Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, June 16, 2017

Munajat Akhir Ramadhan.

Munajat akhir Ramadhan

Pimpinan
Ust Akmal Hadi
Ribat Ikhlas wal futuh Kuang.

Bersama
Kumpulan Qasidah Syauqul Habib

Rabu
26 Ramadhan 1438
21 jun 2017

Majlis di
26 Taman Cencaru
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Mukim Mergong
05350 Alor Setar Kedah

Tertib Majlis :
-7:30 berbuka puasa (air tamar dan kuih)
-Solat Maghrib Berjemaah.
-Solat sunat Tasbih berjemaah
-Makan Malam
-Perisapan Solat Isya
-Solat Isya Berjemaah.
-Solat Terawih 20rakaat (baca dri surah Dhuha hingga An Nas)
-Tausiah drpd Asatizah & Qosidah مودع يا  رمضان
-Rehat
-4:00 atau 4:30 pagi Solat Witir berjemaah 11 rakaat.
-Bacaan Ibtihal Asmaul Husna & Qosidah² munajat Baaalawi (seperti yg trdpt dlm Khulasoh Madad)
-Sahur.
-Solat Subuh berjemaah

Sebarang pertanyaan.
Irfan 0195243237
Asqalani 0174560327

Wednesday, June 14, 2017

Sumbangan untuk dakwah majlis ilmu majlis ulama majlis maulid di Kedah

Sumbangan untuk majlis ilmu, Majlis ulama,  majlis maulid
Boleh disalurkan ke
Majlis Talim Asyairah
Masjid Lama Pekan Tokai
Mukim Bukit Raya
06660 Alor Setar Kedah.

Maybank Taalim Asyaiirah
552095214534

Pertanyaan hubungi.

Hafiz  0174560402
Hafizi 0135907072
Dini    0142540905

Sunday, June 11, 2017

Malam Cinta RASUL Sungai Petani Kedah

Malam Cinta Rasul di Alor Setar Kedah

Bersama Tuan Guru Baba Abdul Karim Dala Fatani ziarah Athar

Fatani Darussalam

Ziarah tempat sejarah di Fatani Darussalam 
Kenangan Helmi Assyafie ziarah Fatani April 2017 




















Al-Marhum Dato’ Mursyid Diraja al ‘Allamah Syeikh Haji Tajuddin

Al-Marhum Dato’ Mursyid Diraja al ‘Allamah Syeikh Haji Tajuddin bin Syeikh Abdul Rahman - bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (1995-1999)


