Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, March 25, 2020

Zikir yang dianjurkan ketika hadapi wabak covid 19

Antara zikir yang dianjurkan Guru Mulia al Habib Umar bin Hafidz حفظه الله ومتعه بالصحة والعافية untuk di baca pada waktu ini adalah,;
.
•حسبنا الله ونعم الوكيل (450x)
•يا لطيف (1000x)
•وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ(100x)
.
Begitu juga Boleh membaca Ratib Al-Attas, dan salah satu zikir yang ada di dalam Ratib al-Attas yang sangat di anjurkan untuk memperbanyakkan;
.
•يا لطيفاً بِخلْقِه، يا عليماً بخلقه، يا خبيراً بخلقه، أُلطف بنا يا لطيف يا عليم يا خبير. ‏
.
•يا لطيفاً لم يزل، ‏أُلطف بِنا فيما نزَل، ‏إِنك لطيفٌ لم تَزلْ، ‏أُلطُف بنا والمسلمين.
.
Ambil kesempatan yang telah di berikan Allah disaat ini, untuk bermuhasabah, serta usaha mengaturkan diri untuk memanfaatkan setiap waktu di dalam mencari keredhaan Allah, orang beriman waktunya sentiasa bermanfaat.
.
Semoga di kurniakan kita hati yang tenang sentiasa dengan Allah, redha dan sabar kerana Allah, dan sentiasa bersyukur kepadaNya dalam apa jua keadaan, dipermudahkan didalam segala urusan,
sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang terbaik bagi hambaNya, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga bertambah rasa kehambaan kita.

Silakan share agar ramai umat mendapat manfaat.
Sebarkan .

Sunday, March 22, 2020

Covid 19- sila duduk rumah

 Ya Allah, mereka sudah kepenatan, permudahkan urusan mereka dan berikan kekuatan kepada mereka untuk mengurus negara kami ini Ya Allah.

23 Mac 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menggesa rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan agar wabak COVID-19 dapat dibendung.

Daulat Tuanku

#agongkita #ourking #dudukrumah #stayhome #staysafe #royal #malaysia

Istana Negara

#stayhome
#dudukrumah








Monday, March 16, 2020

Corona - Dr Mohamed An Nablusi

Hikmah sebalik Corona mengikut kaca mata Mohamed An Nabulsi.

♦فوائد فايروس كورونا
للدكتور  محمد راتب النابلسي

Virus corona di sisi Sheikh Dr Mohamed Ratib an-Nabulsi :

🔹 أزداد الإرتباط بالله عز وجل، و عجّت إليه  الأصوات بصنوف اللغات.

Peningkatan hubungan dgn Allah dimana suara para hambaNya pelbagai bahasa bermunajat mengadu menitip doa.

🔸 تجلى الإيمان بالغيب و اللجوء إلى من له القدرة على كشف الضر  و البلاء .

Menzahirkan keimanan kpd perkara ghaib dan memohon perlindungan kepada Yang Maha Berkuasa menyingkapkan bala dan mudarat.

🔹 انتبه الكثير لفقره ؛ فالمال و الجاه عجزا عن دفع هذا البلاء.

Ramai sedar akan kefakiran mereka..lantaran harta dan pangkat tidak mampu pun menghindarkan bala ini.

🔸 تراجعت نسبة الفواحش ( الزنا و اللواط) خوفاً من العدوى.

Penyusutan nisbah kemungkaran (yang melibatkan perihal jenayah seks dan maruah diri manusia spt zina dan homoseks) kerana takutkan jangkitan covid 19.

🔹 عُطّلت الكثير من مجالس البطّالين و اللهو خوفاً من الاختلاط.

Banyak majlis maksiat dan  yang melalaikan terbengkalai kerana bimbang percampuran manusia yang memungkinkan jangkitan merebak.

🔸  ظهرت حقيقة من كنا نعُدهم قوى عُظمى فهي أوهن من بيت العنكبوت .

Tampak realiti bahawa apa yang kita anggapkan ia kuat dan hebat bahkan sebenarnya lemah..lebih lemah daripada sarang labah-labah!

🔹 تجلّت صورة من صور يوم القيامة: ( يوم يفر المرء من أخيه).

Penzahiran suatu gambaran hari kiamat di mana ( manusia hatta adik beradik saling  menjauhkan diri  antara satu sama lain).

🔸 النعمة المجهولة (الصحة) انكشف قدرها ؛فزاد شكرها.

