Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label kelantan serambi Makkah. Show all posts
Showing posts with label kelantan serambi Makkah. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

Tok Guru Nik Aziz pencetus model pentadbiran Islam




KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap berjaya mencerna pemikiran rakyat ke arah Islamik setelah sekian lama diselimuti budaya sekular.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, sebelum ini tidak ada model pentadbiran Islam di Malaysia biar pun negara sudah lama mencapai kemerdekaan.

“Pentadbiran negara diwarisi penjajah lebih menjurus kepada acuan sekular dengan memisahkan agama daripada politik. Namun apabila PAS berjaya mentadbir Kelantan pada 1990, tanggapan lama semakin lenyap.

“Tok Guru berjaya membuktikan Islam mampu mentadbir sesebuah kerajaan. Sedangkan pemikiran sekular peninggalan penjajah adalah sebuah kepalsuan,” katanya pada pelancaran buku biografi Tok Guru di Kota Darulnaim hari ini.

Buku tersebut ditulis pegawai Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) Habibul Izzah Ahmad. Hadir sama Tok Guru Nik Abdul Aziz, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.

Ahmad juga berkata, kerajaan negeri sentiasa menyanjung ketokohan dan keperibadian mantan Menteri Besar kerana sumbangan yang besar mengubah paradigma pemikiran rakyat.

Sementara itu Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata, kempen Bulan Sembahyang yang dianjurkan kerajaan negeri pada peringkat awal mendapat tentangan Adun-Adun BN.

Katanya, mereka pada awalnya tidak menyokong biar pun program itu memberi kesedaran terhadap tanggungjawab mendirikan solat dengan sempurna.

“Namun alhamdulillah sekarang program tersebut diterima secara meluas dan diadakan di seluruh Kelantan sehingga sekarang,” katanya.

Sunday, January 5, 2014

Syeikh Al-Allamah Kurayyim Rajih, Syeikhul Qurra' Syam ziarah Tuan Guru Nik Aziz



YB Tuan Guru menerima kunjngan daripada Syeikh Al-Allamah Kurayyim Rajih, Syeikhul Qurra' Syam di pejabatnya, Institut Pemikiran Tok Guru(IPTG) pada pagi tadi, beliau adalah pakar rujuk dalam bidang Qiraat diseluruh dunia dan dinamakan sebagai Imam Syafie Kecil kerana kefaqihan beliau dalam mazhab Syafie.






Thursday, June 13, 2013

Tahniah Kerajaan PAS Kelantan bagi penggal ke 5 , Kelantan Terus Membangun Bersama ISLAM

TAHNIAH 
DATO BENTARA SETIA TUAN GURU HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT 
Mantan MB yang berjaya terajui Kelantan selama 23 tahun 


TOK GURU ANGKAT SUMPAH SEBAGAI ADUN 


MB KELANTAN 2013


PANGLIMA PAS DALAM DEWAN 

Monday, May 6, 2013

Tok Guru Nik Aziz: Lepas jawatan faktor usia, kesihatan





KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am Pas membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.
"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota Dun mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota Dun Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Pas menguasai 32 kerusi Dun  berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Ahmad, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kelantan, menang kerusi Dun Pasir Pekan dengan mengalahkan calon BN Nik Noriza Nik Salleh dengan majoriti 5,644 undi

Friday, May 3, 2013

Munajat Kemenangan Kelantan

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Mengalirkan Air Mata Semasa Bermunajat di Majlis Munajat Kemenangan Rakyat Kelantan PRU.13 Yang Berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV Pada 22 Jamadilakhir 1434H/3 Mei 2013M Jam 3.30 Pagi.

















Munajat Kemuncak PRU 13 Negeri Kedah , malam ini di Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa

 Sausana Munajat di Kelantan

Tuesday, April 16, 2013

20 pondok di Kelantan pertahan kepimpinan ulama


KUBANG KERIAN: Pusat-pusat pengajian pondok akhirnya muncul dengan deklarasi mempertahankan kepimpinan ulama di Kelantan dan mendokong perjuangan mara ke Putrajaya.


Sebanyak 16 wakil pusat pengajian pondok tampil ke hadapan bagi menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka mewakili Pondok Pasir Tumbuh, Pondok Padang Kala, Pondok Beta Hilir, Pondok Tunjung, Pondok Lubuk Stol, Pondok Sri Permai Seligi, Madrasah Rahmaniah Neting, Pondok Padang Pak Amat.

Selain itu Pondok Gelang Mas, Pondok Banggol Stol, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Sungai Durian, Pondok Sungai Bayu dan Pusat Pengajian Pondok Kandis.

Deklarasi tersebut dibuat memandangkan ada pihak yang mendakwa mewakili institusi pondok di Kelantan iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok) dan Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Umati) mengajak orang ramai menyokong Umno.

NGO yang ditaja Umno tersebut turut dikenali sebagai Ikatan Cendikiawan Islam Kelantan (Icik) dan Selamat Tinggal PAS (STP).

Fatwa mereka kononnya mengundi PAS adalah haram kerana bekerjasama dengan DAP menyebabkan institusi pondok yang sah berdaftar tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Ustaz Abdul Aziz Che Mat dari Pondok Padang Kala berkata, manusia hendaklah hidup berpandu kepada peraturan yang ditetapkan Allah Taala.

“Kami menyokong kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz dan berdoa mudah-mudahan Islam tersebar lebih meluas ke seluruh Malaysia pulau di nusantara,” katanya.

Ustaz Jalaluddin As Sayuti dari Pondok Beta Hilir memberitahu pusat-pusat pengajian pondok di Kelantan tetap istiqomah memperjuangkan Islam.

Menurutnya, guru-guru pondok dan pelajar sentiasa menyokong kepimpinan ulama.

Ustaz Azmi Daud dari Pondok Tunjung berkata, pondok menjadi benteng bagi mempertahankan Islam dan memastikan syariat Allah dapat ditegakkan di muka bumi.

“Adalah wajib syarie bagi orang Islam mengundi calon PAS pada pilihan raya umum ke-13. Begitu juga calon lain dari Pakatan Rakyat perlu disokong melalui Tahaluf Siyaasi bagi menumbangkan kerajaan yang zalim.

“Malang sungguh ada pihak yang mengaku Minda Pondok tidak faham erti Tahaluf Siyaasi. Mereka memahami agama menggunakan akal semata-mata,” kata Ustaz Zulkifli Zakaria dari Pondok Banggol Stol Rantau Panjang.

Mereka melafazkan sokongan padu yang tidak berbelah bagi itu pada Ijtimak Ulama dan Guru-Guru Pondok di Pondok Pasir Tumbuh malam tadi. (Gambar atas)

Ijtimak yang bermula selepas solat Asar dihadiri lebih 4,000 guru dan pelajar dari 20 pondok di seluruh Kelantan.

Perasmian penutup disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub. Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Ketua Dewan Ulamak PAS PAS negeri, Datuk Mohamed Daud dan timbalannnya, Ustaz Hassan Mohamood.














ampuni kami