Al Marhum Dato’ Haji Tajudin dilahirkan di belakang Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman, pada 27 Ramadhan 1343H bersamaan dengan 18 September 1924M. Nama penuh beliau ialah Haji Tajudin bin Syeikh Abdul Rahman al-Jarumi. Beliau adalah anak Syeikh Abdul Rahman yang ke 8 daripada 11 orang adik-beradik. Beliau juga mempunyai 2 orang saudara seibu. Gelaran al-Jarumi[1] adalah disabitkan dari gelaran datuknya iaitu Tok Syeikh Jarum (1849 -1911)[2], salah seorang ulamak yang terkenal di Kedah dan Nusantara pada abad yang ke 19 yang juga merupakan guru kepada baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Nama sebenar Tok Syeikh Jarum ialah Syeikh Wan Idris bin Wan Jamaluddin bin Syeikh Wan Abdul Latif bin Syeikh Wan Shamsuddin bin Syeikh Wan Muhammad Faqih bin Syeikh Wan Muhammad Yasin bin Syeikh Ibrahim Al Hadrami bin Syeikh Ibar al-Hadrami al-Jarmi atau lebih dikenali umum sebagai Syeikh Jamaluddin al Kubro. Bapa Dato’ Haji Tajudin iaitu Syeikh Abdul Rahman al-Jarumi[3] adalah seorang ulama yang sangat terkenal di Alor Setar. Bapanya telah membuka pondok di Batu 1, Jalan Sungai Korok, Alor Setar. Bapanya juga menjadi guru kepada Baginda Sultan Abdul Hamid dan Sultan Badlishah serta kerabat-kerabat. Ibu beliau Nik Rahmah (Nik Doh) binti Nik Abdul Manaf adalah seorang guru al-Quran dan merupakan kerabat Raja Teluban salah sebuah Wilayah di Patani. Semasa zaman kanak-kanak beliau memperolehi pendidikan awal dipondok ayahnya sendiri iaitu di pondok Batu 1. Di samping belajar menulis dan membaca, beliau juga diajar menghafaz matan dan fardhu ‘ain. Manakala ilmu-ilmu al-Quran adalah diperolehi dari ibunya sendiri iaitu Nik Doh. Setelah mencapai usia remaja iaitu ketika berumur 10 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke Makkah untuk melanjutkan pelajaran menengah dan tinggi. Ketika di Makkah beliau dihantar belajar di Sekolah Tinggi Darul Ulum iaitu 3 tahun di peringkat menengah rendah (1933-1935)[4] dan 4 tahun peringkat menengah atas (1936-1942). Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat tinggi selama 2 tahun (1943-1944) hingga mendapat syahadah ‘Aliah. Beliau turut mendalami ilmu-ilmu agama di Masjid Al Haram Makkah selama 3 tahun iatu (1943-1945). Ketika di Darul Ulum beliau mempelajari ilmu-ilmu agama, Bahasa Arab dan pelajaran lain seperti Mantik, Matematik dan Sains. Di antara pelajaran-pelajaran agama yang beliau pelajari di sini termasuklah Ilmu Feqah, Faraid, Usul Feqah, Qawaid Feqah, Tafsir, Ulum Quran, Hadith, Mustolah, Tauhid, dan Sejarah Islam. Manakala pelajaran-pelajaran Bahasa Arab pula ialah seperti Nahu, Sorof, Insyak, Mutolaah, ‘Arudh, Nusus, Adab dan Balaghah. Ketika di Masjid al-Haram pula beliau mendalami ilmu Feqah, Usul Feqah, Tauhid, Tafsir, Hadith dan Tasawuf. Semasa di dalam kelas beliau digelar oleh gurunya Sheikh Muhammad Yasin al-Fadani dan rakan-rakannya sebagai Taj as Sabki kerana kebolehan beliau yang tinggi dalam membaca dan memahami dengan baik kitab usul Feqah yang mashur iaitu Jam’u al Jawami’ karya Imam Tajuddin As Sabki ialah ulama’ besar dalam ilmu perundangan Islam. Kitab ini menjadi rujukan utama di pusat-pusat pengajian tingi hingga sekarang. Selain Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani yang merupakan guru utamanya yang juga seorang ulama hadith yang sangat masyhur di Makkah dimana Dato’ Haji Tajudin menerima ijazah sanad-sanad Hadis dan kitab-kitab Mu’tabar yang menjadi sumber rujukan di dalam ilmu-ilmu Islam dari gurunya itu, beliau turut berguru dengan Syeikh Hasan al-Masyalt, Syeikh Ali al-Maliki, Syeikh Husain al-Maliki, Muhaddith Hijaz al-Hafiz Syeikh Omar Hamdan al-Mahrisi, Syeikh Shafie Kedah, Syeikh Ismail Abdul Qadir al-Fathani, Sayyid Muhammad Amin al-Qurtubi, Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas al-Hasani, Syeikh Zain al-Boyani, Syeikh Yaakub bin Abdul Qadir al-Mandili dan Syeikh Husain Abdul Ghani al-Falimbani. Beliau sangat rapat dengan gurunya yang utama itu sehingga selepas pulang ke tanahair pun, beliau sentiasa berhubung dengan gurunya itu. Setelah pulang dari Makkah pada awal tahun 1946 dalam usia 21 tahun beliau berkahwin dengan Puan Siti Zubaidah binti Ismail 18 tahun.