💚Abuya Sayyid Muhammad al-Māliki رضي الله عنه Akan Senantiasa Dikenang💚
أَحِبُّوا اللَّهَ لِمَا يَغْدُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ، وَأَحِبُّونِي لِحُبِّ اللَّهِ، وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِي لِحُبِّي
“Cintailah Allah dengan apa yang telah Dia berikan kepada kalian daripada nikmatNya, cintailah aku kerana cinta kepada Allah dan cintailah ahlibaitku kerana cinta kepadaku” - hadits
Tulisan ini adalah merupakan ulangsiar tulisan yang pernah al-fagir tulis pada 11 Ramadhan 1430H di blog 'al-fanshuri - kenali ulama kita'. Dan sempena haul al-Imam as-Sayyid Muhammad al-Hasan bin as-Sayyid 'Alawi al-Māliki al-Hasani رضي الله عنه maka al-faqir kongsikan lagi di FB ini untuk manfaat bersama.
Biarpun telah ramai yang menulis dan memaparkan biografi beliau رضي الله عنه di dada internet, namun al-Faqir berhasrat untuk mencoretkan juga walaupun secara ringkas biografi beliau رضي الله عنه demi kerana kecintaan al-Faqir kepada beliau ,رضي الله عنه. Coretan yang al-Faqir kutip dari pelbagai sumber dan al-Faqir kongsikan sebahagian dari koleksi foto al-Faqir yang berkaitan dengan beliau رضي الله عنه .
Beliau رضي الله عنه , seorang ulama yang semerbak harum namanya diserata dunia, terutama dikalangan para pencinta ilmu dan ulama. Kewibawaan dan keilmuan beliau رضي الله عنه diakui dan dihormati oleh para ulama semasa juga oleh mereka yang menentangnya. Kitab karangannya menjadi rujukan. Beliau رضي الله عنه adalah jurucakap kepada golongan ahlus sunnah wal jamaah di dalam menghadapi fahaman-fahaman yang melampau, yang ekstrim … (yang menolak bahkan mencerca ulama silam) . Beliau رضي الله عنه adalah imam ahlus sunnah wal jama’ah abad ke-21. Beliau رضي الله عنه , ulama rabbani di abad ini. Beliau رضي الله عنه ulama yang meneruskan kegemilangan ayahnya, datuknya dan moyang-moyang beliau di dalam dunia keilmuan dan pentarbiyahan. Beliau رضي الله عنه seorang ulama yang teguh dengan pendirian, tidak goyah dengan pelbagai cabaran dan rintangan serta tohmahan yang dihadapi. Beliau رضي الله عنه menjaga adab ketika berbeda pendapat serta menjauhi sifat melampau di dalam tindakan atau perkataan dalam menghadapi golongan yang tidak sependapat dengannya.
Al-Habib Muhammad bin ‘Aydrus al-Haddad menyifatkan keteguhan beliau رضي الله عنه di dalam syairnya:
♡ Sungguh beliau telah mampu mematahkan hujjah orang yang menentangnya. Sedikitpun beliau tidak terlukai
Bahkan beliau bersedia untuk dipenggal lehernya, namun beliau tetap tidak akan berundur dari pendiriannya
Pendirian yang telah dipegang teguh oleh para ulama yang besar-besar, yang telah memimpin umat ini dimasa silam♡
Tatkala melihat kehebatan penguasaan ilmu beliau رضي الله عنه pada usianya yang masih muda, seorang guru beliau, iaitu al-‘Allamah Syeikh Muhammad Nur Saif pernah berkata kepada ayahanda beliau: "Wahai Sayyid ‘Alawi, jangan marah jika perkataanku mengecilkan hatimu, apabila aku katakan bahwa anakmu ini merupakan ranting yang melebihi batangnya. Mendengarkan perkataan itu ayahandanya ketawa lalu menjawab: Tidak, aku tidak berkecil hati, tetapi sebaliknya ini adalah kebanggaan bagiku."
Itulah, sosok ulama besar di abad ini, al-‘Allāmah al-Muhaddits al-‘Ārifbillah Professor Dr. Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Māliki al-Idrisi al-Hasani. Di kalangan murid-murid dan pencintanya, beliau lebih dekat dengan panggilan Abuya Māliki @ Buya Maliki.
#Kelahiran dan #keturunan: Beliau رضي الله عنه dilahirkan dirumah ayahandanya yang terletak berhampiran Masjidilharam, Babus Salam Makkah al-Mukarramah pada tahun 1365H bersamaan dengan 1946M.
