Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, January 2, 2019

Tuan Guru Hj Saad Mogoi

Al Allamah Wali Allah Tuan Guru Haji Saad Mogoi | Tok Mogoi ( Meninggal Tahun 1969 )

Wali Allah yang tinggal di Pokok Sena ini merupakan anak murid Pak Da Eil Mekah.  Beliau seorang yang cukup tegas . Jika ada sesuatu fakta itu bercanggah dengan Islam , dia sanggup berhujah dengan siapa sahaja untuk memperbetulkan ia .

Banyak dengar kisahnya dari anak murid beliau iaitu Tuan Guru Haji Jusoh . Antara yang saya ingat ialah , kata TG Hj Jusoh bila kita makan sekali dengan dia kalau kita kata makanan tu sedap dia akan ambik air tambah dalam makanan tu bagi jadi tak sedap sebab dia nak kita makan makanan tu atas sebab niat nak sihat tubuh badan senang buat amal bukannya sebab sedap .

Pesannya kepada murid beliau :
Mu kena ikhlaskan hati , mu ada mata mu tengok , mu ada hati mu prati , mu ada akai mu tenung . Mana elok mu ikut .

Antara karamah beliau ialah :

1. Ketika masuk sahaja waktu solat bas yang dinaiki Almarhum Tuan Guru Haji Saad Mogoi ini akan mati serta merta jika driver bas tak hentikan bas
2. Apabila hujan lebat Tok Mogoi tetap akan redah tanpa basah lencun
3. Jika wayang2 ditayang dikampung apabila Tok Mogoi lalu sahaja wayang tersebut akan mati @ terpadam serta merta
( Dikisahkan daripada Tok Wan Noh , Kampung Bukit )

Antara anak muridnya ialah :-

1. Tuan Guru Haji Jusoh Hussin Tobiaq
2. Tuan Guru Haji Ahmad | Pak Teh Mad Kuala Nerang
3. Tuan Guru Haji Mahmood Kampung Budi
4. Tuan Guru Wan Saad Bin Haji Sa'id

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami