Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, June 5, 2020

IMAM JADID BIN UBAIDILLAH BIN IMAM MUHAJIR

IMAM JADID BIN UBAIDILLAH BIN IMAM MUHAJIR

Imam Jadid Bin Ubaidillah merupakan adik bongsu kepada kepada Imam Basri dan Imam Alwi. Beliau dilahirkan di Sumal dan menimba ilmu dengan ayahnya dan juga 2 orang saudaranya. Ibunya merupakan seorang wanita solehah daripada perkampungan Sumal, Hadhramaut.

Disebutkan didalam kitab Masyra' ar Rawi kenapa beliau diberikan nama Jadid. Beliau dinamakan dengan nama Jadid sebagai isyarat anak baru yang dilahirkan daripada keluarga Imam Ubaidillah di Hadhramaut setelah keluarga besar mereka hijrah dari Kota Basrah ke Hadhramaut.

Imam Jadid berpindah dari Sumal ke satu perkampungan yang bernama Bayt Jubair setelah wafat ayahnya sekitar tahun 383 Hijrah dan berkahwin dengan wanita disana.

Kemudian para zuriatnya menetap di Kota Tarim sebelum terputus keturunannya pada pertengahan kurun ke 7 dan mereka mengasaskan masjid yang dinamakan Masjid Bani Jadid yang kini lebih dikenali dengan Masjid Broom.

Imam Ubaidillah mengamanahkan beliau untuk kembali ke Basrah setelah menunaikan ibadah Haji dan Umrah bagi mengukuhkan ikatan tali persaudaraan keluarga mereka yang ada di Basrah ketika itu dan juga mengambil sebahagian harta peninggalan warisan mereka disana.

*Terdapat beberapa Tokoh Ulamak daripada keluarga Jadid ini antaranya*

1. Abdullah Bin Muhammad Bin Jadid

2. Abd Malik Bin Muhammad Bin Jadid

3. Al Muhaddis al Imam Asy Syahir Nuruddin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Jadid Bin Ali Bin Muhammad Bin Jadid. Beliau seorang imam yang menguasai segala bidang ilmu khususnya didalam bidang
Hadis dan tafsir.

Syeikh Ali Bin Muhammad selepas menimba ilmu di Tarim, beliau meneruskan perjalanan untuk menuntut ilmu sehingga sampai ke India dan Dzoffar (Salalah).

Beliau juga sempat menuntut ilmu di Makkah dan Madinah al Munawwarah. Ketika di Kota Aden, beliau menuntut ilmu daripada Qadhi al Kabir Syeikh Ibrahim Bin Ahmad al Quraidhi dan belajar daripadanya kitab Al Mustasfa yang mana Syeikh Ibrahim belajar daripada penulis kitab tersebut.

Syeikh Ali dan juga saudaranya yang bernama Syeikh Abd Malik pernah ke Kota Wajiz untuk menziarahi dan menimba ilmu daripada Syeikh al Arif Billah Mudafi’ Bin Ahmad al Mu’aini al Khaulani sehinggakan syeikh tersebut memakaikan kepada mereka khirqah sufi serta mengahwinkan kedua puterinya kepada Syeikh Ali dan Syeikh Abd Malik.

*Syeikh Ali Bin Muhammad wafat di Makkah al Mukarramah pada tahun 620 H.*

Disebutkan bahawa Syeikh Ali Bin Muhammad merupakan *orang pertama yang menghazaf (membuang) sanad - sanad dan meriwayatkan terus daripada Rasulillah S.A.W.* Perkara ini dianggap satu perkara yang baik dan diamalkan oleh para ulamak yang lain. Beliau juga mencapai tahap ijtihad dan para gurunya melebihi 1000 orang.

*BiografiUlamakHadhramaut*

No comments:

Post a Comment

ampuni kami