Beliau رضي الله عنه bernasabkan kepada keturunan yang mulia iaitu daripada keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasūlullāh ﷺ. Keturunan beliau terdiri daripada para ulama. Ayahandanya, nendanya dan seterusnya keatas. Beliau رضي الله عنه berkata di dalam menzahirkan nikmat kurniaan itu:
سيد عالم أبي وجد، هكذا إلى المختار
Ertinya: "Dari ayahandaku, kemudian datukku dan seteusnya sampai kepada Rasul Yang Terpilih صلى الله عليه وآله وسلم, adalah penghulu dan orang ‘alim."
Nendanya yang pertama - Sayyid ‘Abbas, kedua - Sayyid ‘Abdul Aziz, ketiga – Sayyid ‘Abbas, keempat – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kelima – Sayyid Muhammad al-Maliki dan keenam – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kesemuanya adalah orang ‘alim dan menjawat jawatan Imam dan Khatib al-Masjidilharam. Dapat dipastikan dengan bukti yang jelas, bahwa sepanjang enam keturunan tersebut sebelum beliau terdiri daripada ulama besar. Sebelum itu ada juga yang menjawat jawatan Imam dan Khatib serta menjadi mudarris di Masjidilharam, namun tidak dirakamkan di dalam daftarrasmi Masjidilharam.
Keluarga beliau رضي الله عنه lebih dikenali dengan dengan gelaran al-Māliki dari al-Hasani kerana salah seorang daripada nenda beliau dilantik menjadi Mufti Mazhab Maliki di Makkah al-Mukarramah pada zaman pemerintahan Syarif ‘Aun. Oleh kerana itulah keluarga beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Māliki.
#Pendidikan: Beliau رضي الله عنه mendapat pendidikan formal di Madrasah al-Falah dan Madrasah Tahfiz al-Quran di Makkah. Manakala pengajian tidak formal pula beliau dapati dari halaqah-halaqah ilmu di Masjidilharam. Beliau رضي الله عنه dikatakan sudah menghafal al-Quran diusia 7 tahun, manakala menghafal kitab Muwattho ketika berusia 15 tahun. Dan mendapat jolokan ‘Muwattho Yang Berjalan’ kerana penguasaan dan kepakaran beliau mengenai kitab tersebut.
Setelah itu beliau رضي الله عنه mengembara ke banyak negara untuk menuntut ilmu daripada para ulama tersohor seperti di India, Libya, Mesir, Maghribi, Pakistan dan Indonesia. Beliau juga menuntut di Universiti al-Azhar diperingkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PhD). Beliau berjaya meraih ijazah kedoktoran dalam bidang hadits di Universiti al-Azhar dengan taqdir Muntaz (cemerlang) ketika berusia 25 tahun.
#Guru_guru beliau: Beliau mempunyai guru yang tidak terkira banyaknya samada yang beliau pernah belajar atau mendapat ijazah daripada mereka atau bertemu bermuzakarah dengan mereka. Antaranya:
#Ulama Mekah dan Madinah
• Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas al-Maliki al-Hasani (ayahnya, wafat 1391H)
• Syeikh Muhammad Yahya Aman al-Makki al-Hanafi (1387H)
• Syeikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani (wafat 1390H)
• Syeikh Hasan bin Said al-Yamani (wafat 1391H)
• Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masyaath (wafat 1399H)
• Sayyid Muhammad bin Amin al-Kutbi (wafat 1404)
• Syeikh ‘Abdullah Said al-Lahji (wafat 1410H)
• Syeikh Muhammad Nur Saif bin Hilal (wafat 1403H)
• Syeikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani al-Makki (wafat 1410H)
• Syeikh ‘Abdullah bin Ahmad Dardum (1407H)
• Syeikh Ishaq bin Hasyim ‘Azuz al-Makki
• Al-Habib Hasan bin Muhammad Fad’aq
• Al-Habib ‘Abdul Qadir bin ‘Aydrus al-Bar
• Syeikh Muhammad Kholil bin ‘Abdul Qadir Toibah al-Makki
• Syeikh Ahmad bin Yāsīn bin Ahmad al-Khiyari asy-Syafie al-Madani, Syeikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah
• Syeikh Hasan bin Ibrahim asy-Syair, Syaikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah
• Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Mubarak al-Ihsaai
• Syeikh Muhammad bin Abu Bakar al-Mulla al-Ihsāi
• Syeikh Muhammad al-Musthofa ibn al-Imam ibn ‘Abdul al-Qadir al-‘Alawi asy-Syanqiti
• Syeikh Muhammad al-Mujtaba bin Mukhtar bin Mujtaba asy-Syanqiti
• Syeikh al-Mu’ammar Dhiyauddin Ahmad ibn asy-Syaikh ‘Abdul ‘Azim al-Qādiri al-Madani (bermuar lebih daripada 100 tahun)
• Syeikh ‘Abdul Ghafur bin Syah al-‘Abbasi al-Madani an-Naqsyabandi
#Ulama Hadramaut/Yaman
• Al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith
• Al-Habib ‘Alwi ibn ‘Abdullah bin Aydrus bin Syihab at-Tarimi
• Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi bin Syihab
• Al-Habib ‘Abdur Rahman ibn Shohib ‘Sabil al-Muhtadin’ al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Atthos
• Al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Seggaf @ as-Saqqaf
• Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad
• Al-Habib “Alwi bin ‘Abdullah as-Saqqaf Aal al-Qādhi
• Al-Habib Muhammad bin Sālim bin Hafidz bin ‘Abdullah bin Syeikh Abi Bakar bin Sālim
• Al-Habib ‘Ali bin Sālim bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
• Sayyid Hasan bin Ahmad bin ‘Abdul Baari al-Ahdal al-Yamani
•Sayyid Muthohhar bin Mahdi al-Ghurbani,
• Sayyid Ismail bin Mahdi al-Ghurbani, pengarang kitab Nafasul Rahman.
• Syeikh Fadhl ibn Muhammad bin ‘Awadh BaFadhal at-Tarimi
• Sayyid Ahmad bin Muhammad Zubaarah, Mufti Yaman
• Sayyid Muhammad Yahya Dum al-Ahdal al-Yamani
•Al-Mu’ammar Buhānuddin Abu Muhammad as-Sayyid Ibrahim bin Umar bin ‘Aqiil Ba’alawi al-Husaini al-Hadhrami, Mufti Ta`iz
#Ulama Mesir
• Syeikh Muhammad al-Hafidz bin ‘Abdul Lathif at-Tijani al-Mishri, Syaihul Hadits di Mesir (wafat 1398H)
• Syeikh Hasanain bin Muhammad Makhluf, Mufti Mesir (wafat 1411H)
• Syeikh Sholeh bin Muhammad al-Ja’fari, Imam dan tenaga pengajar di Jami’ al-Azhar
• Syeikh Amin bin Mahmud Khottob al-Subki al-Mishri
• Al-Mu’ammar Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah bin Ibrahim al-‘Aqūri, murid kepada al-Amir ash-Shoghir, Syeikh Ibrahim al-Bājūri dan al-Mu’ammar Abi ‘Ali Hasan al-‘Adawi – mereka semua adalah belajar daripada al-Amir al-Kabir
• Syeikh asy-Syarif Muhammad bin Ibrahim Abu al-‘Uyūn al-Azhari al-Khalwati
#Ulama Indonesia
• Al-Habib al-Mu’ammar ‘Ali bin ‘Abdurrahnan bin ‘Abdullah al-Habsyi – Habib Ali Kwitang
• Al-Habib ‘Ali bin Hussin bin Muhammad al-Atthos – Habib ‘Ali Bungur
• Al-Habib Hāmid bin Muhammad bin Sālim as-Sirri
• Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Zein al-Haddad
• Al-Habib Syeikh bin Sālim bin ‘Umar al-‘Atthos
• Al-Habib Sālim bin Ahmad bin Jindan ibn asy-Syeikh Abu Bakar bin Sālim
• Al-Habib Muhammad bin Sālim bin Ahmad bin Hassan al-‘Atthos
• Al-Habib al-Mu’ammar ‘Abdur Rahman bin ‘Abdullah al-Habsyi al-Falimbani – murid kepada Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi, pengarang Simtud Durar
• Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
• Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
• Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Kaf - murid kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
#Ulama Syam
• Asy-Sayyid asy-Syarif Muhammad al-Makki bin Muhammad bin Ja’far al-Kattani, Mufti Mazhab Maliki di Dimasyq
• Syeikh Hasan bin Muhammad Marzuq Hanabakah al-Maidani al-Dimasyqi
• Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Ghani ‘Uyun al-Sud al-Hims, Syaikh al-Qurra`
• Syeikh Muhammad Sholeh bin ‘Abdullah al-Farfur al-Hasani ad-Dimasyqi
• Syeikh Muhammad As’ad al-‘Abaji, Mufti Mazhab Syafie di Halab
• Abu Ahmad Syaikh Muhammad Sa’id bin Ahmad al-Idlibi ar-Rafie al-Halabi asy-Syafie
• At-Thobib (Dr. – perubatan) asy-Syeikh Muhammad Abu al-Yusr bin Muhammad Abi al-Khair bin Ahmad ‘Ābidin al-Husaini ad-Dimasyqi al-Hanafi, Mufti Negara Syam
#Ulama Maghribi, Tunisia dan al-Jazaair (Algeria)
• Syeikh asy-Syarif ‘Abdul Kabiir bin Muhammad as-Soqili al-Maahi al-Husaini al-Maghribi
• Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumāri al-Maghribi
• Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumāri al-Maghribi
• Syarif Muhammad Munthasir Muhammad az-Zamzami bin Muhammad bin Ja’far al-Kattāni
• Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad Qanun al-Hasani al-Maghribi
• Syeikh al-Fāruqi bin ar-Rahāli al-Marakeshi
• Syeikh Muhammad at-Thohir ibn ‘Asyūr at-Tunisi
• Syeikh at-Thoyyib bin al-Maulud bin Musthofa al-Mahāji al-Jazāiri
#Ulama Hind (India) dan Pakistan
• Syeikh Muhammad Zakariyya bin Muhammad Yahya al-Kandahlawi tsumma al-Madani, Syeikhul Hadits di Sahaaranpuur
• Syeikh Habibur Rahman ibn Muhammad Shābir bin ‘InayatuLlah al-A’azomi, Syeikhul Hadits di Madzhar al-Ulum, Madras
• Syeikh as-Sayyid Muhammad Yusuf ibn Muhammad Zakaria al-Banūri, Syeikhul Hadits di Karachi
• Syeikh Muhammad Syafii’ bin Muhammad Yāsīn al-Utsmāni ad-Deobandi, Mufti Pakistan
• Syeikh Zafar Ahmad al-Utsmāni at-Tahānawi al-Hind
• Syeikh Muhammad Ibrahim al-Balyawi
• Syeikh as-Sayyid Fakhruddin Ahmad al-Murad Abadi, Syeikhul Hadits di Deoband
• Syeikh al-Mufti as-Sayyid Mahdi Hasan Syahjahanburi
• Syeikh al-Mufti Mahmūd bin Syaikh Muhammad Siddiq al-Multani
• Syeikh Muhammad Yusuf bin Muhammad Ilyas al-Kandahlawi, Amir (Ketua) Jemaah Tabligh
• Syeikh In’amul Hasan, Naib Ketua Jemaah Tabligh
• Syeikh Muhammad Anzor Syah bin Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri
• Syeikh al-Mufti Musthofa bin al-Imam Ahmad Redho Khan al-Barelwi al-Hind
• Syeikh Abu al-Wafa al-Afghaani al-Haidarābād
#Selain dari seorang yang mahir di dalam selok-belok ilmu hadits, beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam ilmu fiqih 4 mazhab. Dan beliau رضي الله عنه pernah mengatakan:
أنا ابن المذاهب الأربعة
Ertinya: "Aku nak kepada empat mazhab. Yakni, beliau رضي الله عنه menguasai keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali."
#Mengajar: 3 hari selepas kewafatan ayahanda beliau, ulama Makkah telah berkumpul dan memberi tanggungjawab kepada beliau untuk mengajar di tempat ayahanda beliau di Masjidilharam. Sewaktu majlis pengajian beliau yang pertama di tempat ayahandanya di Masjidilharam, ianya bukan sahaja dihadiri oleh penuntut ilmu, bahkan dihadiri oleh ulama besar Makkah, iaitu:
▪︎ Syeikh Hasan bin Muhammd al-Masyaath
▪︎ Syeikh ‘Abdullah Sa’id al-Lahji
▪︎ Syeikh ‘Abdullah Dardum
▪︎ Syeikh Zakaria Bila
▪︎ Sayyid Muhammad Amin al-Kutbi
▪︎ Syeikh Muhammad Nur Saif
▪︎Syeikh Ismail Utsman Zain dan
▪︎ Syeikh Ibrahim al-Fathoni
Beliau juga pernah mengajar kuliyyah syariah di Universiti Malik ‘Abdul ‘Aziz di Jeddah dan kemudian Universiti Ummul Qura di Makkah dari tahun 1390H – 1399H. Kemudian beliau meminta untuk berhenti menjadi pensyarah untuk bermusafir berdakwah dan menubuhkan madrasah beliau sendiri.
