Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, August 29, 2021

Munajat ulama dan tausiah buat ummah - anjuran jabatan mufti wilayah persekutuan.















 ALHAMDULILLAH

Tahniah 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  menganjurkan program " Munajat ulama dan tausiah buat ummah " dengan menampilkan tokoh tokoh ulama murabbi ummah .

Rindu majlis ilmu , majlis bersama ulama  Rabbani kesayangan ummah.

Antara kesimpulan ringkas pesanan

Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu ALBanjari ALMakki - Restu from Syeikh 

1. Musibah ini terkena kepada seluruh dunia dan semua orang tidak terkecuali. Sebaiknya mengambil kira semua pandangan dari kalangan pakar perubatan , pemimpin negara, ulama , cerdik pandai untuk sama sama menagani wabak ini.

2.Semua perlu muhasabah diri agar memelihara SOP Rabbani , SOP Nabawi.

Jangan sampai masa musibah covid ini kita menuding jari menyalahkan itu ini sedangkan kita tidak muhasabah diri kita yang berdosa, yang tidak beradab dengan Allah asbab turun musibah dan melambatkan musibah ini diangkat .

Terkadang kesalahan seperti tidak beradab kepada orang yang benar hati ikhlas hadir ke masjid sehinggakan orang orang yang ikhlas ini dihalau dari masjid tempat turunya Rahmat . Perlu muhasabah dan baiki semuanya. 

3. Syeikh menyeru semua tidak kira pemimpin , ulama , rakyat semuanya bertaubat atas kesalah yang kita lakukan.

Antara kesimpulan ringkas dari nasihat 

Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An Nadwi Al Maliki 

1. Semua yang berlaku ini dikehendaki oleh Allah dan dilakukan oleh Allah . Semua pasti ada hikmah . Orang beriman menerima segalanya dengan penuh keimanan dan penghayatan akan menimbulkan kemanisan iman . Reda dengan apa yang Allah lakukan.

2. Allah sebagai tuhan sakalain alam bersifat denga maha bijaksana mengkuhum sesuatu dengan ilmu Nya. Sudah tentu semuanya pasti ada kebaikan. Terkadang kita tidak faham.

3. Berdoalah kepada Allah dan baik sangka dengan Allah pasti Allah akan menyelesaikan dengan baik. 

4. Sop peraturan mesti diikuti sebagai ikhtiar terakhir bagi membendung wabak covid ini.

Catatan ringkas dari kesimpulan majlis bersama murabbi ummah malam ini

- Helmi Assyafie 

29 ogos 2021.

Link penuh ikuti:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=314700353762553&id=423534687786516

Sausana mjlis seperti ini perlu diteruskan masyarakat mendapat pengisian ilmu dan kerohanian dari tokoh tokoh ulama Rabbani yang sentiasa mengajak ummah kepada jalan keredhaan Allah dan Rasul.

ampuni kami