeikh Muhammad Salim bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Wadud ( 'Adūd) - Mantan Ketua Mahkamah Tinggi Republik Islam Mauritania;
• Al-‘Allāmah al-Faqīh al-Muhaddits as-Sayyid Abdullah bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumāri – Ulama Besar Maghribi;
• Al-‘Allāmah al-Muhaddits as-Sayyid ‘Abdul Azīz bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumāri – Ulama Besar Maghribi;.
• Sayyid Muhammad bin ‘Ali al-Habsyi – Pengerusi Pusat Islam Indonesia;
• Al-'Allāmah as-Sayyid Ibrahim bin Umar bin 'Uqail – Mufti Liwa Ta’iz, Yaman;
• Maulana Muhammad Malik al-Kandahlawi – Syeikhul Hadits Universiti al-Asyrafiyyah Lahore, Pakistan;
• Maulana Muhammad Ubaidulah al-Mufti – Timbalan Cancelor Universiti ‘Abdur Rahman, Pakistan;
• Maulana Hamid Miyah bin Muhammad Miyah – Presiden Persatuan Ulama Pakistan;
• Dr. Abdur Razzaq Iskandar – Pengarah Pelajaran dan Setiausaha Agung Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan;
• Syeikh Muhammad Yusuf al-Banuri – Timbalan Pengarah Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan ;
• Sayyid Muhammad ‘Abdul Qadir Azad – YDP Majlis Ulama Pakistan;
• Syeikh Nafis al-Husaini - Pakistan;
• Maulana Ali Ashghar – Khatib Wilayah Punjab, Lahore, Pakistan;
• Maulana Muhammad Abdul Wahid – Khatib Jami’ Islam Wilayah Sailakut, Pakistan;
• Professor Dr. Hasan al-Fatih Qaribullah – Rektor Universiti Umm Durman, Sudan;
• Professor Ahmad Abdul Ghafur 'Athar – Makkah al-Mukarramah;.
• Al-‘Allāmah Syeikh Yusuf bin Ahmad as-Siddiq, Bahrain
• Sayyid Ahmad bin Muhammad Zabbarah – Mufti Republik Yaman;
• Syeikh Asad bin Hamzah bin ‘Abdul Qadir – Ulama Zabid, Yaman;
• Sayyid Abdul Hadi 'Ujail - Yaman;
• Syeikh Muhammad Hizam al-Muqrimi – Ta’iz, Yaman;
• Syeikh Ahmad ‘Ali al-Washobi – Amil Wasiat, Mahkamah Zabid, Yaman;
• Sayyid Muhammad bin Sulaiman – Mufti Zabid, Yaman;
• Syeikh Abd Karim bin Abdullah - Yaman;
• Syeikh Husain bin Abdullah al-Washobi - Yaman;
• Sayyid Muhammad ‘Ali al-Baththah - Yaman;
• Syeikh Muhammad Ali Mukarram – Mufti liwa al-Hudaidah
• Syeikh Muhammad bin ‘Ali al-Manshur – Pengetua Kolej-kolej Antarabangsa di San’aa, Yaman;
• Muhammad ‘Aziz al-Rahman a-Haqqani al-Hazarawi – Khatib dan Imam Masjid as-Siqqid al-Akbar di Rawalpindi, Pakistan dan juga khalifah kepada al-‘Allamah al-Muhaddits Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi.
• Syeikh Abu Zaid Ibrahim Sayyid - Perunding Bahasa ‘Arab Republik Arab Mesir
• Syeikh Muhammad ‘Abdul Wahid Ahmad – Ulama al-Azhar
• Al-‘Allāmah Syaikh Husin Mahmud Mu’awwadh – Ulama al-Azhar
• Syeikh Abdul Salam Jabran – Pengerusi Majlis ilmu Wilayah Marakesh, Maghribi.

#Keperibadiannya: Beliau رضي الله عنه seorang yang tegas. Lidahnya fasih mengatakan kebenaran. Seorang yang tegas dan bersni dalam mengatakan kebenaran. Berhikmah dalam menyampaikan ilmu dan pendapat.  Seorang yang pemurah. Seorang yang penyayang. Sangat memuliakan ilmu dan ulama. Beliau juga seorang yang sangat memulia dan membesarkan guru-guru beliau, serta sangat mengasihi murid-murid beliau. Murid-muridnya dianggap seperti anaknya sendiri. Beliau seorang yang zuhud dan wara’. Sentiasa melazimi sholat berjemaah dan sholat tahajjud.

