Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, September 26, 2015

Tuan Guru Haji Salleh Musa imam solat jenazah YDP PAS Jerai



TGH Salleh Musa imamkan solat jenazah YDP PAS Jerai Ustaz Azizan Talib. 25 Stp 2015 raya haji raya ke 2
Almarhum merupakan rakan sepengajian saya dengan TGH Salleh dan beliau juga keluarga nenek mertua saya.
Catatan saat akhir bersama Ust Azizan Talib. Kematian mulia bagi orang mulia.
24 Stp 2015
Raya Aidil Adha hari raya pertama saya dan keluarga ziarah Ust Azizan . Jam 6 ptg kami ke rumah beliau No 73 Taman Ria Mesra 2. Saya masuk bersama ayah mertua dan adik ipar ke bilik beliau dan kami baca yassin. Keadaan beliau tenant separuh sedar separuh tidak. Setelah selesai saya baca yassin saya keluar ke ruang tamu. Istri beliau masuk dan beliau bertanya kepada istri beliau " siapa baca Yassin tadi" Istri beliau jawab " Ust Helmi Pondok Sik "
Beliau minta isteri beliau pangil saya masuk ke bilik semua. Semasa saya salam dengan beliau dia kata sambil menangis " saya tak (p) pergi pondok tiga tahun dah saya sakit sakit sakit sambil menangis dan pegang perut dan tubuh beliau" saya kata sabar pak njang tak apa ingat tuhan banyak banyak. Beliau kata "( P) pergi ambil air ( penawar) kat ( kepada)Tok Guru".
Saya kata baik In sha Allah saya ambiq ( ambil) sambil saya isyarat kepada nenek mertua " Tak pa ( tidak mengapa ) kami pi ambil"
Malam lepas maghrib kami ke rumah TGH Salleh Musa Pondok Sik.
Alhamdulillah 25 Stp 2015 jam 10.30 pagi kami hantar air doa TGH Salleh kepada beliau. Saat itu beliau sudah nazak.
Kami pulang ke jeniang kampung nenek. Kami solat Jumaat di Masjid Taman Ria Mesra Gurun dan setelah selesai solat jumaat abang Ust Azizan minta imam umum Ust Azizan sudah meninggal waktu azan jumaat tadi.
Setelah itu jemaah terus ke rumah beliau untuk ziarah.
Mesyuarat urusan jenazah terus diadakan dipimpin oleh abag beliau bersama ajk masjid kariah.
Keputusan mesyuarat, Subahanllah amat amat memudahkan urusan jenazah. Lebih kurang Jam 1.30 meninggal jam 5 solat jenazah.
Solat di Masjid taman ria gurun dan dikembumi di Keda batu 10 jeniang.
Allah permudahkan urusan jenazah beliau. TGH Salleh jirus mandiam jenazah beliau dan imamkan solat jenazah beliau . Lebih kurang 300 jemaah yang hadir solat jenzah.
Selamat berehat Ust Azizan Talib. Moga Allah ampunkan dosa mu dan cucri rahmat kepada mu .
Al Fatihah.

Wednesday, September 23, 2015

Takbir Raya Aidil Fitri & Aidil Adha (Best Audio Quality) - Ustaz Asri "...

Selamat hari raya Aidil Adha

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
سلام عيد الاضحى
 معاف ظاهر دان باطن

Bengkel Tauhid / daurah kitab tauhid - Helmi Assyafie di INSANIAH











Wednesday, September 16, 2015

Kuasai ilmu tauhid dalam masa singkat - daurah kitab tauhid

 17 - 18 Stp 2015 Di KUIN INSANIAH Kuala Ketil
 Kitab Misbahul Munir
 Khamis 17 stp 2015 jam 9 mlm - 12 mlm
Jumaat 18 stp 2015 jam 9 pg - 12 tgh dan mlm 9 mlm - 12 mlm
Daurah kitab tauhid
17 -18 Stp 2015 Khamis bermula malam dan Jumaat dari pagi hingga malam di KUIN INSANIAH Kuala Ketil. Penyertaan terbuka dan percuma.
19 Stp 2015 Sabtu 8.30 -1 ptg Bengkel Tauhid di Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok Sp.
Kuasai ilmu tauhid fardhu ain dalam masa singkat .
Muslimin muslimat dijemput hadir . Terbuka umum dan percuma.
‪#‎Tolong‬ doakan agar Allah SWT beri kejayaan kepada dakwah mengajak ummat kepada Allah dan Rasul dan tolong doakan al fakir selamat zahir batin dunia akhirat .

Saturday, September 12, 2015

Qurban di Pondok Fatani - penyertaan terbuka RM 500 setumpuk

Qurban di Pondok Fatani - penyertaan terbuka RM 500 setumpuk
Lembu setupuk RM 500
Kambing seekor RM 600
# Sekarang masa sudah suntuk jika boleh untuk memudahkan urusan kami yang paling terbaik kami akan terima peserta yang beri seekor lembu sahaja atau cari 7 orang untuk 7 tumpuk
serahkan wang dan wakilkan pembelian kepada kami untuk disempurnakan di Pondok Fatani.
Pondok yang dicadangkan
PONDOK DALA , TG BABA ABD KARIM
PONDOK BABA AHMAD MAWI
PONDOK BABA ABDULLAH MAMPAT
Tahun ini merupakan tahun ke 2, siapa yang berhajat untuk qurban atau aqiqah di Fatani boleh hubungi saya Helmi Assyafie whatsapp 0134044259 / Ajib 0134097292

Rehlah dakwah di Perak 11 - 12 Stp 2015

Alhamdulillah takdir Allah
Rehlah dakwah di Perak 11-12stp 2105
-pimpin daurah bacaan kitab misbahul Munir di Masjid Tinggi Bagan Serai , kuliah maghrib , subuh dan duha.
-ziarah makam Syeikh Raja Ashman Shah . Kebetulan rezeki jumpa rakan rakan Naqsyabandi Kedah menziarahi mursyid merek Raja Ashman




















Wednesday, September 9, 2015

Ust Helmi Assyafie pimpin pengajian kitab tauhid di INSANIAH Kuala Ketil 17 - 18 Stp 2015

INSYA ALLAH
Daurah kitab tauhid , mishabhul munir
di INSANIAH Kuala Ketil , di ruang kuliyyah perubatan
17 - 18 Stp 2015
terbuka .
Dokan kejayaan dakwah mengajak ummat kepada Allah dan Rasul dan memperkuatkan pegangan ahli sunnah .
Bagi masjid, surau, sekolah , universiti, kolej dan mana mana ngo yang ingin anjur daurah tauhid sehari atau dua hari secara asa bagi melepasi fardhu ain bersama asatizah pondok jalan turath salaf soleh boleh whatsapp 0134044259
ampuni kami