[5]Perkahwinan ini menghasilkan 9 orang cahaya mata. Anak ketiga beliau Faiqah meninggal dunia ketika berumur 4 tahun setelah terjatuh ke dalam perigi berdekatan dengan rumahnya. Anak beliau yang masih ada ialah lapan orang iaitu: Fauziah, Ahmad Shafik, Ahmad Najib, Saulah, Mahmud Pathi, Zakiah, Mohd Jamil Sadaqi dan Muhammad Farid Wajdi. 7 orang anaknya telah mencecahkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Daripada itu tiga daripadanya telah berjaya mencapai ke peringkat ijazah Sarjana atau Master. Pada tahun 1946 beliau mula mengasaskan Madrasah Nahdhah Hasanah, di Melele. Beliau dilantik oleh penduduk-penduduk setempat menjadi mudir yang pertama hingga sekarang. Pendorong utama beliau untuk menerima jawatan ini ialah ayahnya sendiri Syeikh Abdul Rahman dan isterinya Siti Zubaidah. Murid-murid pertama yang diterima masuk ke sekolah adalah seramai kira-kira 13 orang yang terdiri daripada anak tempatan. Di antara mereka ialah Abdul Halim bin Imam Lebai Salleh, Ramli bin Toha, Aishah binti Abdul Hamid, Hashim Naim bin Othman, Tom binti Ismail, Yahya bin Jusuh, Intan binti Mat Arif dan Bakar bin Ahmad. Ahli Jawatan kuasa Lembaga Tadbir sekolah yang pertama ditubuhkan pada masa itu ialah terdiri daripada Tuan Imam Lebai Salleh, Tuan Haji Darus Arshad, Cikgu Shaari bin Abu Bakar (Setiausaha Pertama), Cikgu Ismail bin Ahmad, Cikgu Talib bin Din, Haji Othman bin Idris, Haji Jusuh bin Idris (bendahari pertama), Haji Mat Arif bin Jusuh. Guru awal yang dilantik bagi membantu Tuan Guru Haji Tajuddin ialah Ustaz Zainal Abidin dan Ustaz Haji Ahmad. Setelah itu guru-guru sekolah ini di ambil dari kalangan bekas-bekas penuntut sekolah ini. Mereka terdiri daripada Ustaz Nayan, Ustaz Hashim Ishak, Ustaz Kasim Lebai Man, Ustaz Salleh bin Sutan dan Ustaz Hashim Naim. Pada tahun 1368 bersamaan 1949 sekolah ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah oleh Pendaftar Sekolah-sekolah Agama pada masa itu iaitu Syeikh Mahmud dengan nama Madrasah Nahdhah al-Hasanah atau Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah. Nama sekolah ini diilhamkan oleh Kadhi Kubang Pasu pada masa itu iaitu Tuan Haji Ahmad bin Yasin. Berdasarkan lokasi semasa, sekolah ini berada di tengah perjalanan antara Bandar Jitra ke Kodiang. Madrasah ini kini dipimpin oleh anak Dato’ Haji Tajudin iaitu Syeikh Muhammad Farid Wajdi sebagai pengetua.[6] Peringkat awal penubuhan Madrasah Nahdhah Hasanah adalah sungguh mencabar kerana pimpinan madrasah terpaksa berjalan berbatu-batu merentasi hutan, paya dan sungai untuk berdakwah sambil memperkenalkan sekolah yang baru ditubuhkan disamping berusaha mendapat sokongan moral dan wang ringgit. Untuk membangunkan Madrasah, Haji Tajudin dibantu oleh Tuan Imam Lebai Salleh iaitu Imam Masjid Melele, dan beberapa orang lagi. Rumah yang mula-mula di duduki hanyalah pondok kecil yang bertiang dan berlantai kayu bulat, berdinding pelepuh dan beratap rumbia. Keadaan masyarakat pula kebanyakannya agak jahil dimana mereka mengamalkan kepercayaan tahyul, tok keramat, khurafat dan syirik. Keramat Tok Melele dipuja apabila datang musim menuai. Berjudi laga ayam dan kerbau adalah amalan kebiasaan penduduk pada masa itu. Bermula dari cabaran inilah beliau berazam untuk mengubah keadaan fizikal kawasan dan mengubati kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Selain daripada menumpukan pengajaran di sekolah atau pondoknya, beliau juga berdakwah diluar dengan mengajar di beberapa tempat di sekitar Alor Star termasuk istana. Di antara kitab yang beliau gunakan di dalam pengajaran beliau ialah kitab Syarah al-Hikam Ibnu Atoillah karangan Tokku Pulau Manis, Minhaj Al ‘Abidin karangan Imam al-Ghazali, Bughuyah At Tullab karangan Syeikh Daud al-Fathani, Kasyhful Litham karangan Syeikh Zainal Abidin al-Fathani, Sairus Salikin karangan Sheikh Abdul Samad al- Falimbani, Aqidah An Najin karangan Syeikh Zainal Abidin al-Fathani, Hidayatus Salikin karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, Sabilul Muhtadin karangan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan Bakurah Al Amani karangan Syeikh Ismail Abdul Qadir al-Fathani yang merupakan kitab-kitab Jawi. Manakala kitab berbahasa Arab pula ialah Majmu’ an-Nawawi Syarah al-Muhazzab karangan Iman Nawawi, Jam’u al Jawami’ karangan Imam Tajuddin as-Sabki, al-Hikam Ibnu Atoillah Syarah Ibnu ‘Ibbad, Ihya Ulum ud Din karangan Imam al-Ghazali, Tafsir Ibnu Kathir dan Riadus Solihin karangan Imam Nawawi. Setelah berdakwah secara lisan serta menglibatkan diri dalam dakwah dan keagamaan sama ada peringkat negeri atau kebangsaan, beliau juga terlibat dalam penghasilan karya-karya penulisan. Antara karya-karya beliau berbentuk penulisan ialah:
