Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, December 28, 2020

Tuan Guru Baba Mad Kupang.

Tuan Guru Baba Mad Kupang Baling.

Beliau merupakan ulama asal dari negeri Fatani Darussalam. Keluarga besar pondok Bendang Kuchil Fatani .

Beliau merupakan guru kepada ramai guru guru pondok di Kedah khusus dalam bidang ilmu tasawuf .

Moga Allah panjangkan usia beliau dan istiqomah beliau dalam iman dan akhir kehidupan dengan husnul khatimah.

Antara pesan beliau semasa ziarah Khmis 24 Dis 2020.

Kita perlu usaha semoga Allah jadikan kita orang yang hati hidup.( Macam mana ) bagaimana dikatakan hati hidup iaitu badan kita didunia tetapi hati kita di akhirat iaitu mengekali mengingati Allah ( syuhud)


Beliau berpesan :

Antara petua latihan agar hati kita mengingati Allah bacalah 

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ.

Sebanyak 90 kali sehari.


Beliau mengatakan orang yang hidup hati ini kurang diakhir zaman ini , jika ada sekalipun banyak yang menyendiri , sembunyi diri mereka .


Melihat sosok tubuh dan kehidupan beliau dapat kita rasai seperti mana apa yang terdapat dalam kitab minhaj. Beliau menghabiskan masa beliau dengan mengingati Allah . Zuhud , wara , kuat amaln , kuat riadah .


Pernah seorang koprat ziarah Tuan Guru dan melihat keadaan rumah beliau agak panas , bagi memastin kesihatan Tuan Guru terjaga maka koprat budiman menawarkan untuk memasang syiling di rumah Tuan Guru , dalam hal keadaan begitu pun beliau berat untuk menerima bantuan itu. Tetapi akhirnya oleh kerana ikhlas hati koprat itu Allah mempermudahkan urusan untuk memasang syiling dirumah tuan guru. Zuhudnya beliau bukan beliau meminta bahkan yang orang nak bantu pun beliau masih berat untuk terima tawaran itu. Hal ini diceritakan oleh anakanda beliau abg Abdullah.

Kebetulan beliau kurang nampak sekarang ini.Antara perkataan beliau , antara hikmah Allah buat ( jadikan) mata tak nampak ( rabun) setengah dari hikmah Allah nak pelihara kita dari maksiat mata. 

Masyallah apakah yang beliau lihat maksiat ? sedangkan beliau tinggal di pedalaman tiada maksiat mata disekeliling rumah beliau. Beliau banyak menyendiri di rumah. Masyallah hebatnya makrifah yang telah Allah zahirkan kepada orang yang Allah kasih.

Jauhnya kita dengan mereka .

Allah jadikan hati mereka hidup iaitu sentiasa ingat Allah dan ingat akhirat.

Sedangkan kita asyik dengan dunia , lalai . Banyak masa kita habis dengan handphone terkadang siang malam dengan handphone , game , fb , whatssap dan lain lain terkdang kita tak terasa rugi masa dengan kelalaian yang tidak membawa faedah Akhirat.

Sedangkan ahli makrifah, ahli yang Allah hidupkan hati mereka ,mereka dapat mengenal yang mana permata yang mana kaca yang mana menafaat yang mana mudarat yang mana berharga yang mana yang tidak berharga. Mereka memperbanyak amal ketaatan dan meninggalkan perkara sia sia yang tidak mendatang faedah bagi akhirat.

Juahnyan kita dengan mereka...

Banyak kita berdoa agar moga moga Allah jadikan hati kita hidup seperti mereka . Moga kita diberi rezeki oleh Allah agar dapat makrifah zauqiah seperti mereka .

Kennagan ziarah ulama Tua Kedah

23- 25 Dis 2020.

Catatan Helmi Assyafie 

28 Dis 2020.



 

No comments:

Post a Comment

ampuni kami