Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, December 28, 2020

Tuan Guru Baba Mad Kupang.

Tuan Guru Baba Mad Kupang Baling.

Beliau merupakan ulama asal dari negeri Fatani Darussalam. Keluarga besar pondok Bendang Kuchil Fatani .

Beliau merupakan guru kepada ramai guru guru pondok di Kedah khusus dalam bidang ilmu tasawuf .

Moga Allah panjangkan usia beliau dan istiqomah beliau dalam iman dan akhir kehidupan dengan husnul khatimah.

Antara pesan beliau semasa ziarah Khmis 24 Dis 2020.

Kita perlu usaha semoga Allah jadikan kita orang yang hati hidup.( Macam mana ) bagaimana dikatakan hati hidup iaitu badan kita didunia tetapi hati kita di akhirat iaitu mengekali mengingati Allah ( syuhud)


Beliau berpesan :

Antara petua latihan agar hati kita mengingati Allah bacalah 

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ.

Sebanyak 90 kali sehari.


Beliau mengatakan orang yang hidup hati ini kurang diakhir zaman ini , jika ada sekalipun banyak yang menyendiri , sembunyi diri mereka .


Melihat sosok tubuh dan kehidupan beliau dapat kita rasai seperti mana apa yang terdapat dalam kitab minhaj. Beliau menghabiskan masa beliau dengan mengingati Allah . Zuhud , wara , kuat amaln , kuat riadah .


Pernah seorang koprat ziarah Tuan Guru dan melihat keadaan rumah beliau agak panas , bagi memastin kesihatan Tuan Guru terjaga maka koprat budiman menawarkan untuk memasang syiling di rumah Tuan Guru , dalam hal keadaan begitu pun beliau berat untuk menerima bantuan itu. Tetapi akhirnya oleh kerana ikhlas hati koprat itu Allah mempermudahkan urusan untuk memasang syiling dirumah tuan guru. Zuhudnya beliau bukan beliau meminta bahkan yang orang nak bantu pun beliau masih berat untuk terima tawaran itu. Hal ini diceritakan oleh anakanda beliau abg Abdullah.

Kebetulan beliau kurang nampak sekarang ini.Antara perkataan beliau , antara hikmah Allah buat ( jadikan) mata tak nampak ( rabun) setengah dari hikmah Allah nak pelihara kita dari maksiat mata. 

Masyallah apakah yang beliau lihat maksiat ? sedangkan beliau tinggal di pedalaman tiada maksiat mata disekeliling rumah beliau. Beliau banyak menyendiri di rumah. Masyallah hebatnya makrifah yang telah Allah zahirkan kepada orang yang Allah kasih.

Jauhnya kita dengan mereka .

Allah jadikan hati mereka hidup iaitu sentiasa ingat Allah dan ingat akhirat.

Sedangkan kita asyik dengan dunia , lalai . Banyak masa kita habis dengan handphone terkadang siang malam dengan handphone , game , fb , whatssap dan lain lain terkdang kita tak terasa rugi masa dengan kelalaian yang tidak membawa faedah Akhirat.

Sedangkan ahli makrifah, ahli yang Allah hidupkan hati mereka ,mereka dapat mengenal yang mana permata yang mana kaca yang mana menafaat yang mana mudarat yang mana berharga yang mana yang tidak berharga. Mereka memperbanyak amal ketaatan dan meninggalkan perkara sia sia yang tidak mendatang faedah bagi akhirat.

Juahnyan kita dengan mereka...

Banyak kita berdoa agar moga moga Allah jadikan hati kita hidup seperti mereka . Moga kita diberi rezeki oleh Allah agar dapat makrifah zauqiah seperti mereka .

Kennagan ziarah ulama Tua Kedah

23- 25 Dis 2020.

Catatan Helmi Assyafie 

28 Dis 2020.



 

Thursday, December 24, 2020

Ulama Tua Kedah.


 Takdir Allah ziarah Ulama Tua bersama sahabat Ustaz Syafiq Majlis Agama Islam negeri Selangor bahagian Mualaf.

1. Tuan Guru Dato Ahmad Kuala Nerang

2. Tuan Guru Haji Abdullah Bukit Lada

3. Tuan Guru Haji Jusuf Tobir Pendang

4. Tuan Guru / Tok Ndak Haji Bakar

5. Tuan Guru Baba Mad Kupang Baling

6. Tuan Guru Haji Ahmad Ziyadi SP.

Semua mereka panjang umur, sentiasa dirahmati Allah , Istiqomah dan ahkir hayat dengan husnul khatimah.

Kenangan 23 - 25 Dis 2020.



















Monday, December 21, 2020

Al Fatihah buat Tuan Guru Haji Salleh bin Musa


 Sama kita hadiahkan Fatihah buat 

Almarhum Tuan Guru Haji Salleh bin Musa dan ulama serta aulia yang lain.

Wali Allah , aulia yang dikasihi.


Moga di  Akhirat bersama mereka yang dicintai.

Moga Allah kurnia rezeki kerohanian kepada kita seperti mereka telah rasai keniamatan Iman dalam hidup mereka didunia hingga akhir hayat mereka.

Al Fatihah untuk semua mereka dalam gambar ini dan aulia yang lain.

 

Tuesday, December 8, 2020

Haul Habib Muhammad Al Haddar

Haul Habib Muhammad Al Haddar
Di Kedah tahun ke 2.

Maulid dan Haul Arif billah Al Alim Al Alamah Habib Muhammad Al Haddar 
Jumaat 
25 Rabiul Akhir 1442
11 Dis 2020

5.30 petang hingga 10.30 malam

Maahad Tahfiz Intan,
Lot 11559 Kg Teluk Sg Layar 08000 Sg Petani Kedah.

Tertib
5:30 petang bacaan Al Quran 30 Juzuk
6:45 Bacaan Wirdul latif
7:15 - Solat Maghrib
- Doa Khatam & Tahlil
8:20 - Solat Isya
-Maulid Al Mudhorriah
9:20 - Bacaan Manaqib Habib Muhammad Al Haddar
- Tausiah & Taujihat oleh Ulama yang hadir
10:30 - Jamuan makan



 

Sunday, December 6, 2020

Haul Imam Al Habsyi 1442 / 2020

🔈 *مجالس الذكر وأساس التقرب إلى الحق بالفرائض ونيل المحبة بالنوافل والاتباع*

🎙 مذاكرة العلامة الحبيب عمر بن محمد بن حفيظ

🕌 في مولى العرض بحارة النويدرة، مدينة تريم

📆 ليلة السبت 20 ربيع الثاني 1442هـ

▶️ للاستماع والحفظ 🔽

http://alhabibumar.com/Lecture.aspx?SectionID=8&RefID=25999

_

▫️ T.me/HabibOmar

▫️ Facebook.com/HabibOmarCom/













 

ampuni kami