Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, November 26, 2020

Maulidur Rasul di Puncak Gunung Jerai - Masjid Pertama di Kedah.






Diawal Islam Rasulullah suka beruzlah dan bertafakur mendekatkan diri kepada ALLAH di Gua Hira , Jabal Nur di Makkah.

Para kekasih Allah , aulia , solihin sentiasa mencari tempat kerohanian untuk mereka mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam peristiwa isra mikraj Rasulullah dibawa ke tempat tempat yang ada hubungan kerohanian untuk mendekatkan diri kepada Allah. Malaikat Jibril membawa Rasulullah dari Makkah singgah ke Madinah , Madian , Baitul Laham , Baitul Muqadis tempat tempat yang pernah Rasul dan kekasih Allah tinggal di situ. Lihat kesan sejarah mengambil pengajaran disebalik perjuangan Rasul terdahulu dan meningkatkan kerohanian kepada Allah.

Masjid pertama di Kedah adalah di padang Tok Syeikh di Gunung Jerai.

Sejarah ini telah diwartakan oleh kerajaan negeri Kedah dan wujud catatan dalam sejarah negeri Kedah.

Syeikh Abdullah Al Ghumairi dari Yaman datang Ke Kedah dan asbab beliau maka Raja Kedah memeluk Islam .Sultan Kedah pertama memeluk Islam pada tahun 1136M dan ditukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah I .

Hari ini gabungan para muhibbin Kedah berkumpul mengadakan Maulidur Rasul bagi menumpang barokah dari peninggalan tempat yang pernah Syeikh Abdullah Ghumairi meabdikan diri kepada Allah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5411323722227227&id=100000489592799

Kenangan majlis 
26.11.2020
















 














Thursday, November 12, 2020

Jamiyyah ulama Fatani Darussalam sambut Maulidur Rasul besar besaran 1442 / 2020

Kali pertama Jamiyyah ulama Fatani Darussalam menganjurkan Majlis Maulidur Rasul di tapak kompleks Jamiyyah Ulama Fathoni Darussalam : สภาอูลามาอฺ ฟาฏอนีย์ ดารุสสลาม มูลนิธิ

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=369695797570433&id=229692793821873


Ucapan dari :

Tuan Guru Baba Abdul Karim Dala.

Dr Kamil Bandar.

Dr Abdul Qadir Yala.

Dr Ahmad Rifae Lubnan.

Baba Zu Pulau Kapas pendakwah bebas.

Ustaz Nawawi Teluban pendakwah bebas.

Habib Hassan Ahdal.

Tuan Guru Babaismailsepanjang Alfatoni.

Doa oleh Tuan Guru Baba Abu Bakar / Baba Ma Mawi.

Alhamduillah.

Sejarah jamiyyah ulama Fatani menghidupkan amalan ulama yang terdahulu menzahirkan syiar mentakzim Rasul yang kita amat cintai.

12.11.2020

#jamiyyahulamafatani

#ulamapondokfatani

#ahlisunnahwaljammah.

Ya Allah moga tahun tahun kehadapan direzekikan untuk sama sama ulama Fatani rai majlis Maulidur Rasul di Fatani bersama insan insan yang dikasihi.