1- Rahsia Sembahyang – terbitan Majlis Agama Islam Kedah
2- Doa’ Pagi Dan Petang – terbitan Majlis Agama Islam Kedah
3- Perhimpunan Ibadat Qiyamullail – terbitan Majlis Agama Islam Kedah
4- Rahsia Haji – diterbitkan sendiri untuk kuliah ibadat haji beliau.
5- Dan beberapa risalah lain.
Pengalaman dan ilmunya yang luas menyebabkan beliau telah dilantik memegang jawatan-jawatan penting samada diperingkat negeri mahupun kebangsaan seperti;
1- Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah – semenjak 1960an hingga 2000.
2- Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah – semenjak 1970an hingga 2000.
3- Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah – semenjak 1980an hingga 2000.
4- Ahli Jawatankuasa Ibadat Haji, Lembaga Urusan Tabung Haji - 1994 hingga 2000.
5- Pakar Rujuk Ibadah Haji di Makkah – 1995 hingga 2000.
6- Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan – 1995 hingga 1999.
7- Ahli Majlis Agama Kebangsaan – 1995 hingga 1999[7]
Anugerah yang diterimanya atas sumbangan dan jasanya ialah seperti
1- Pingat Jasa Kebaktian PJK, oleh DYMM Sultan Kedah – tahun 1969.
2- Ahli Mahkota Kedah AMK, oleh DYMM Sultan Kedah – pada 10/1/1980.
3- Ahli Mangku Negara AMN oleh Yang Dipertuan Agung – pada 4/6/1980.
4- Dato’ bergelar Dato’ Mursyid Diraja oleh DYMM Sultan Kedah – pada 17/1/1988.
5- Anugerah Pendidik Jaya Negeri Kedah – pada Hari Guru tahun 1991.
6- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah – tahun 1993.
7- Darjah Kebesaran Negeri Kedah iaitu DSDK (Dato’ Setia Diraja Kedah) oleh DYMM Sultan Kedah - pada 23/1/1994.
8- Anugerah Tokoh Guru Kubang Pasu - pada 23 Mei 1998.
9- Bintang Kebesaran Orang Besar Enam Belas – Hari Keputraan DYMM Sultan Kedah tahun 2000.
10- Tokoh Maal Hijrah 1421H/ 2000M peringkat negeri Kedah.[8]
Dato’ Haji Tajudin juga dikatakan mahir menggunakan komputer. Sejak dari hujung tahun 1980an beliau memiliki set komputer peribadi sendiri. Beliau adalah seorang yang mahir dalam menggunakan beberapa perisian komputer di antaranya ialah perisian Macintosh Mac Draw.[9] Salah seorang murid Dato’ Haji Tajudin yang menjadi ulama masyhur pada masa ini ialah Syeikh Fuad Kamaluddin al-Maliki[10], ahli majlis Fatwa Negeri Sembilan dan pengasas Sekolah Tinggi Islam as-Sofa. Selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syeikh Fuad berhijrah ke Madrasah al Nahdah al Hasanah Kedah untuk mendalami pengajian Agama dan Bahasa Arab dengan guru-guru pondok di sana. Disitulah beliau berkesempatan menimba ilmu dengan al Marhum Dato’ Mursyid Diraja al ‘Allamah Syeikh Hj. Tajudin. Sekalipun tidak lama belajar di sana, Syeikh Fuad menjadi murid kebanggaan gurunya, Dato’ Haji Tajudin dan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Ketika berada di Mesir, beliau telah mengutus sepucuk surat kepada Dato’ Haji Tajudin di dalam Bahasa Arab. Nama dan suratnya disebut dan dibaca oleh Dato’ Haji Tajudin dalam perhimpunan sekolah dan menjadi murid contoh kepada pelajar-pelajar yang lain. Semasa menziarahi Dato’ Haji Tajudin setelah tamat pengajian di al Azhar dan membuka sekolah pondok di kampungnya, Dato’ Haji Tajudin menyatakan perasaan bangganya di atas kejayaan beliau dan jejak langkahnya yang diikuti oleh beliau. Malah Dato’ Haji Tajudin turut berpesan kepada beliau supaya mengajar kitab Hikam dan cara-cara amalan seseorang itu diterima Allah dan bukan sekadar mengajar hukum sah dan batal. Dato’ Haji Tajudin juga sempat memberikan kata-kata perangsang kepada Syeikh Fuad agar menguatkan semangat meneruskan usahanya dan memahami segala mehnah yang dihadapinya. Dato’ Haji Tajudin juga membenarkan pelajar maahad yang dipimpin oleh Syeikh Fuad mengambil peperiksaan bersama dengan sekolahnya.[11]
Akhirnya pada 11 Mei 2000 bersamaan 7 Safar 1421 hari Khamis jam 8.00 malam, Dato' Mursyid Diraja Syeikh Haji Tajudin telah berpulang ke Rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat dan hidayat ke atas rohnya.
Notakaki

[1] Gelaran 'Jarum' di hujung nama Haji Wan Muhammad ldris dikatakan berpunca dari peristiwa sewaktu Raja Patani mengumpul beberapa orang ulama di istananya untuk berbincang masalah 'hukum rejam' dalam Islam. Diantara semua ulama yang hadir, Haji Wan Muhammad Idris adalah yang paling muda. Ketika Raja Patani meminta Haji Wan Muhammad ldris memberikan pendapat, beliau terus dapat menjawab dengan pintar dan tepat. Ketajaman fikiran Haji Wan Muhammad itulah menyebabkan baginda menggelarnya, 'Tok Sheikh Jarum'. Tok Sheikh Jarum atau nama penuhnya ialah Haji Wan Muhammad ldris bin Haji Wan Jamal dilahirkan pada tahun 1266 Hijrah bersamaan 1849 Masihi di Kampung Bendang, Daerah Jaha dalam Wilayah Yala, Patani.

[2] Tok Sheikh Jarum mula mempelajari pelajaran agama Islam dari gurunya yang juga merupakan ayah angkatnya bernama Haji Minai (ada juga menyebutnya sebagai Minal) atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Minai (Minal) atau Tok Sheikh Minai (Minal) iaitu pengarang kitab Kashful-Litham dan Aqidat Al-Najin yang sangat terkenal di Alam Melayu. Nama penuh Tuan Minai ialah Syeikh Wan Zainal Abidin bin Wan Muhammad al-Fathani bin Wan Muhammad Dahan bin Wan Syamsuddin bin Wan Ja'far bin Wan Husein bin Ali. Beliau telah membawa Tok Sheikh Jarum ke Makkah untuk menunaikan haji. Apabila Tuan Minai kembali ke tanahair, Tok Sheikh Jarum tidak ikut serta kerana beliau mahu mendalami pengajiannya di dalam bidang bahasa Arab, Usuluddin, Tafsir dan Fiqah. Sekembalinya dari Makkah, Tok Sheikh Jarum mengajar beberapa tahun di pondok Tuan Minai di Bendang Dalam, Patani. Kali kedua beliau berangkat ke Makkah ialah pada tahun 1895 dengan membawa ketiga-tiga orang isterinya dan dua orang muridnya yang berasal dari Kedah iaitu Haji Mohamad Salleh Haji ldris dan Haji Muhammad Taib. Kali ini beliau tidak tinggal lama di Makkah kerana cita-citanya ingin pulang ke tanahair untuk mengasaskan perkampungan pondoknya sendiri. Pada awal tahun 1900, Tok Sheikh Jarum bersama isteri-isterinya berangkat meninggalkan Makkah dan berniat untuk singgah di Kedah. Di Kedah, beliau tinggal di rumah seorang muridnya, Haji Awang di Pondok Kubang Siam. Berita ketibaan ulama Patani di kampung itu dan kemasyhurannya telah sampai ke pengetahuan Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah melalui Sheikh Ahmad Daim yang merupakan Kadhi Besar Kedah waktu itu. Baginda dikatakan meminta Tok Sheikh supaya menetap terus di Kedah untuk mengembangkan syiar Islam di samping menjadi Guru Agama di istana. Permintaan baginda itu diterima oleh Tok Sheikh Jarum kerana bersesuaian dengan cita-citanya. Tok Sheikh Jarum diberi kemudahan tempat tinggal di Alor Star. Namun disebabkan suasana sibuk dan hangar-bingar Alor Setar, beliau merasakan dirinya tidak sesuai tinggal disitu. Lalu beliau memohon suatu tempat atau kawasan untuk membolehkan beliau membangunkan sekolah pondoknya. Permohonannya dipertimbangkan dan diberikan satu kawasan yang terletak di Derga. Di situlah beliau meneroka dan mendirikan perkampungan pondoknya dengan bantuan orang-orang dari Kanchut, Alor Star. Dalam masa yang singkat, purata jumlah pelajarnya bertambah setiap tahun sehingga pondoknya meningkat kepada dua ratus buah. Oleh kerana pertambahan yang menggalakkan itu, Tok Sheikh Jarum membahagikan kawasan pondoknya kepada dua bahagian iaitu 'pondok luar' dan 'pondok dalam'. Di samping mengajar di pondoknya, beliau juga kerap ke istana untuk mengajar agama kepada putera-puteri diraja. Setiap