#Kewafatannya: Shubuh Jum’at 15 Ramadhan 1425H bersamaan 29 Oktober 2004M, sekitar jam 4.30 pagi waktu Makkah umat islam diseluruh dunia dikejutkan dengan berita kewafatan beliau. Beliau رضي الله عنه wafat setelah lebih kurang 2 jam setengah menamatkan kuliah terakhirnya bersama murid²nya. Seluruh masyarakat dunia yang mengenali beliau diselubungi rasa sedih yang mencengkam, menangisi pemergian beliau untuk selamanya. Dunia Islam kehilangan seorang ulama besar yang gigih menegakkan dan mempertahankan yang golongan ahli sunnah wal jamaah yang diwarisi dari zaman Rasulullah ﷺ, ulama yang tidak mengenal letih dalam mendidik, mentarbiah, menyebarkan ilmu, berdakwah, sebagainya.

Semoga Allah Ta’ala mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama junjungan besar kita, nendanya Rasulullah ﷺ. Semoga Allah Ta’ala juga membalas jasa beliau atas segala jasa yang dicurahkan oleh beliau kepada umat Islam.

Moga-moga dengan mengingati dan mengasihi ulama besar ini, al-Faqir berharap, kelak beroleh syafaat darinya dan terlebih lebih lagi dari datuknya, Rasulullah ﷺ . Itulah harapan hamba yang faqīr lagi haqīr ini.

أحب الصالحين ولست منهم - لعلي أن أنال بهم شفاعة

♡ Kasih aku akan segala orang yang shāleh, dan tiada aku daripada mereka itu mudah-mudahan bahawa mendapat aku dengan mereka itu akan syafa' at.♡

Para ulama yang berjasa ini, walaupun mereka telah pergi, namun jasa dan sumbangan mereka, kenangan bersama mereka tetap segar di dalam ingatan. Mereka tetap hidup dihati-hati para pencinta mereka.

قد مات قوم وما ماتت مكارهم * ومات قوم وهم في الناس أحياء
فالجاهلون مواتي قبل موتهم * والعالمون وإن ماتوا فأحياء

Telah mati satu kaum namun tidak mati kemuliaan mereka
Dan telah mati satu kaum, sedang mereka masih hidup diantara manusia
Maka orang-orang yang jahil, mereka adalah mayat sebelum kematian mereka
Sedangkan para ulama (orang-orang 'alim), walaupun telah mati mereka itu namun tetap hidup (dalam ingatan dan hati manusia)

اللهم انشر نفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتها لديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah Ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian.

الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح سيدنا الحبيب محمد بن علوي المالكي الحسني

Sekadar inilah yang mampu al-Faqir kongsikan bersama. Seandainya terdapat kesalahan atau kesilapan, al-faqīr memohon jutaan kemaafan.

Sekian dari,
al-faqīr ilaLlah abu zahrah abdullāh thāhir
fasa 6 taman seri gombak
selesai tulis pada 11 ramadhan 1430H.
#ulangsiar, jumaat 15 Ramadhān 1441H/ 8 Mei 2020.

📚Rujukan:

📖 Ath-Tholi’ as-Sa’iid al-Muntakhib Min al-Musalsalaat wa al-Asaaniid oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maaliki al-Hasani
📖 Al-‘Iqdul Farīd al-Mukhtasor Min al-Atsbāt wa al-Asānīd oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Māliki al-Hasani
📖 Al-Maliki Ulama Rabbani Abad Ke-21 oleh Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin [buku ini sangat bagus untuk dimiliki  kerana memaparkan biografi Abuya Maliki dengan terperinci)
📖 Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani رحمه الله تعالى : Sejarah Hidup Dan Dasar-dasar Pemikirannya oleh Syaekh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Māliki.
📖 Dan lain-lain 📚
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْه رَاجِعُون
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ
Ya Allah, Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.
Takziah buat seluruh ahli keluarga

Haul Abuya Syeikh Dr Syed Muhammad Alawi Al Makki

15 Ramadhan
Memperingati pemergian tokoh ulama agung Abuya Syeikh Dr Syed Muhammad Alawi Al Makki.

AL FATIHAH
sama kita hadiahkan untuk almarhum Abuya .




