Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, June 29, 2020

Thursday, June 25, 2020

Naqib ringkas Imam Muhammad Al Mahdi

Naqib ringkas Imam Muhammad Al Mahdi Ibni Muhammad Ibni Ali Al Sanusi.

Sumber Pertubuhan Tarekat Muhammadiah - FATIM


Tuesday, June 16, 2020

Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai

Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Omar Zuhdi ( 1919 - 1994 )

Diantara alim ulamak yang mahsyur di Negeri Kedah pada tahun 1900an ialah Tuan Guru Haji Omar Zuhdi . Beliau merupakan pengasas Pondok Misbahul Falah di Baling , Kedah .

Beliau lahir di Kampung Chekok , Pengkalan Chepa, Kelantan dan dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan .

Sewaktu mengaji di pondok beliau sering kelaparan kerana tidak mempunyai wang lalu di ambilnya upah beberapa perkerjaan seperti menjahit atap rumah kampung dan mengangkat baja kelawar dari gunung sekitar baling . Pernah juga diceritakan oleh anaknya bahawa ketika belajar dulu beliau terlalu lapar sehinggakan terpaksa mengikat batu di perut sehingga 3 hari .

Tuan Guru Haji Omar telah menuntut ilmu dari ramai ulamak besar dan alim di maqam ilmu mereka . Pada umur 17 tahun , beliau merantau ke Kedah dan Patani bagi mendalami ilmu agama dan seterusnya ke Mekah sebagaimana yang sedia maklum diantara pusat pengajian Islam terbesar ketika itu . Diantara guru beliau ialah :

1.  Tuan Guru Haji Abdul Ghani - Pondok Pulau Berangan
2. Tuan Guru Haji Ali Salahuddin - Pondok Pulau Pisang
3. Pak Chu Him - Pondok Gajah Mati
4. Syeikh Ustman Jalaluddin Penanti al Kalantani - Pondok Penanti
5. Tuan Guru Haji Sulong - Pondok Cemara
6. Tuan Guru Haji Yahya Kupang - Pondok Kampung Pisang
7. Syeikh Abdul Qadir al Mandili - Pengarang Kitab Penawar Bagi Hati
8. al-Muhaqiq Pak Da Eil Mekah
9. Syeikh Ali al-Maliki - Ketua Feqh 4 Mazhab Mekah
10. Syeikh Hassan al-Yamani - Mufti Terengganu
11. Syeikh Hassan Masyath
12. Syeikh Afnani al-Jawwa
13. Syeikh Abdul Rahman Jabad
14. Syeikh Ku Jalil al-Qodhi
15. Syeikh Pak Nik Leh al-Kalantani
16. Syeikh Muhammad Yasin Syobari Negeri Sembilan
17. Musnid Dunyya Syeikh Muhammad Yasin Isa al-Fadani
18. Syeikh Muhammad Ahid - Mekah
19. Syeikh Muhammad Daud Sulaiman al-Kelantani - Mekah

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Salleh Musa - Madrasah Rahmaniah
2. Tuan Guru Haji Awang Lanai - Pondok Ustaz Awang
3. Tuan Guru Haji Jusoh Tobiar - Pondok Penyarom
4. Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Umar al-Belantiki
5. Tuan Guru Haji Rifae - Pondok Zuhdiah Carok Salang
6. Tuan Guru Haji Taib - Pondok Tembak
7. Tok Ayah Musa Tumpat
8. Tuan Guru Haji Ayub @ Pak Su Yob
9. Tuan Guru Haji Syafie - Pondok Hatnyai
10. As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya
11. Tuan Guru Haji Abu Bakar Ibrahim - Pondok Bandar Hilir
12. Ustaz Azahar Hashim al-Hadhrami
13. Syeikh Ali Abdul Qadir at-Tohiri - Mudir Alamiyah Institute London
14. Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Haji Romli - Pengasas Yayasan Mujammak Darul Hadis
15. Tuan Guru Haji Ramli Belantik

Diriwayatkan Tuan Guru pernah belajar di India dan khatam Sunan Sittah serta mahir berbahasa Arab, Urdu dan Parsi.

Beliau diberi gelaran Zuhdi atas sifat zuhud beliau oleh seorang gurunya yang bernama Syeikh Abdul Rahman Jabad iaitu seorang ulamak Sufi di Mekah .

Sewaktu Tragedi Memali yang berlaku pada 1985 . As Syahid Ustaz Ibrahim Libya telah berjumpa dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi bagi bertanyakan beberapa pekara dan akhirnya hadir semangat jihad fisabilillah didalam diri Ustaz Ibrahim Libya . Tuan Guru Haji Omar Zuhdi juga diantara ulamak yang sepakat mengatakan bahawa 13 syuhada memali itu mati syahid .

Tuan Guru Haji Omar Zuhdi meninggal dunia pada usia 75 tahun dan dikebumikam jasadnya di Kampung Parit Panjang , Baling ( Berhadapan Masjid Omar Zuhdi ) .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Sumber -  http://nurisaomar.blogspot.com/2017/10/biodata-ringas-tuan-guru-omar-zuhdi.html?m=1

Sunday, June 14, 2020

Jangan berdebat dengan orang jahil

IINGAT LAH
Janganlah bergelut melawan babi di dalam lumpur, tubuh mu akan kotor sedangkan babi akan menikmati permainan itu, kerana berlumuran dgn kekotoran merupakan gaya hidupnya. Inilah perumpamaan agar kamu
berhati-hati melayani perdebatan dgn org yg berkelakuan bodoh & dungu, kerana kamu lebih mulia dari apa yang mereka kerjakan. Jika kamu terseret di dlm kedunguan dan dendam dgn melayani perdebatan itu, maka nilai dan martabatmu akan berkurangan, sementara orang dungu akan menikmati kedunguannya. Alangkah banyak orang seperti itu dalam dunia kita.