#Membuka madrasah: Sewaktu beliau bermusafir ke Indonesia pada tahun 1394H, beliau telah berkumpul dan berbincang dengan para ulama disana, khususnya para habaib, antaranya dengan Habib ‘Ali Bongor. Seterusnya mereka meminta Sayyid Muhammad untuk membuka sebuah madrasah untuk anak-anak mereka di Makkah dengan menghidupakan pengajaran dan amalan para masyeikh terdahulu yang berlandaskan ahlus sunnah wal jama’ah, kerana mereka tidak dapat menghantarkan anak-anak mereka ke Hadramaut disebabkan cengkaman komunis di Yaman ketika itu.
Dan akhirnya madrasah ditubahkan di rumah beliau di Utaibiah yang mana kemudiannya berpindah ke Rusaifah. Disinilah beliau رضي الله عنه mencetak penerus kepada kesinambungan ulama silam. Di dalam penerimaan murid, beliau رضي الله عنه tidak menerimanya sembarangan, semuanya adalah dengan isyarat.
#Menghasilkan karya 📚: Beliau رضي الله عنه menghasilkan banyak karya di dalam pelbagai disiplin ilmu seperti aqidah, tafsir, hadits, ushul fiqih, fiqih, tasawwuf, sirah nabawiyyah dan lain-lain, antaranya:
✍Di bidang aqidah:
☆ مفاهيم يجب أن تصحح
☆ منهج السلف في فهم النصوص بين النظرية و التطبيق
☆ هو الله
☆ قل هذه سبيلي
☆ التحذير من المجازفة في التكفير
☆ الغلو وأثره في الإرهاب وإفساد المجتمع
☆ تحقيق الآمال فيما ينفع الميت من اللأعمال
☆ شرح عقيدة العوام
– Perhatian! Kitab ini bukan karya beliau tetapi dihimpun oleh murid kesayangan beliau KH Muhammad Ihya Ulumiddin, Mudir Ma’had Nurul Haramain, Pujun, Malang, Indonesia. Kitab ini merupakan himpunan syarh oleh Abuya Maliki keatas Mundzumah ‘Aqidah al-‘Awwam. Al-Faqir memasukkannya kedalam senarai ini kerana ianya mencerminkan pemikiran Abuya Maliki di dalam aqidah ahlus sunnah wal jamaah.
✍Di bidang tafsir:
☆ وهو بالأفق الأعلى
☆ زبدة الإتقان
☆ القواعد الأساسية في علوم القران
✍Di bidang hadits, mustholah hadits dan sanad:
☆ أنوار المسالك إلى روايات موطأ مالك
☆ تحقيق موطإ الإمام مالك – رواية ابن قاسم
☆ المنهل اللطيف في أصول الحديث الشريف
☆ القواعد الأساسية في علم مصطلح الحديث
☆ الطالع السعيد المنتخب من المسلسلات والأسانيد
☆ العقد الفريد المختصر من الأثبات والأسانيد
☆ العقود اللؤلؤية بالأسانيد العلوية
(kitab beliau himpunkan sanad-sanad ayahnya, Sayyid ‘Alawi)
✍Di bidang ushul fiqih:
☆ القواعد الأساسية في أصول الفقه
☆ شرح منطومة الورقات
✍Mengenai ibadat haji dan sejarah kota Makkah:
☆ الحج – فضائل وأحكام
☆ في رحاب البيت الحرام
☆ لبيك اللهم لبيك
Di bidang Sirah Nabawiyyah:
☆ محمد الإنسان الكامل
☆ الذخائر المحمدية
☆ خصائص الأمة المحمدية
☆ تاريخ الحوادث والأحوال النبوية
☆ الزيارة النبوية بين الشرعية والبدعة
☆ المدح النبوي بين الغلو والإنصاف
☆ شفاء الفؤاد بزيارة خير العباد
☆ حول الإحتفال بذكرى المولد النبوي الشريف
☆ الأنوار البهية من إسراء ومعراج خير البرية
☆ مولد الحافظ الديبعي
(beliau mentahqiqkan kitab ini)
✍Di bidang zikir dan amalan kerohanian:
☆ أبواب الفرج
☆ شوارق الأنوار من أدعية السادة الأخيار
☆ الحصون المنيعة
Di bidang pelbagai ilmu lain:
☆ أدب الإسلام في مظام الأسرة
☆ صلة الرياضة بالدين