Al-‘Allamah al-Imam al-Muhaddits Prof. Dr. as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani, wafatnya pada hari Jum’at, malam 15 Ramadhan di waktu sahur, wafat di saat beliau beristighfar di waktu Sahur, pada malamnya beliau tidak mengajar kitab-kitab namun banyak menceritakan perihal surga dan menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan ayahnya, al Imam Sayyid Alawi al-Maliki.

Beliau wafat hari Jumat 15 Ramadhan 1425 H bertepatan dengan tanggal 29 Oktober 2004 M dan dimakamkan di pemakaman al-Ma’la di samping makam istri Rasulallah Saw. Khadijah binti Khuailid Ra dengan meninggalkan 6 putra, Ahmad, Abdullah, Alawi, Ali, al- Hasan dan al-Husein dan beberapa putri-putri yang tidak boleh disebut satu persatu.

Salah satu kebiasaan beliau dibulan Ramadhan setelah shalat Tarawih selalu membaca Manaqib Sayyidah Khadijah Al-Kubra dan beliau juga mengarang Kitab Manaqib Sayyidah Khadijah Al-Kubra dengan judul Al-Bushra Fi Manaqib Al-Sayyidah Khadijah Al-Kubra (kabar gembira tentang biografi Sayyidah Khadijah wanita yang agung).

Detik-detik Wafatnya Abuya Sayyid Muhammad Al-Maliki
Al-Habib Hamid bin Zaid pernah menempuh pendidikan di Pesantren Darul Mustafa (Hadramaut Yaman) dan telah menikah dengan adik perempuan istri Sayyid Muhammad al-Maliki. Seminggu sebelum Ramadhan 1425 H, Habib Hamid menerima telepon dari Sayyid Muhammad al-Maliki di Mekah dan memintanya supaya datang ke Mekah untuk umrah dan menemuinya. Habib Hamid memenuhi undangan tersebut dan bersama istrinya segera mempersiapkan segala keperluan untuk keberangkatannya. Tiket dan visa sudah diurus oleh biro perjalanan yang disediakan Abuya (panggilan hormat untuk Sayyid Muhammad al-Maliki).

“Saya hanya mengurus pasport. Seluruh biaya juga ditanggung Abuya,” kata Habib Hamid.

Hari kedua Ramadhan, Sayyid Muhamad al-Maliki kembali meneleponnya. Beliau meminta Habib Hamid untuk segera terbang ke Mekah. “Kamu harus cepat menyelesaikan urusanmu, segeralah terbang ke Mekah,” minta Abuya Sayyid Muhammad al-Maliki terkesan agak cemas.

Hari keempat Ramadhan, kembali beliau menelepon untuk memastikan Habib Hamid dan istrinya jadi berangkat. “Ketika itu Abuya bilang agar saya langsung saja terbang ke Madinah untuk berziarah ke Makam Rasulullah Saw. dan shalat di Masjid Nabawi. Sekali lagi, saat itu, beliau meminta agar secepatnya sampai di Mekah.”

Tepat pada 5 Ramadhan 1425 H, Habib Hamid dan istri terbang menuju Madinah. Di bandar Medinah, dijemput oleh salah seorang murid Sayyid Muhammad al-Maliki dan membawanya ke hotel yang telah disediakan. Dua hari di Madinah, kemudian terbang ke Mekah. “Saya sampai di Mekah pada tanggal 8 Ramadhan dan langsung istirahat di hotel yang disediakan Abuya. Petangnya baru dijemput oleh Habib Isa bin Abdul Qadir, salah satu murid beliau untuk menemui orang yang paling saya kagumi, Sayyid Muhammad al-Maliki al-Hasani. Sungguh tegang dan jantung berdetak lebih keras dari biasanya.”