kali ke istana, beliau menaiki kereta kuda khas yang datang mengambil dan menghantarnya pulang. Mata pelajaran yang diajar oleh Tok Sheikh Jarum di pondoknya termasuklah Usuluddin, Tafsir, Feqah dan bahasa Arab. Anak-anak murid Tok Sheikh Jarum ramai yang berjaya menjadi ulama terkenal di samping menjadi imam dan ada pula yang menurut jejaknya mengasaskan pondok masing-masing. Tok Sheikh Jarum merupakan salah seorang ulama yang pernah dipilih menduduki barisan Majmak Ulama Dua Belas berpusat di Masjid Zahir, Alor Star yang dipengerusikan oleh Syeikhul-lslam Kedah, Haji Wan Sulaiman Wan Sidek. Mereka berkumpul setiap malam Jumaat bermuzakarah tentang agama dan mengeluarkan sesuatu fatwa. Tok Sheikh Jarum disifatkan sebagai seorang ulama yang bertindak tegas dan teguh pendirian. Satu contoh yang dapat dikaitkan dengan sifat tersebut ialah penghijrahan beliau ke Kedah disebabkan tidak bersetuju di atas dasar pemerintahan Thai yang memaksanya mengorek sebatang taliair di kampungnya. Kira-kira sepuluh tahun selepas ia diasaskan iaitu sekitar tahun 1909 pondok itu ditakdirkan musnah dalam suatu kebakaran besar. Punca kebakaran itu dihubungkaitkan dengan pembakaran ikan terubuk kerana boleh dikatakan setiap hari rata-rata penghuni pondok itu membakar ikan terubuk. Kebakaran yang amat dahsyat itu tidak dapat dicegah kerana ianya berlaku dalam sekelip mata. Kesan yang masih tinggal dan dapat disaksikan hingga ke hari ini ialah tiga buah telaga batu di kawasan itu. Salah sebuah daripadanya masih dapat digunakan lagi airnya. Pihak kerajaan bertindak segera membina rumah-rumah panjang di kawasan itu bagi membolehkan penghuninya meneruskan pengajian. Dua tahun kemudian iaitu pada 6 April 1911, Tok Sheikh Jarum meninggal dunia ketika berusia 63 tahun. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Derga.
[3] Meninggal dunia pada tahun 1954
[4] Mudir pada masa itu ialah Saiyid Muhsin Ali al-Masawi dari Indonesia. Setelah meninggal pada tahun 1935, jawatan mudir dipegang oleh Syeikh Zubir Ahmad selama lima tahun. Syeikh Zubir Ahmad kemudiannya pulang ke tanahair dan pernah memimpin Madrasah Idrisiyyah di Kuala Kangsar.
[5] Rujuk http://madrasah.nh.my/info-sekolah/pengasas-madrasah. Dicapai pada 27 Jun 2009
[6] Rujuk http://madrasah.nh.my/info-sekolah/pengenalan-madrasah. Dicapai pada 27 Jun 2009
[7] Rujuk http://madrasah.nh.my/info-sekolah/pengasas-madrasah. Dicapai pada 27 Jun 2009
[8] Rujuk http://madrasah.nh.my/info-sekolah/pengasas-madrasah. Dicapai pada 27 Jun 2009
[9] Rujuk http://madrasah.nh.my/info-sekolah/pengasas-madrasah. Dicapai pada 27 Jun 2009
[10] Rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0213&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_02.htm&arc=hive&arc=hive untuk membaca kisah menarik Syeikh Fuad Kamaluddin sepanjang beliau menimba ilmu di Tanah Arab dan penglibatan beliau dalam dakwah. Artikel menarik tentang Syeikh Fuad Kamaluddin al-Maliki ini adalah hasil tulisan Tarmizi Abdul Rahim yang dipaparkan diruangan Bicara Agama Utusan Malaysia. Terbit pada 13 Februari 2006.
Tajuk artikel: Muhammad Fuad azam hasilkan empat kitab sebulan.