☆ كشف الغمة في اصطناع المعروف ورحمة الأمة
☆ القدوة الحسنة في منهج الدعوة إلي الله
☆ المستشرقون بين الإنصاف والعصبية
☆ مفهوم التطور والتجديد في الشريعة الإسلامية
☆ ماذا في شعبان
✍Kitab yang dikumpulkan dan ditahqiq:
☆ مجموع فتاوى ورسائل الإمام السيد علوي المالكي الحسني
(himpunan fatwa-fatwa dan surat-surat Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
☆ نفحات الإسلام من البلد الحرام – دروس ومحاضراب العلامة المحدث المسند الإمام السيد علوي المالكي الحسني
(himpunan syarahan dan ucapan Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
☆ فهرست الشيوخ والأسانيد للإمام السيد علوي المالكي الحسني
(Himpunan guru-guru dan sanad-sanad Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
#Setahun sebelum kewafatannya, beliau رضي الله عنه diundang untuk membentangkan kertas kerja di- dalam Hiwar Fikri di Makkah atas undangan Ketua Umum Masjidil Haram, Syaikh Sholeh bin Abdur Rahman tanggal 5 - 9 Dzulqaidah 1424H dengan kertaskerjanya berjodol "al-Ghuluw wal I'tidal Ru`ya Manhajiyyah Syamilah". Beliau juga turut melancarkan karangannya berjodol "al-Ghuluw Dairah fil Irhab wa Ifsad al-Mujtama`".
#Pada tanggal 11 Dzulqaedah 1424H, beliau mendapat kesempatan untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja, Amir Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz yang mana intipati ceramahnya, mengenai usaha menyatukan suara ulama dan menjalin persatuan dan kesatuan da’wah.
#Pengiktirafan: Sumbangan beliau رضي الله عنه di bidang keilmuan dan pendidikan mendapat pengiktirafan daripada Universiti al-Azhar di mana beliau رضي الله عنه telah dikurniakan gelaran ‘Ustaziyyah’ atau ‘Professor’ pada tanggal 2 Shafar 1421 bersamaan 6 Mei 2000M.
#Perhatian Ulama Kepada Karangannya -
Kitab tulisan beliau yang paling masyhur dan mendapat perhatian besar daripada para ulama adalah kitab Mafahim, dimana lebih daripada 40 orang ulama besar, seluruh dunia memberikan taqrīdz. Antaranya adalah:
• Fadhilatusy Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf - Mantan Mufti Mesir, Ulama Besar Mesir;
• Al-‘Allamah al-Muarrikh al-Faqih Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Khazraji – Menteri Hal Ehwal Islam dan Waqaf Emiriah Arab Bersatu juga Mantan Qadhi Abu Dhabi
• Syeikh Professor Dr. Muhammad at-Thoyyib an-Najjar – Mantan Rektor Universiti al-Azhar;
• Professor Dr. Abu al-Wafa al-Taftazani – Wakil Universiti Qaherah
• Fadhilatul Faqih al-Mufti Syeikh Muhammad bin ‘Abdurramhan Aal asy-Syaikh Abi Bakar bin Salim
• Syeikh Imam Musa Dhaifullah – Anggota Perikatan Islam Sedunia dan Imam Negara Chad;
• Samahah al-Imam al-‘Allāmah al-‘Ārifbillah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf – Imam Hadramaut;
• Sayyid Abdullah Kanuun al-Hasani – Setiausaha Agong Perikatan Ulama Maghribi;
• Dr. al-Husaini Abdul Majid Hasyim – Universiti al-Azhar;
• Dr ‘Abdur Rauf Syalabi – Wakil al-Azhar asy-Syarif;
• Sayyid Yusuf Hasyim ar-Rifa`i, Kuwait;.