Petang itu, selepas sholat Ashar, Abuya menerima Habib Hamid di ruang kerjanya. “Beliau memelukku, mengucap selamat datang dan bertanya kabar teman dan muridnya di Indonesia, seperti Habib Abdurrahman Assegaf (Bukit Duri), Habib Abdullah al-Kaf (Tegal), KH. Abdullah Faqih (Langitan) dan ulama lainnya. Saya jawab semua baik-baik saja. Setelah itu saya kembali ke hotel. Beliau pesan, agar nanti berbuka puasa bersama dengannya,” kenang Habib Hamid.

Ketika saat berbuka puasa hampir tiba, utusan Sayyid Muhammad al-Maliki menjemput Habib Hamid. “Hamid, apa yang kau bawa dari Indonesia?,” tanya Abuya tiba-tiba, saat Habib Hamid masuk ke ruang kerjanya.

“Saya membawa dodol durian kesukaan Abuya,” jawab Habib Hamid.

Wajah Sayyid Muhammad al-Maliki nampak gembira sekali. Beliau langsung membagikan oleh-oleh itu kepada teman-teman dan muridnya yang ada di situ. Beliau juga langsung mencicipinya saat buka puasa tiba.

“Ada titipan lagi buat saya?,” tanya Abuya lagi.

“Ya, saya membawa buah mangga dan kelengkeng”.

Dahi Abuya berkerut. “Kelengkeng? Buah apa itu?,” tanya beliau.

Habib Hamid menjelaskan buah kelengkeng dan meminta beliau mencobanya. “Abuya nampak suka sekali buah itu, dan memakannya sampai menjelang shalat Isya,” tutur Habib Hamid.

Malam itu, tepat malam tanggal 9 Ramadhan 1425 H, Habib Hamid berkesempatan shalat Isya dan Tarawih berjamaah bersama Sayyid Muhammad al-Maliki. Saat itu ikut berjamaah beberapa ulama dari Turki, Mesir dan beberapa negara lain. Tiba-tiba Sayyid Muhamad al-Maliki memanggil Habib Hamid.

“Hamid bin Zaid, kamu jadi imam Tarawih!” kata Sayyid Muhammad al-Maliki. Habib Hamid tidak merasa namanya yang dipanggil, sebab ia merasa tidak mungkin ditunjuk menjadi imam. Sementara di situ banyak ulama besar yang pasti lebih layak menjadi imam shalat Tarawih.

Sekali lagi Sayyid Muhammad al-Maliki memanggil Habib Hamid.“Hamid bin Zaid, kamu yang akan menjadi imam.”

“Sulit dipercaya, saya yang masih muda ini ditunjuk menjadi imam. Sementara di belakang saya ada Abuya dan ulama-ulama besar yang disegani. Sungguh, saya gemetar. Membaca surah al-Fatihah yang biasanya lancar di luar kepala pun, menjadi terasa sangat sulit. Alhamdulillah, saya mampu melalui ujian berat itu dengan baik, meskipun harus gemetaran.” Habib Hamid melanjutkan ceritanya.

Selesai shalat Tarawih, Sayyid Muhammad al-Maliki membaca shalawat dan qasidah. “Menurut murid-muridnya, setiap Ramadhan, selepas shalat, beliau selalu membaca Qasidah Sayyidah Khadijah al-Kubra. Beliau juga sering berziarah ke makam istri pertama Nabi Saw. bersama keluarganya. Sebelum meninggalkan masjid, beliau memanggil dan menyuruh saya umrah malam itu juga.”

“Sebelum saya berangkat umrah, Abuya sempat menanyakan keadaan Indonesia. Beliau ingin berkunjung ke Indonesia, bertemu dengan para ulama dan murid-muridnya. Tapi waktunya belum tepat, beliau bilang, kesibukan menulis buku dan pertemuan dengan para ulama Mekah, sangat menyita waktunya.”

Pada 10 Ramadhan, kembali Abuya memanggil Habib Hamid untuk shalat Tarawih bersama dan untuk kedua kalinya menyuruhnya umrah. “Ajaklah istrimu untuk umrah dan kembalilah untuk shalat Shubuh berjamaah, pesan Abuya sebelum saya berangkat umrah. Saya pun berpamitan sambil meminta izin untuk pergi ke Jeddah, sekadar silaturrahim ke saudara-saudara istri saya. Abuya hanya memberi izin dengan isyarat tangan dan wajah menunduk. Saya merasa, beliau tidak ingin mengizinkan saya pergi, tapi juga tidak ingin mencegah. Saya akhirnya memutuskan untuk tidak pergi ke Jeddah.”