Wednesday, June 10, 2020

Barisan hadapan negara - terima kasih.

Alhamdulillah

Terima kasih
Abah
Pak Long ,Pak Ngah , Pak Lang ,Pak Su dan semua barisan hadapan negara yang bekerja kuat demi memastikan rakyat selamat dari wabak covid 19.

Alhamdulillah,
Allah hantar insan insan ini menjaga rakyat semasa musibah covid 19. Kami bersaksi mereka khidmat yang terbaik buat negara.





Monday, June 8, 2020

Baba Zakaria / Baba Ya Pondok Tok Jong Fatani meninggal dunia 16 Syawal




 Suasana pengkebumian Baba Zakaria / Baba Ya Tok Jong Fatani
16 Syawal 1441 / 8 Jun 2020.

Moga diampun segala dosa dan selamat rehat disana . Moga kami menyusuli dengan istiqomah dan selamat .

AL FATIHAH.

Para alim ulama mereka sepenuh kehidupan khidmat dijalan agama. Hidup mulia mati mulia.
Sama sama kita siapkan diri dan bina seni kematian agar akhir dengan Husnul Khatimah .















16 Syawal 1441

Hari Isnin 16 Syawal 1441 / 8 Jun meninggal.ulama Hadith Kedah iaitu Maula Abdul Qadir





Friday, June 5, 2020

IMAM JADID BIN UBAIDILLAH BIN IMAM MUHAJIR

IMAM JADID BIN UBAIDILLAH BIN IMAM MUHAJIR

Imam Jadid Bin Ubaidillah merupakan adik bongsu kepada kepada Imam Basri dan Imam Alwi. Beliau dilahirkan di Sumal dan menimba ilmu dengan ayahnya dan juga 2 orang saudaranya. Ibunya merupakan seorang wanita solehah daripada perkampungan Sumal, Hadhramaut.

Disebutkan didalam kitab Masyra' ar Rawi kenapa beliau diberikan nama Jadid. Beliau dinamakan dengan nama Jadid sebagai isyarat anak baru yang dilahirkan daripada keluarga Imam Ubaidillah di Hadhramaut setelah keluarga besar mereka hijrah dari Kota Basrah ke Hadhramaut.

Imam Jadid berpindah dari Sumal ke satu perkampungan yang bernama Bayt Jubair setelah wafat ayahnya sekitar tahun 383 Hijrah dan berkahwin dengan wanita disana.

Kemudian para zuriatnya menetap di Kota Tarim sebelum terputus keturunannya pada pertengahan kurun ke 7 dan mereka mengasaskan masjid yang dinamakan Masjid Bani Jadid yang kini lebih dikenali dengan Masjid Broom.

Imam Ubaidillah mengamanahkan beliau untuk kembali ke Basrah setelah menunaikan ibadah Haji dan Umrah bagi mengukuhkan ikatan tali persaudaraan keluarga mereka yang ada di Basrah ketika itu dan juga mengambil sebahagian harta peninggalan warisan mereka disana.

*Terdapat beberapa Tokoh Ulamak daripada keluarga Jadid ini antaranya*

1. Abdullah Bin Muhammad Bin Jadid

2. Abd Malik Bin Muhammad Bin Jadid

3. Al Muhaddis al Imam Asy Syahir Nuruddin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Jadid Bin Ali Bin Muhammad Bin Jadid. Beliau seorang imam yang menguasai segala bidang ilmu khususnya didalam bidang
Hadis dan tafsir.

Syeikh Ali Bin Muhammad selepas menimba ilmu di Tarim, beliau meneruskan perjalanan untuk menuntut ilmu sehingga sampai ke India dan Dzoffar (Salalah).

Beliau juga sempat menuntut ilmu di Makkah dan Madinah al Munawwarah. Ketika di Kota Aden, beliau menuntut ilmu daripada Qadhi al Kabir Syeikh Ibrahim Bin Ahmad al Quraidhi dan belajar daripadanya kitab Al Mustasfa yang mana Syeikh Ibrahim belajar daripada penulis kitab tersebut.

Syeikh Ali dan juga saudaranya yang bernama Syeikh Abd Malik pernah ke Kota Wajiz untuk menziarahi dan menimba ilmu daripada Syeikh al Arif Billah Mudafi’ Bin Ahmad al Mu’aini al Khaulani sehinggakan syeikh tersebut memakaikan kepada mereka khirqah sufi serta mengahwinkan kedua puterinya kepada Syeikh Ali dan Syeikh Abd Malik.

*Syeikh Ali Bin Muhammad wafat di Makkah al Mukarramah pada tahun 620 H.*

Disebutkan bahawa Syeikh Ali Bin Muhammad merupakan *orang pertama yang menghazaf (membuang) sanad - sanad dan meriwayatkan terus daripada Rasulillah S.A.W.* Perkara ini dianggap satu perkara yang baik dan diamalkan oleh para ulamak yang lain. Beliau juga mencapai tahap ijtihad dan para gurunya melebihi 1000 orang.

*BiografiUlamakHadhramaut*