• Dr. Abdul Fattah ‘Abdullah Barakah – Pusat Penyelidikan Islam Qaherah;
• Dr. Ahmad Umar Hasyim – Mantan Ketua Jabatan Hadits dan Dekan Kuliah Ushuluddin, Zaqaziq;
• Syeikh Muhammad as-Sanrawi – Ketua Pemeriksa di al-Azhar dan Penasihat Agama di Negeri Fayyum, Mesir;
• Syeikh Ahmad al-‘Awadh Madani – Qadhi Mahkamah Tinggi Sudan dan Pengerusi Majlis Fatwa Syar’ie;
• Al-‘Allāmah al-Muhaddits al-Muhaqqiq al-Faqih Syaikh Muhammad asy-Syazuli an-Naifur - Tunisia;
• Al-‘Allāmah al-Faqih Syaikh Muhammad Faal al-Banāni - Mauritania;
• Al-‘Allāmah Syeikh Muhammad Salim bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Wadud ( 'Adūd) - Mantan Ketua Mahkamah Tinggi Republik Islam Mauritania;
• Al-‘Allāmah al-Faqīh al-Muhaddits as-Sayyid Abdullah bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumāri – Ulama Besar Maghribi;
• Al-‘Allāmah al-Muhaddits as-Sayyid ‘Abdul Azīz bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumāri – Ulama Besar Maghribi;.
• Sayyid Muhammad bin ‘Ali al-Habsyi – Pengerusi Pusat Islam Indonesia;
• Al-'Allāmah as-Sayyid Ibrahim bin Umar bin 'Uqail – Mufti Liwa Ta’iz, Yaman;
• Maulana Muhammad Malik al-Kandahlawi – Syeikhul Hadits Universiti al-Asyrafiyyah Lahore, Pakistan;
• Maulana Muhammad Ubaidulah al-Mufti – Timbalan Cancelor Universiti ‘Abdur Rahman, Pakistan;
• Maulana Hamid Miyah bin Muhammad Miyah – Presiden Persatuan Ulama Pakistan;
• Dr. Abdur Razzaq Iskandar – Pengarah Pelajaran dan Setiausaha Agung Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan;
• Syeikh Muhammad Yusuf al-Banuri – Timbalan Pengarah Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan ;
• Sayyid Muhammad ‘Abdul Qadir Azad – YDP Majlis Ulama Pakistan;
• Syeikh Nafis al-Husaini - Pakistan;
• Maulana Ali Ashghar – Khatib Wilayah Punjab, Lahore, Pakistan;
• Maulana Muhammad Abdul Wahid – Khatib Jami’ Islam Wilayah Sailakut, Pakistan;
• Professor Dr. Hasan al-Fatih Qaribullah – Rektor Universiti Umm Durman, Sudan;
• Professor Ahmad Abdul Ghafur 'Athar – Makkah al-Mukarramah;.
• Al-‘Allāmah Syeikh Yusuf bin Ahmad as-Siddiq, Bahrain
• Sayyid Ahmad bin Muhammad Zabbarah – Mufti Republik Yaman;
• Syeikh Asad bin Hamzah bin ‘Abdul Qadir – Ulama Zabid, Yaman;
• Sayyid Abdul Hadi 'Ujail - Yaman;
• Syeikh Muhammad Hizam al-Muqrimi – Ta’iz, Yaman;
• Syeikh Ahmad ‘Ali al-Washobi – Amil Wasiat, Mahkamah Zabid, Yaman;
• Sayyid Muhammad bin Sulaiman – Mufti Zabid, Yaman;
• Syeikh Abd Karim bin Abdullah - Yaman;
• Syeikh Husain bin Abdullah al-Washobi - Yaman;
• Sayyid Muhammad ‘Ali al-Baththah - Yaman;
• Syeikh Muhammad Ali Mukarram – Mufti liwa al-Hudaidah
• Syeikh Muhammad bin ‘Ali al-Manshur – Pengetua Kolej-kolej Antarabangsa di San’aa, Yaman;
• Muhammad ‘Aziz al-Rahman a-Haqqani al-Hazarawi – Khatib dan Imam Masjid as-Siqqid al-Akbar di Rawalpindi, Pakistan dan juga khalifah kepada al-‘Allamah al-Muhaddits Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi.
• Syeikh Abu Zaid Ibrahim Sayyid - Perunding Bahasa ‘Arab Republik Arab Mesir
• Syeikh Muhammad ‘Abdul Wahid Ahmad – Ulama al-Azhar
• Al-‘Allāmah Syaikh Husin Mahmud Mu’awwadh – Ulama al-Azhar
• Syeikh Abdul Salam Jabran – Pengerusi Majlis ilmu Wilayah Marakesh, Maghribi.