Bahawa kesihatan itu merupakan ni'mat yang tersembunyi yang terabai...di mana dalam situasi ini betapa sedarnya kita bahawa ia sesuatu yang besar dan agung..seterusnya menuntut kita untuk mensyukuri kepada Penganugerahnya dengan melipat gandakan amalan kebaikan.

▪ فالوجه الظاهر لكورونا بلاء و الوجه الآخر له أنه قربنا من الله بعد ان ابتعدنا عنه بإغواء الشيطان .

Suatu dimensi zahir bagi covid 19 ialah ia suatu bala..namun dimensi lain ia sebenarnya medium mendekatkan kita semua kepada Allah setelah lama kita jauh dariNya akibat godaan dan hasutan syaitan.

■ إذن كم يحبنا الله ،ويصبر علينا ،ويقبلنا ويرحمنا ،ويتوب علينا إذا  عدنا إليه .■

Demikianlah sedarilah kita semua betapa sayangnya Allah kepada kita..betapa sabarNya Allah melayan karenah kita para hamba yang 'aasi bermaksiat siang malam..betapa Allah masih menerima kita..mengasihi kita dengan rahmatNya yang tidak terhitung..dan masih dan sentiasa setia menerima taubat kita..selagi kita sudi untuk kembali pulang semula kepadaNYA...😭😭😭

Saturday, March 14, 2020

Sidi Imam Ahmad Badawi



SYEIKH SIDI AHMAD BADAWI (RAH)

Masjid dan makam yang terletak di Tanta, Mesir ini, sering menjadi kunjungan jutaan manusia yang tidak lekang untuk menziarahi makam beliau dari kalangan para sufi, ulama' dan manusia keseluruhannya. Moga Allah Taala mengurniakan kita himmah dalam mengamalkan sunnah-sunnah Nabi yang mulia dengan memperbanyakkan selawat dan sentiasa berakhlak mulia.

Syeikh Ahmad Badawi berasal dari Kota Fas, Magribi. Seorang ulama sufi dan wali Allah yang sangat terkenal di dunia sufi ini lahir pada tahun 596 H. Nama sebenarnya Ahmad bin Ali Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakr al-Badawi. Berketurunan Nabi saw, karena nasabnya sampai kepada Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Talib, suami Saiyidah Fatimah binti Saiyidina Nabi Muhammad saw.

Keluarga Badawi bukan penduduk asli Fas. Mereka berasal dari Bani Bara, suatu kabilah Arab di Syam yang berhijrah tinggal di Negara Arab paling barat ini. Di sinilah semasa kecil Syeikh Ahmad Badawi menghafal al-Qur’an dan mengkaji ilmu-ilmu agama khususnya fekah Mazhab Syafie. Pada tahun 609 H ayahnya membawanya pergi ke tanah Haram bersama saudara-saudaranya untuk melaksanakan ibadah haji. Mereka tinggal di Makah selama beberapa tahun sampai ayahnya meninggal dunia pada tahun 627 H dan dimakamkan di Ma’la.

     

Syeikh Ahmad Badawi selalu mengenakan tutup muka. Suatu ketika berkhalwat selama empat puluh hari tidak makan dan minum. Waktunya dihabiskan untuk melihat ke langit. Tiba-tiba dia mendengar suara tanpa rupa (hatif), berkata: “Berdirilah !” lalu suara itu terus mengucapkan kata-kata, carilah tempat terbitnya matahari. Bila jumpa, carilah pula tempat terbenamnya matahari. Kemudian berpindahlah ke Tanta, satu Bandar di Gharbiyah, Mesir. Di sanalah tempatmu wahai pemuda”.

Suara tanpa rupa itu seakan membimbingnya ke Iraq. Di sana ia bertemu dengan dua orang wali Allah yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Kadir Al Jailani dan Syeikh Ar Rifa’i. “Wahai Ahmad ” kata kedua orang wali Allah itu kepada Syeikh Ahmad Al Badawi seperti mengeluarkan arahan. ” Kunci-kunci rahsia wilayah Iraq, India, Yaman, as-Syarq dan al-Gharbiyah di genggaman kita. Pilihlah mana yang kamu suka “. Tanpa disangka-sangka Al Badawi menjawab, “Saya tidak akan mengambil kunci tersebut kecuali dari Zat Yang Maha Membuka.

