Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, November 4, 2012

Liputan HARAKAH majlis Munajat sempena Hari Wukuf Madrasah Ar Rahmaniah


Menangkan PAS pada PRU13 - Tuan Guru Salleh Musa



Oleh IZWAN ABDUL HALIM

izwan@harakah.net.my

SIKPara pejuang Islam perlu bangun meninggikan semangat juang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi memastikan kejayaan PAS menguasai pemerintahan, demikian taujihat tokoh ulama, Tuan Guru Salleh Musa.

Tegasnya, para pejuang PAS perlu meningkatkan kesabaran dalam menempuh ujian dan halangan perjuangan yang bakal dihadapi dan menghayati perjuangan para anbiya.

Bagi mencapai cita-cita itu, beliau menyeru agar munajat diadakan terus menerus oleh ahli PAS di mana sahaja mereka berada.

Tegasnya, teladan itu adalah sepertimana Nabi Ibrahim AS yang berhijrah dari Iraq ke Palestin kerana tekanan daripada Raja Namrud dan ayahnya sendiri sebelum berhijrah pula ke Makkah.

Mudir Madrasah Ar-Rahmaniah itu berkata, dari susur galur pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail AS dalam perjuangan dan peribadatan itulah lahirnya Nabi Muhammad SAW.

“Kita sebagai pejuang Islam, mesti kena kuatkan kesabaran menempuh ujian dan halangan perjuangan,” ujar beliau pada majlis Munajat Khas Sempena Hari Wukuf Arafah di Madrasah Ar-Rahmaniah, di sini 25 Oktober lalu.

Lebih 2,000 hadirin memenuhi majlis yang turut disertai Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik dan Adun Jeneri, Dato’ Yahya Abdullah.

Program bermula dengan majlis berbuka puasa diikuti solat berjamaah dan hajat serta bacaan yasin diikuti taujihad mengenai Hari Wukuf Arafah oleh Tuan Guru Salleh Musa.

Sempena majlis itu juga, Tuan Guru melancarkan blog rasmi dan pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Pentadbiran Madrasah Ar-Rahmaniah.

Dalam perkembangan lain, pihak madrasah menolak sama sekali penubuhan Yayasan Pondok 1Malaysia yang dilancarkan 16 Oktober lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi II Madrasah Ar-Rahmaniah, Ustaz Muhammad Fazilul Helmi Raidzan, pihaknya telah mengarahkan dua wakil Yayasan itu yang hadir ke madrasah baru-baru ini agar mengeluarkan serta merta nama Madrasah Ar-Rahmaniah dari senarai yayasan.
Tegasnya, penubuhan itu adalah demi kepentingan politik Umno sedangkan di dalam Bajet 2013 langsung tiada peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) bahkan bantuan selama ini telah disekat.

“Yayasan Pondok 1Malaysia ini adalah cara Umno mencari pengaruh mereka menjelang PRU13. Kenapa baru sekarang ditubuhkan saat hampir pilihan raya?,” ujarnya yang turut menempelak penubuhan itu sebagai tergesa-gesa.



No comments:

Post a Comment

ampuni kami