PEPATAH Arab menyebut, “masa itu ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya ia akan memotong kita.” Itulah yang menjadi pegangan penerima Anugerah Khas Maal Hijrah 1427 peringkat Negeri Sembilan, Muhammad Fuad Kamaludin, 32. Walaupun berada di Bumi Para Anbia’ Mesir hanya selama tiga tahun enam bulan tetapi beliau memanfaatkan sepenuhnya masa itu untuk berguru dengan lebih 40 ulama terkemuka di negara itu. Istilah berguru di sini bukan seperti kaedah biasa yang diamalkan di kuliah pengajian universiti iaitu mengikut sukatan dalam dewan pengajian dengan pelajar yang ramai, sebaliknya anak muda ini berguru secara talaqqi iaitu berguru secara terus dengan para ulama berkenaan dalam kumpulan kecil untuk mendalami kitab pengajian daripada ‘kulit ke kulit’. Tidak cukup dengan itu, ulama muda ini turut berkelana menimba ilmu daripada beberapa ulama terkenal dari seluruh dunia, antaranya pakar hadis Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki dari Mekah Al Mukarramah dan beberapa lagi tokoh dari Mesir, Syria, Yemen, Dubai dan Sudan. Apa yang istimewa, kesemua guru beliau itu bukan setakat menganggapnya sebagai anak murid kebanggaan tetapi turut mengambilnya sebagai anak angkat. Kesemua mereka memberikan tauliah khusus kepadanya untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh itu kepada umat Islam di seluruh dunia. Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki telah menganugerahkan gelaran keluarganya, Al Maliki, kepada beliau. “Kadang-kadang jika saya terlewat atau terlelap kerana terlalu letih, yang mulia guru-guru saya ini akan datang ke rumah untuk bertanyakan khabar dan seterusnya memulakan kelas pengajian di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau, Negeri Sembilan. Bagaimanapun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti al-Azhar ini memberitahu bahawa beliau tidak memasuki kuliah seperti pelajar lain sepanjang berada di negara itu. Muhammad Fuad hanya berurusan sebanyak dua kali sahaja dengan pentadbiran universiti iaitu untuk membuat kad pelajar dan menduduki peperiksaan akhir universiti. “Saya bukan tidak mahu mengikuti pengajian kuliah tetapi saya ingin mengambil peluang berguru sendiri secara talaqqi dengan ulama terkenal di masjid-masjid dan rumah kediaman mereka. Sepanjang tiga tahun enam bulan berada di sana, rutin pengajian saya bermula seawal subuh sehingga larut malam setiap hari. “Saya akan pergi berguru secara terus daripada ulama dan tuan punya kitab untuk mendalami ilmu agama secara kulit ke kulit dalam pelbagai disiplin seperti al-Quran, nahu, syariah, fikah, usuluddin, tasawuf dan tauhid,” kata Muhammad Fuad yang amat memuliakan kesemua gurunya. Walaupun demikian, beliau diminta oleh rakan pelajar mengadakan sesi tuisyen khas bagi membantu mereka yang kurang memahami pengajaran di universiti. Anak bongsu daripada lima beradik dan anak lelaki tunggal kepada pasangan Kamaludin Mahat dan Zainab Mahmud itu berkata, kitab pertama yang ditulisnya ialah perbahasan dan perbincangan peribadi Rasulullah dalam bahasa Arab pada tahun 1993 selepas setahun berada di Mesir. Sehingga kini, bapa kepada enam cahaya mata itu telah menghasilkan 115 kitab pelbagai disiplin dan digunakan oleh ahli-ahli agama. Ia menjadi rujukan ulama tempatan dan luar negara. Kitab-kitab tersebut ialah tiga kitab tafsir, 19 kitab karangan hadis, sembilan kitab karangan tauhid, 14 kitab karangan fikah, sembilan kitab karangan tasawuf, enam kitab karangan sirah, 10 kitab karangan tokoh dan 44 kitab berkaitan amalan. Malah, Muhammad Fuad yang juga Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan turut menulis 12 kitab bahasa Arab. Kitab Al Toli'al Sa'id Al Muntakhab Min Al Athbat Wal Al Asanid dan kitab al-Jawahir al- Ghawali min Asanid al-Imam al-Azhari yang berkaitan ilmu hadis diterbitkan di Mesir. Kitab itu mendapat pengiktirafan dan disahkan