Perjalanan selanjutnya adalah Mesir negeri para nabi dan ahli bait. Syeikh Ahmad masuk ke Mesir pada tahun 634 H. Di sana ia bertemu dengan Al Zahir Bibers dengan tenteranya. Mereka menyanjung dan memuliakan wali Allah ini. Namun takdir sudah menetukan ia harus melanjutkan perjalanan menuju tempat yang dimaksud oleh bisikan ghaib, Tanta, satu kota yang banyak melahirkan tokoh-tokoh dunia. Di Tanta Syeikh Ahmad Badawi menjumpai para wali, seperti Syeikh Hasan Al Ikhna`I, Syeikh Salim Al Maghribi dan Syeikh Salim Al Badawi. Di sinilah ia berdakwah, menyeru pada agama Allah, takut dan sentiasa berharap hanya kepadaNya.

Beliau laksana laut, diam tenang tapi dalam dan penuh dengan mutiara, itulah Syeikh Ahmad Al Badawi. Syeikh Matbuli berkata, “Rasulullah SAW bersabda kepadaku, ” Setelah Muhammad bin Idris As Syafe tidak ada wali di Mesir yang fatwanya lebih berpengaruh daripada Ahmad Badawi, Nafisah, Syarafuddin Al Kurdi kemudian Al Manufi. Syeikh Matbuli hidup bukan di zaman Rasulullah saw, dia mendapatnya dengan karamah kewaliannya.

Suatu ketika Ibnu Daqiq Eid mengutus Abdul Aziz Ad Darini untuk menguji Syeikh Ahmad Badawi dalam berbagai permasalahan. Dengan tenang dia menjawab, “Jawapan soalan-soalan itu terdapat dalam kitab ‘Syajaratul Ma’arif’ karya Syeikh Izzuddin bin Abdus Salam. Ertinya beliau juga amat menguasai ilmu-ilmu syariat malah menghafaznya.

Di Masjid Sidi Ahmad Badawi terletaknya lokasi Makam Syeikh Ahmad Badawi sendiri dan empat lagi Makam waliyullah, Masjid ini juga menyimpan bekas tapak kaki Rasulullah yang dikatakan dibawa oleh Sultan Salehuddin Al-Ayubi dari Madinah semasa zaman pemerintahan beliau, masjid ini juga mempunyai satu bilik keperluan Syeikh Ahmad Badawi sendiri yang menyimpan barang-barang keperluan Syeikh Ahmad Badawi serta janggut Rasulullah.

Antara barang yang tersimpan di dalam bilik keperluan Syeikh Ahmad Badawi:

1. Tasbih Syeikh Ahmad Badawi sepanjang 10 meter (999 biji sebesar biji tamar setiap satu)

2. Pakaian Syeikh Ahmad Badawi berwarna merah (20 kilogram)

3. Tongkat Syeikh Ahmad Badawi

4. Serban Syeikh Ahmad Badawi

5. Janggut Rasulullah

KARAMAH SYEIKH SAIYYIDI AHMAD BADAWI

Menurut kisah, antara karamah Syeikh Ahmad Badawi ialah mukanya bercahaya sehinggakan beliau melilit wajahnya sebanyak dua kali dngn serban beliau. Pada suatu ketika, seorng anak murid beliau meminta untuk melihat wajah Syeikh Ahmad Badawi tetapi, beliau menolak permintaan anak muridnya itu pada awalnya, atas desakan yang kuat, beliau membenarkn anak muridnya ini melihat wajah beliau. Semasa melihat wajah Syeikh Ahmad Badawi anak muridnya itu meninggal dunia kerana terkejut melihat wajah Syeikh Ahmad Badawi yang bercahaya. Semenjak peristiwa itu beliau tidak pernah membuka lilitan serbannya dan anak muridnya yang meninggal dunia itu diklasifikasikan sebagai mati syahid kerana meninggal dunia semasa menuntut ilmu.

       Karamah lahiriah bukanlah satu-satunya ukuran tingkat kewalian seseorang, tetapi tidak ada salah disebutkan beberapa karamah Syeikh Sidi Ahmad Badawi sebagai bukti betapa hebatnya orang-orang yang hampir jiwanya dengan Allah ini. Diantaranya seperti yang biasa kita dengar bahawa beliau ini sentiasa menutup wajahnya dengan kain dari pandangan manusia. Dalam masa yang sama, ia mempunyai pengikut yang ramai. Maka ramailah dikalangan orang-orang yang berhasad dengki, mengadu kepada pemerintah bahawa Syeikh Ahmad mengamalkan ajaran sesat, sebab itu dia menutup mukanya.