#Keperibadiannya: Beliau رضي الله عنه seorang yang tegas. Lidahnya fasih mengatakan kebenaran. Seorang yang tegas dan bersni dalam mengatakan kebenaran. Berhikmah dalam menyampaikan ilmu dan pendapat. Seorang yang pemurah. Seorang yang penyayang. Sangat memuliakan ilmu dan ulama. Beliau juga seorang yang sangat memulia dan membesarkan guru-guru beliau, serta sangat mengasihi murid-murid beliau. Murid-muridnya dianggap seperti anaknya sendiri. Beliau seorang yang zuhud dan wara’. Sentiasa melazimi sholat berjemaah dan sholat tahajjud.
#Kewafatannya: Shubuh Jum’at 15 Ramadhan 1425H bersamaan 29 Oktober 2004M, sekitar jam 4.30 pagi waktu Makkah umat islam diseluruh dunia dikejutkan dengan berita kewafatan beliau. Beliau رضي الله عنه wafat setelah lebih kurang 2 jam setengah menamatkan kuliah terakhirnya bersama murid²nya. Seluruh masyarakat dunia yang mengenali beliau diselubungi rasa sedih yang mencengkam, menangisi pemergian beliau untuk selamanya. Dunia Islam kehilangan seorang ulama besar yang gigih menegakkan dan mempertahankan yang golongan ahli sunnah wal jamaah yang diwarisi dari zaman Rasulullah ﷺ, ulama yang tidak mengenal letih dalam mendidik, mentarbiah, menyebarkan ilmu, berdakwah, sebagainya.
Semoga Allah Ta’ala mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama junjungan besar kita, nendanya Rasulullah ﷺ. Semoga Allah Ta’ala juga membalas jasa beliau atas segala jasa yang dicurahkan oleh beliau kepada umat Islam.
Moga-moga dengan mengingati dan mengasihi ulama besar ini, al-Faqir berharap, kelak beroleh syafaat darinya dan terlebih lebih lagi dari datuknya, Rasulullah ﷺ . Itulah harapan hamba yang faqīr lagi haqīr ini.
أحب الصالحين ولست منهم - لعلي أن أنال بهم شفاعة
♡ Kasih aku akan segala orang yang shāleh, dan tiada aku daripada mereka itu mudah-mudahan bahawa mendapat aku dengan mereka itu akan syafa' at.♡
Para ulama yang berjasa ini, walaupun mereka telah pergi, namun jasa dan sumbangan mereka, kenangan bersama mereka tetap segar di dalam ingatan. Mereka tetap hidup dihati-hati para pencinta mereka.
قد مات قوم وما ماتت مكارهم * ومات قوم وهم في الناس أحياء
فالجاهلون مواتي قبل موتهم * والعالمون وإن ماتوا فأحياء
Telah mati satu kaum namun tidak mati kemuliaan mereka
Dan telah mati satu kaum, sedang mereka masih hidup diantara manusia
Maka orang-orang yang jahil, mereka adalah mayat sebelum kematian mereka
Sedangkan para ulama (orang-orang 'alim), walaupun telah mati mereka itu namun tetap hidup (dalam ingatan dan hati manusia)
اللهم انشر نفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتها لديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah Ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian.
الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح سيدنا الحبيب محمد بن علوي المالكي الحسني
Sekadar inilah yang mampu al-Faqir kongsikan bersama. Seandainya terdapat kesalahan atau kesilapan, al-faqīr memohon jutaan kemaafan.
Sekian dari,
al-faqīr ilaLlah abu zahrah abdullāh thāhir
fasa 6 taman seri gombak
selesai tulis pada 11 ramadhan 1430H.
#ulangsiar, jumaat 15 Ramadhān 1441H/ 8 Mei 2020.
📚Rujukan:
📖 Ath-Tholi’ as-Sa’iid al-Muntakhib Min al-Musalsalaat wa al-Asaaniid oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maaliki al-Hasani
📖 Al-‘Iqdul Farīd al-Mukhtasor Min al-Atsbāt wa al-Asānīd oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Māliki al-Hasani
📖 Al-Maliki Ulama Rabbani Abad Ke-21 oleh Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin [buku ini sangat bagus untuk dimiliki kerana memaparkan biografi Abuya Maliki dengan terperinci)
📖 Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani رحمه الله تعالى : Sejarah Hidup Dan Dasar-dasar Pemikirannya oleh Syaekh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Māliki.
📖 Dan lain-lain 📚

Mohon izin di copy
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.

ReplyDelete