Pagi hari tanggal 11 Ramadhan, Habib Hamid shalat Shubuh bersama bersama Sayyid Muhamad al-Maliki. Beliau terkejut saat saya berada di sampingnya. “Kamu tidak jadi pergi ke Jeddah?” tanyanya.

“Tidak Abuya,” sahut Habib Hamid.

“Bagus!” jawab Abuya sambil memeluknya.

Malamnya, seperti hari sebelumnya, Habib Hamid berjamaah shalat Tarawih yang diakhiri dengan membaca qasidah Sayyidah Khadijah al-Kubra. Malam itu juga, Habib Hamid mendapat perintah Sayyid Muhammad al-Maliki untuk umrah yang ketiga kalinya.

“Pada 12 Ramadhan, selesai shalat Isya, Abuya menyuruhku untuk umrah yang keempat kalinya. Katanya, itu adalah umrah terakhir atas perintahnya. Perasaan saya memang tak enak saat beliau mengatakan itu. Ah, mungkin beliau punya rencana lain untuk saya besok.”

Rabu 13 Ramadhan, untuk kedua kalinya, Habib Hamid ditunjuk menjadi imam Tarawih oleh Sayyid Muhammad al-Maliki. Saat itu jamaahnya sekitar 200 orang, sebagian besar adalah tamu-tamu Abuya. “Malam itu, beliau merasa letih dan kakinya kesemutan.”

Di luar kebiasaan pula, kali ini, Abuya tidak membaca sholawat dan qasidah. Beliau meminta murid-muridnya, Bilal, Burhan, Aqil al-Aththas dan satu murid asal Kenya, membacakan secara bergantian. Sayyid Muhammad al-Maliki kelihatan sangat lelah. Maklum terkadang selama hampir 24 jam terjaga. Tamunya tak pernah berhenti mengalir, dan masih tekun menulis dan membaca buku. Perpustakaan di rumah tinggalnya sampai memerlukan tiga lantai. Kamarnya juga penuh dengan buku. Selain itu, beliau juga suka berkebun, tanahnya luas. “Abuya juga punya kebun buah yang cukup luas.” Kata Habib Hamid.

Akhirnya, Abuya Sayyid Muhammad al-Maliki masuk rumah sakit untuk menjalani pemeriksaan. Menurut dokter, kondisinya cukup baik, hanya perlu istirahat di rumah sakit. Pada kamis 14 Ramadhan, istri dan keluarga beliau menjenguk. “Apa kabar Hamid bin Zaid, kamu perlu di sini?” tanya Abuya ambil memandangku. Seperti biasanya, wajahnya kelihatan gembira, tidak seperti orang yang sedang sakit.

“Kami tidak lama di rumah sakit, karena istri dan anak-anak Abuya akan berziarah ke Ma’la, ke makam Sayyidah Khodijah al-Kubra. Ziarah kali ini aneh. Biasanya istri Abuya tidak pernah turun dari mobil. Beliau membaca sholawat dan qasidah dari dalam mobil. Eh, hari itu beliau dan semua anggota keluarga bersama-sama membaca al-Fatihah di makam istri pertama Rasulullah Saw.” ungkap Habib Hamid.

Malamnya, murid dan kerabat beliau berkumpul di rumah sakit. Wajah beliau tidak berubah, tetap gembira, seperti tidak sedang sakit. “Sekitar jam 8 malam dokter datang, dan mengatakan Abuya sudah sembuh. Kami semua memekik, Allahu Akbar!”

Saat Bulan Purnama Tersaput Awan
Di luar rumah sakit sesaat kemudian, Sayyid Muhammad al-Maliki meminta izin kepada dokter untuk menengok keluarga dan murid-muridnya. Tepat jam 12 malam, beliau keluar dari rumah sakit. Sebelum masuk ke mobil, Abuya menghadap ke langit selama dua menit. Bilal, salah satu muridnya bertanya: “Ada apa, Abuya?”