oleh para ulama al-Azhar, Mesir seperti Profesor Dr. Judah al Mahdi, Dekan Fakulti al-Quran dan Qiraat serta Ahli Lembaga Lujnah Tafsir al-Quran al-Azhar. Ketokohan anak muda ini bukan sahaja diperakui dalam negara. Beliau turut mendapat undangan berceramah dan pidato serta membentangkan kertas kerja di Singapura, Mesir dan Mekah di hadapan para ilmuwan Islam lain. Menceritakan proses penulisan buku, Muhammad Fuad mensyaratkan dirinya menghasilkan sekurang-kurangnya empat buah kitab sebulan. “Guru saya pernah berpesan bahawa adalah menjadi satu keaiban kepada seorang pelajar dan pemimpin ilmu yang tidak membawa bersamanya buku nota dan pen kerana setiap benda yang dilihat adalah maklumat dan ilmu berguna baginya,” katanya yang memetik pesanan gurunya, Syeikh Ghassan al Bahrimi. Beliau, bagaimanapun, mengakui dirinya terlalu kerdil dan ketinggalan berbanding ulama silam yang mampu menghasilkan beribu-ribu jilid kitab pelbagai disiplin dalam keadaan serba kekurangan berbanding muslim masa kini yang memiliki segala kemudahan dan teknologi canggih. “Sebagai contoh, Ibn Shahin menulis 33,000 kitab dan kitab tafsir sebanyak 1,000 jilid; Abu Hasan al-Asyari menulis lebih 600 jilid kitab dan ulama tafsir, Ibn Tabari juga telah mensyaratkan dirinya menulis setiap hari sebanyak 40 helai. “Tanpa elektrik, komputer dan internet, mereka masih boleh menghasilkan karya bermutu yang menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia hingga kini. Justeru, tidak mustahil bagi kita yang memiliki segala-gala kemudahan itu untuk turut sama berbuat demikian,” katanya yang amat mengasihi Rasulullah dan keluarganya serta menolak fahaman yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Selepas pulang ke Malaysia pada 1996, anak jati Kampung Chenong Chengkau, Rembau ini membuka pondok pengajiannya seluas 0.2 hektar dalam kawasan tanah milik ibunya dengan modal RM17. Ketika itu beliau berusia 22 tahun. Kini, penuntutnya semakin bertambah sehingga beliau memerlukan kawasan yang lebih besar. Maka kawasan kira-kira empat hektar di Kampung Sembilan, Chengkau telah dipilih bagi menubuhkan Surau al-Taufiqi al-Husaini. Usaha tersebut, bagaimanapun, menerima pelbagai tohmahan dan fitnah. Orang memfitnahnya mengatakannya membawa fahaman yang sesat. “Atas dasar keikhlasan untuk berdakwah semata-mata untuk keredaan Allah, maka segala cabaran dan dugaan itu berjaya diatasi dan kini masyarakat mulai dapat menerima usaha yang saya jalankan,” katanya. Muhammad Fuad tidak pernah menjadikan usia mudanya sebagai halangan untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh daripada guru-gurunya yang bersambung terus sanad mereka dengan Rasulullah. “Saya tidak berasa tekanan. Saya percaya bahawa setiap niat ikhlas nescaya akan mendapat kekuatan daripada Allah yang disertakan sekali dengan restu dan ijazah yang diberikan oleh kesemua guru-guru saya,” ujar beliau. Beliau menekankan perasaan rendah diri dan tawaduk terhadap kekurangan diri di hadapan Allah Yang Maha Esa dengan mempercayai bahawa setiap nikmat yang diperoleh adalah segala-galanya daripada Pencipta. “Saya seboleh-bolehnya mengamalkan pendekatan ahli sufi iaitu menganggap orang tua lebih hebat kerana mempunyai banyak ilmu dan amal; orang muda lebih hebat kerana tidak banyak melakukan dosa berbanding orang yang lebih berusia; dan orang jahil lebih beruntung kerana mereka melakukan maksiat kerana tidak berilmu berbanding orang yang berilmu tetapi masih melakukan maksiat,” katanya.
ampuni kami