Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, October 31, 2020

Maulidur Rasul 1442 / 2020 bersama Ulama Fatani


Maulid Akbar 

Di Fatani Darussalam 1442 / 2020

Bersama ulama Pondok Fatani Darussalam.



















 

Thursday, October 29, 2020

12 Rabiul Awal 1442 di Hadramaut Yaman

12 Rabiul Awal 1442 di Hadramaut Yaman.

Sambutan bersama kibar ulama Yaman para Habaib , masyaikh dan masyarakat di sana.



















 

Monday, October 26, 2020

Kata hikmah Syeikh Mutawalli Syarawi

 TUJUH KATA-KATA HIKMAH SYEIKH MUTAWALLI SYA'RAWI YANG MASYHUR


1-Jika kamu tidak mampu berkata benar maka janganlah kamu bertepuk tangan kepada kebatilan.

2- Jika tiada orang dengki kepada kamu maka ketahuilah sebenarnya kamu adalah seorang yang gagal.

3- Jangan kamu bimbang dengan perancangan manusia kerana yang paling hebat mereka mampu lakukan hanyalah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah ianya berlaku.

4- Tiada seorang pun mampu membuat keputusan dalam kerajaan@milik Allah melainkan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah.

5- Jangan kamu menyembah Allah supaya Dia memberi sesuatu kepada kamu bahkan sembahlah Dia supaya Dia reda. Jika Dia reda pasti kamu akan terpegun dengan pemberianNya.

6- Jika kamu melihat ada orang miskin di negara orang Islam maka ketahuilah ada orang kaya yang telah mengambil haknya.

7- Tiada kebimbangan bagi orang yang mempunyai bapa...bagaimana pula boleh merasa bimbang orang yang mempunyai Tuhan.


Monday, October 12, 2020

Tuan Guru Haji Rifaee dalam kenangan.

Solat jenazah dan pengkebumian Tuan Guru Haji Rifaee . Perjalanan terakhir Tuan Guru yang disayangi ummah pada hari Isnin 24 Safar 1442 / 12 Oktober 2020.

Moga Tuan Guru Rifaee diampunkan segala dosa dan dirahmati oleh Allah. Moga Tuan Guru dapat syafaat Rasulullah. Selamat berehat dengan tenang. Moga kami istiqomah seperti mu . Moga dengan keberkatan beliau dan ulama Aulia yang lain moga kita semua selamat dunia Akhirat.

Salam takziah buat seluruh keluarga Tuan Guru  dan seluruh murid murid dan pecintanya.

Imam solat jenazah , anakanda Almarhum Tuan Guru , Ustaz Atiq Kullah.

Imam solat jenazah kali ke 2 Ustaz Ismail Mahmud .

Imam Solat jenazah kali ke 3 Habib Muhammad Ali Jufri.

Hujan mengiringi jenazah ke perkuburan dan setelah selesai doa talkin.

Antara yang hadir solat jenazah MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor ,  Tuan Guru Syeikh Aminuddin  Bin Abdul Rahim , Ustaz Marzuki Yusof , Ustaz Ismail Mahmud , Syeikh Nazrul Nasir , Tuan Guru Wan Izuddin , Tuan Guru Ridhouddin NAAM , Tuan Guru Haji Rauf Hj Awang, Tuan Guru Hj Adnan Karangan , Tuan Guru Mohamad Nasir , Ustaz Ahmad Yahaya , YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim , Ustaz Fauzi Tahir , Syeikh Faisol Omar , Ustaz Wadi Anwar , Ustaz Shahul Hamid , Ustaz Azhan Ishak , Ustaz Azhar Imam Muda ,Ustaz Nazim ibnu Sina dan ramai lagi ulama  pondok , guru guru Pertubuhan Hesa Kedah dan asatizah Kedah yang hadir dari kalangan murid dan pecinta almarhum Tuan Guru Rifaee.

#permataulamakedah

#ulamapondok

#ulamasufi

#ulamaahlisunnahwaljamaah


































 




















Dalam kenangan.

























ampuni kami