Abuya al-Maliki menjawab: “Tidak ada apa-apa.”

Saat itu, seharusnya bulan sedang purnama sangat indah, namun malam itu justru tertutup awan.“Sebelumnya dalam beberapa hari terakhir, beliau selalu meminta agar murid-muridnya melihat bulan, dan bertanya apakah bulan sudah kelihatan?”

Dari rumah sakit, beliau tidak langsung ke rumah, tapi ke pondok pesantren, untuk menemui murid-murinya. Saat itu jam 3 pagi. “Saya sendiri yang membukakan pintu gerbang. Setelah itu, datang Sayyid Abbas, adiknya, bersama keluarga yang lain. Kami bersama-sama membaca qasidah, lalu terlibat dalam perbualan yang sesekali diselingi dengan tertawa lebar,” cerita Habib Hamid sambil mengenang peristiwa penting itu.

Pertemuan malam itu, katanya, diakhiri dengan sahur bersama. Sebelumnya, Abuya sempat bertemu kakaknya dan bikin perjanjian untuk berbuka puasa hanya dengan tiga buah kurma dan air zamzam. “Tepat jam 4 pagi, beliau meminta semuanya istirahat dan bersiap shalat Shubuh. Beliau sendiri masuk ke kamar kerjanya.”

Di kamar itu, beliau ditemani Bilal dan Burhan. Tapi Bilal diminta keluar kamar. Saat itulah, Sayyid Muhammad al-Maliki tiba-tiba bertanya kepada Burhan. “Hai, Burhan. Aku sebaiknya istirahat di kursi atau di bumi (maksudnya karpet)?”

“Terserah Abuya.” Sahut Burhan bingung, karena tidak tahu harus menjawab Abuya. Bagaimana mungkin seorang murid memutuskan sesuatu untuk gurunya?

“Saya akan istirahat di bumi saja,” Kata Sayyid Muhammad al-Maliki.

Beliau kemudian duduk menghadap kiblat dan bersandar. Sesaat, sempat mengambil buku dari tangan Burhan. Tapi kemudian, diletakkan di meja, lalu beliau menengadah menyebut, “Lailaaha illallah….”

“Innalillahi wainna ilaihi raji’un...”hanya itu yang terucap dari mulut Burhan. Hari tepat tanggal 15 Ramadhan 1425 H atau 29 Oktober 2004, saat pagi mulai membuka kehidupan, Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas al-Maliki al-Hasani wafat. Jenazah almarhum langsung dibawa ke rumah sakit. Dokter menyuruh semua keluarga dan murid-murid beliau untuk pulang ke Pondok Pesantren.

Tepat selepas shalat Shubuh, ambulan rumah sakit yang membawa jenazah Abuya, tiba di kediaman beliau. “Saya pingsan. Ya, sepertinya, pertemuan saya dengan beliau hanya untuk mengantarkan jenazahnya ke Ma’la, tempat beliau dimakamkan, dekat dengan makam Sayyidah Khadijah al-Kubra, yang qasidahnya dibaca setiap kali selesai shalat Tarawih.”

Itulah kisah detik wafatnya Abuya Syed Muhammad Alawi. Bak dan Haji Amir tiba di Mekah 13 Ramadan, sempat menghantarkan Buah Dukung dan Lempuk Durian (keduanya kesukaan Abuya). Abuya sempat makan dg muridnya. Bak dan Haji Amir minta izin untuk ke Medinah dan diizinkannya. Pada pagi Jumaat 15 Ramadan Haji Amir menerima call dimaklumkan Abuya telah wafat. Kamu pun bergegas terus ke Mekah rumahnya. Kami ikut sama sembahyang jenazah di Mesjidil Haram dan ke Perkuburan Maala utk pengkebumian. Ratusan ribu manusia mengiringi jenazah dari Mesjidil Haram ke Ma’ala dan kami ikut serta. Kami tinggal tidur dirumah Abuya di Rusaifah selama 10 hingga pulang ke Malaysia. Kami seolah olah dijemput sama dikebumian Abuya.

Esok pagi genaplah 16 tahun Abuya pergi bertepatan subuh Jumaat, 15hb Ramadan.