Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, May 7, 2020

Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal dunia 15 Ramadhan 1441

انا لله وانا اليه راجعون

AL Fatihah buat Ustaz Dato Ismail Kamus
Khamis Malam Jumaat 15 Ramadhan 1441
Jam 12.30 malam

Almarhum Tuan Guru Dato' Ismail Kamus telah menyusuli sahabatnya pada hari yang sama, JUMAAT. Segalanya berada dalam ketentuan Allah SWT. 
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Malam JUMAAT, 12 Feb 2015 kembalinya ke Rahmatullah, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

JUMAAT, 16 Sept 2016, kembalinya ke Rahmatullah, Almarhum Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُم وَارْحَمْهُم وَعَافِهِم وَاعْفُ عَنْهُم.. 😢




Sedekahkan bacaan surah al-Fatihah kepada al-Marhum :

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus ( 1948 - 2020 )

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Bin Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Rasa, Ulu Selangor.

Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan kemudian menyambung pengajian di Sekolah Arab Batang Kali selama 6 tahun. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Maahad Hisyamuddin, Klang di samping menuntut ilmu daripada Syeikh Mahmud Arif al-Bukhari. Selepas itu, Tuan Guru Haji Ismail Kamus melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang pada tahun 1966 hingga 1972 sebelum menjejakkan kaki ke UKM sehingga lulus Ijazah Sarjana Muda Syariah pada tahun 1976. Pada tahun 2016, beliau berkesempatan mendalami ilmu hadis dengan mengikuti pengajian berkitab 8 Hadith (Sunah Sittah) oleh Tuan Guru Baba Haji Karim.

Setelah selesai menuntut ilmu, beliau menjadi guru agama di sekolah rendah dan menengah, pengawai penyelidik dan juga pegawai dakwah. Selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pusat Islam, Kuala Lumpur, Tuan Guru juga pernah mengajar bahasa Arab di INTAN selama 6 tahun sebelum memilih untuk bersara. Disamping itu, beliau turut menjadi pakar rujuk di BAHEIS, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus kemudiannya menjadi pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh negara di samping beberapa buah negara lain seperti United Kingdom, Brunei, Amerika Syarikat dan Singapura.

Beliau turut mengasaskan Perubatan Islam Darus Salam dan berguru dengan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.

Diantara buku karangan beliau ialah :

1. Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh
2. Indahnya Hidup Bersyariat
3. Indahnya Amalan Doa
4. Jin - Hakikat dan Pengubatan

Atas jasanya, kerajaan Selangor telah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor pada 1433 Hijrah.

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus meninggal dunia pada 15 Ramadhan 1441H bersamaan 8 Mei 2020 pada pukul 12.30 malam ketika berusia 72 tahun di kediamannya di Ampang.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

Disusun oleh : Tengku Yusuff

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami