Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, June 23, 2021

Sumbangan PKP 3.0 untuk Tok Guru Tua Pondok Kedah.





















Sumbangan PKP 3.0 khas untuk Tok Guru Tua Pondok Kedah , asatizah pondok yang tiada pendapatan tetap serta fakir miskin.


Alhamdulillah telah agihkan kepada tok tok guru diantaranya :

Isnin 21.6.21

1. Tuan Guru Haji Abdullah Bukit Lada 

2. Tuan Guru Dato Wan Ahmad Kuala Nerang

3. Tuan Guru Baba Azahari Gulau Sik

4. Tuan Guru Hj Zakaria Jeneri Sik


Selasa 22.6.21

5. Tuan Guru Baba Mad Kupang Baling

6. Tuan Guru Haji Rahim Pendang

7. Tuan Guru Haji Wan Izuddin Gajah Mati Pendang

8. Tuan Guru Haji Jusuf Tobir Pendang

9. Tuan Guru Haji Sanusi Pendang


Rabu

10. Tuan Guru Ustaz Suhaimi Kuala Lanjut Pendang.


Terima kasih semua para penyumbang yang sentisa bersama Majlis Talim Asyairah membantu Tuan Guru Tua Pondok yang tiada pendapatan tetap pada PKP 1.0 , PKP 2.0 dan PKP 3.0. Diharapkan kita bersama dapat gembirakan tok tok guru dan membantu mereka sekadar yang kita mampu.

Terima kasih kepada syarikat EMZI holding yang turut sama sama membantu kali ini.


Doakan kami moga sentiasa dipermudahkan urusan untuk khidmat kepada ulama sesepuh negeri Kedah dan yang lain. Doa moga dipermudahkan segal urusan selamat dunia akhirat.


Catatan :

1.Tuan Guru Hj Wahab Hasan Baling kami tak sempat jumpa sebab waktu kami pergi rumah beliau, beliau tengah rehat. Doa moga beliau sihat.

2. Masih berbaki 2 -3 orang tok guru tua Kedah yang masih belum sempat kami kunjungi . Insyallah akan menyusul sehari dua lagi.


 

Friday, June 11, 2021

Sumbangan untuk PKP 3.0


Sumbangan PKP 3.0

Sumbangn khusus untuk Tok Guru tua Pondok Kedah , guru pondok terpilih , asatizah yang terjejas dengan lockdown/ PKPD .


Majlis Talim Asyairah Kedah menyeru kepada masyarakat yang pernah menyertai program ini dan bagi mereka yang ingin bersama membantu meringankan beban guru guru yang tiada pendapatan tetap.


Bagi mematuhi SOP kali ini kita akan agihkan melalui bank kepada tuan Guru , asatizah yang terpilih. Kita utamakan guru pondok yang tua dan asatizah yang daif yang tiada pendapatan tetap.


Penyertaan kali ini bermula 1 - 13 /6/2021.

Sambung PKP 3.0 dibuka lagi 13 - 27 /6/2021


Bagi mereka yang ingin memberi zakat , sumbangan boleh ke akaun 

Maybank

552095214534


Bagi yang telah bankin sila lapor ke whatssap bagi tujuan rekod samada zakat atau sumbangan ke no

0134044259.


Program yang telah dilaksana boleh rujuk dan layari di : 


1.

https://youtu.be/Hsi9SZikLxU


2.

https://youtu.be/QXITxUAw7BI


3.

https://youtu.be/Wl3lPRFGc6U


4.

http://pondoktauhid.blogspot.com/2021/05/majlis-talim-asyairah-anjur-program.html?m=0


5.

http://pondoktauhid.blogspot.com/2021/01/sumbangan-pkp-20.html?m=0

 

Wednesday, June 2, 2021

18 Syawal 1442 Dato Seri Dr Harussani meninggal dunia sebab covid 19


 Innalillahi wainna ilaihi rojiun.... Allahummaghfirlahu warhamhu...

Perginya Permata Ummah buat selamanya. Tuan Guru Tan Sri Dato' Seri Hj Harussani bin Hj Zakaria. 

Semoga Allah menempatkan insan yang banyak berbakti ini ditempat yang mulia. Bersama para Solihin dan Auliya.

Tuesday, June 1, 2021

18 Syawal 1442 / 2021 Haul Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa kali ke 5


 Haul ke 5 .

18 Syawal 1442.

Genap 5 tahun pemergian murabbi ummah Tuan Guru Haji Salleh bin Musa .


Al Fatihah.

ampuni kami