Sultan yang memerintah ketika itu memanggilnya ke istana untuk mengetahui dalam beberapa perkara dan memaksanya membuka kain penutup mukanya. Bila sahaja dibuka kain tersebut, memancarlah cahaya dari wajahnya yang sangat menyilaukan pandangan. Tahulah Sultan bahawa beliau adalah wali Allah. Setelah itu diketahui rahsia cahaya mukanya adalah kerana dia beramal dengan selawat yang dikenali selepas itu dengan ‘Selawat Badawi’.

Diceritakan ada seorang Syeikh yang hendak bermusafir. Sebelum bertolak dia meminta pendapat pada Syeikh Ahmad Badawi yang sudah berbaring tenang di alam barzakh. Nisbah lahir sudah meninggal dunia, sedangkan para wali tidak mati seperti orang biasa. Mereka hanya berpindah alam, roh mereka masih berperanan.

“Pergilah, dan tawakkallah kepada Allah SWT” tiba-tiba terdengar suara dari dalam makam Syeikh Ahmad Badawi.

Tersebut kisah Syeikh Ahmad Badawi suatu hari berkata kepada seorang laki-laki yang memohon panduan dalam perniagaannya. “Simpanlah gandum untuk tahun ini. Kerana harga gandum nanti akan melambung tinggi, tapi ingat, kamu harus banyak bersedekah pada fakir miskin”. Nasihatnya benar-benar dilaksanakan oleh laki-laki itu. Setahun kemudian dengan izin Allah kejadian itu terbukti benar. Ini memperlihatkan orang yang imannya sangat hampir dengan Tuhan mendapat sumber ilmu dari Tuhannya, tidak terbatas dengan persoalan akhirat semata-mata.

Pada tahun 675 H sejarah mencatat kehilangan tokoh besar yang mewarnai dunia Islam dengan cinta dan takut kepada Allah. Dengan kasih sayang sesama manusia. Syeikh Ahmad Badawi yang tidak pernah berkahwin ini berpindah ke alam baqa’ dekat dengan kekasihnya Allah swt. Jasadnya dikebumikan di Tanta, Mesir.

Beberapa waktu setelah pemergian wali pujaan ini, umat Islam seperti tidak tahan, menanggung rindu akan kehadirannya. Maka diadakanlah di hari ulang tahun kelahirannya, diadakan majlis merayakannya (maulid), maka sejarah mencatat, orang ramai datang umpama gelombang banjir dari berbagai tempat yang jauh. Kerinduan, kecintaan, pengabdian mereka tumpahkan pada hari itu pada sufi agung ini. Hal inilah kiranya yang menyebabkan sebagian ulama dan pegawai agama ditahun-tahun selepas itu cuba menghalang acara maulid ini untuk mengelakkan bid’ah kononnya. Ia terjadi hanya satu tahun sahaja. Tahun berikutnya perayaan diadakan kembali hingga sekarang.

       Pengorbanan seorang waliyullah ini patut diteladani oleh masyarakat islam terutamanya pemuda dan pemuda yang menjadi tunjang pembentukan islam sejati. Pengalaman ini telah menyedarkan saya untuk lebih lagi mengkaji mengenai sirah Rasulullah, para anbiya', sahabat dan waliyullah. Dengan mengetahui sejarah, dapatlah kita mengambil ibrah dari kisah-kisah hidup mereka yang terdahulu, berusaha dalam menegakkan agama Islam ini sehingga tidak terasing lagi di mata dunia dengan ketinggian akhlak dan keilmuanya. Mereka hidup hanyalah dengan berbekalkan cinta akan Allah itu, melebihi cinta akan dunia dan isinya.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada umat Islam…

Sumber : Syarafi asy-Syarqawi

Monday, March 9, 2020

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri Agama




 Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendahului senarai enam individu yang mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran hari ini 10 Mac 2020.





Perlantikan PM Ke 8 .

Dalam kemelut Politik Negara yang pelbagai , Alhamdulillah PM ke 8 di lantik secara bersejarah . Terbentuk kerajaan Melayu Islam yang kuat dengan berkat YDP Agong. Moga ALLAH memelihara keamanan kemakmuran dan keberkatan Malaysia tercinta.