Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, October 10, 2011

Hudud - Setiap Mukmin Wajib Menerimanya . Tahniah Kerajaan Kelantan yang bersungguh-sungguh berjuang untuk Hudud



Tahniah Kerajaan Kelantan dibawah kepimpinan Tn Guru Nik Aziz kerana nampak begitu bersungguh_sungguh memperjuangkan HUDUD walaupun kerajaan Pusat memberi ancaman hebat , ini perjuangan bagi kita yang betul-betul beriman dengan ALLAH SWT 


7.10.2011 Sejarah bagi Kelantan yang berjaya mengadakan Perhimpunan semata-mata kerana HUDUD








Puluhan ribu rakyat Kelantan berhimpun di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi bagi meluahkan keinginan mereka.



Mereka menyatakan dengan tegas mahukan hukum hudud dilaksanakan di negeri ini, ketika perundangan Islam itu cuba dipertikai sesetengah pihak.Tanpa tolenrasi lagi mereka melaungkan perkataan mahu hudud berkali-kali.

Gambar : Puluhan Ribu Rakyat Kelantan Banjiri Himpunan Hudud Di Stadium Sultan Mohammad Ke IV












TAHNIAH KERAJAAN DAN RAKYAT KELANTAN YANG MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN MEMPERJUANGKAN HUDUD DENGAN MENGADAKAN PERHIMPUNAN KHAS SEMATA-MATA UNTUK MENUNJUKKAN PERASAAN KECINTAAN KITA PADA TITAH PERINTAH ALLAH DAN MENJUNJUNG SEGALA YANG DIPERINTAH ALLAH 
INILAH SIFAT ORANG MUKMIN 
Puluhan ribu rakyat Kelantan menyatakan dengan tegas mahukan hukum hudud dilaksanakan di negeri ini, ketika perundangan Islam itu cuba dipertikai sesetengah pihak.Tanpa tolenrasi lagi mereka melaungkan perkataan mahu hudud berkali-kali. Puluhan ribu rakyat Kelantan berhimpun di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi bagi meluahkan keinginan mereka.

Program yang dinamakan Himpunan Kesyukuran ekoran penerimaan rakyat Kelantan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) membuatkan stadium bola menjadi sesak dengan lautan manusia.Program bermula jam 5 petang dengan jamuan rakyat. Sebelum itu jam 2 petang diadakan Wacana Pelaksanaan Hudud khusus untuk kakitangan dan pegawai kerajaan negeri bertempat di Kota Darulnaim.Selain itu selepas solat Asar Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil institusi pondok agama dari seluruh Kelantan di JKR 10.

Kemuncaknya solat hajat diimamkan sendiri Menteri Besar di atas padang berbumbung langit berselimut tiupan angin malam selepas solat Isya.Program itu bermula dengan solat Maghrib, diikuti kuliah agama disampaikan Senator Datuk Dr Johari Mat.Biar pun malam sebelumnya hujan turun hampir setiap malam, namun malam tadi suasana cerah, seakan-akan membawa doa puluhan ribu rakyat Kelantan mengadap Allah Taala.Kerajaan dan rakyat Kelantan sudah menunaikan tanggungjawab mereka mendaulatkan hukum Islam sebagaimana dituntut agama, cuma pelaksanaannya terhalang kerana tidak mendapat kerjasama pemerintahan di Putrajaya.

Pakar undang-undang perlembagaan dari UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari melahirkan keyakinan kemenangan besar Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990 kerana kemahuan tinggi rakyat Kelantan terhadap hudud.Oleh itu katanya kejayaan cemerlang itu boleh diulangi pada pilihan raya umum ke-13, apabila rakyat bekerja lebih keras untuk memastikan pelaksanaan perundangan Islam dapat dilaksanakan.”Sama seperti sistem perbankan Islam yang dicetus pada 1970-an, pada peringkat awal mendapat tentangan hebat. Namun sekarang hampir kesemua institusi kewangan melaksanakan perbankan tanpa riba.”Begitu juga dengan hudud di mana ada pihak yang menentang dan tidak yakin, namun lambat laun rakyat akan menerimanya.

”Kelantan boleh melaksananya dengan syarat tidak ada pihak yang cuba sabotaj dan menyekat,” katanya pada program berkenaan.Hadir sama Ketua Pembangkang di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan wakil-wakil rakyat.Dr Abdul Aziz juga mencadangkan kerajaan meminda atau menghapuskan Akta Mahkamah Syariah pindaan 1985 bagi membolehkan perundangan hudud dilaksanakan.Tuan Guru Abdul Hadi berkata, rakyat Kelantan memilih PAS sejak 1990 sehingga sekarang kerana mereka yakin kerajaan yang ada sekarang bertanggungjawab terhadap amanah Allah.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa hairan pemimpin Umno yang juga beragama Islam tidak bersetuju terhadap hukum tersebut.”Kalau pemimpin DAP tidak bersetuju ia tidak menjadi persoalan sangat kerana mereka bukan beragama Islam,” ujarnya.Anwar menegaskan setiap seorang Islam wajib mempunyai keyakinan terhadap perundangan Islam tanpa kompromi lagi.Menurutnya negara sudah lama merdeka, namun kefahaman rakyat terhadap agama semakin bercelaru kerana tomahan dimainkan media massa


1 comment:

  1. kita umat islam mesti/wajib sokong hudud.kita harap TG nik aziz bersungguh untuk melaksanakan hudud. jangan bila hampir pilihan raya hudup pon bergema. seperti kata TG hj hadi. kalau terengganu PAS menang maka sebelum ayam berkokok kita akan laksanakan hudud di terengganu.bila PAS menang TG hj Hadi ini lah juga yang berkata hudud cuma 0.0001% sahaja dalam Al Quran. apa kita semua sudah lupa. Kata prof. Aziz Bari untuk melaksanakan hudud di negeri tak perlu persetujuan kerajaan persekutuan.apa nik aziz tak dengar kaa. Ni asyik salahkan pusat saja. kalau sungguh nak laksanakan hudud tak payah heboh heboh nanti banyak pula orang bercakap. bawa saja usul ke parlimen dan bentang.saya yakin ahli parleman yang beragama islam akan bersetuju sebagaimana ahli UMNO di dewan undangan negeri kelantan bersetuju hudud di kelantan dulu. sudah lupa kaa.heboh satu dunia buat tidak, asyik salahkan orang lain.Allah tahu niat kita sebenar.saya sokong laksana hudud dengan segera. jangan tunggu 20 tahun lagi.

    ReplyDelete

ampuni kami