Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, January 13, 2019

Syeikh Abdul Qadir Mandili

Al Allamah Syeikh Abdul Qodir al Mandili | Tuan Musonnif Kitab Penawar Bagi Hati ( 1910 - 1965 )


As syeikh berasal dari keturunan kaum Mandailing di daerah Sumatera Utara , Indonesia . Beliau telah berhijrah ke Negeri Kedah pada tahun 1924 bagi mendalami ilmu agama .

Diantara guru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Bakar , Pondok Penyarom , Tobiar
2. Tuan Guru Haji Idris , Pondok Air Hitam
3. Lebai Dukun , Pondok Air Hitam
4. Al Allamah Syeikh Wan Ibrahim | Pak Cu Him , Pondok Gajah Mati
5. Al Allamah Al Muhaqiq Syeikh Wan Ismail | Pak Da Eil
6. Syeikh Ali al Maliki ( Ketua Feqh 4 Mazhab )
7. Syeikh Hassan al Masyat ( Ulamak di Masjidil Haram )
8. Syeikh Muhammad al Arabi
9. Syeikh Hassan Yamani
10. Syeikh Muhammad Nur al Fathani ( Qodhi Mekah )
11. Syeikh Umar Hamdan Mahrusi ( Anak Murid Kepada 100 orang Ulamak Dunia )
12. Al Allamah Musnid Dunya Syeikh Yasin Isa al Fadani
13. Syeikh Abdullah Lahji
14. Syeikh Zakaria Bila
15. Syeikh Abdul Karim ad Daghistani
16. Al Allamah Syeikh Alwi Bin Abbas al Hasani
17. Syeikh Muhammad Ahyad
18. Al Allamah Arif Billah Tok Kenali

Beliau telah menjadi ulamak besar di Mekah dan diberi keizinan untuk mengajar di Masjidil Haram . Sewaktu beliau mengajar , banyak tawaran yang beliau dapat dari pemimpin dunia . Diantaranya :

1. Ditawarkan menjadi guru agama di Cape Town , Afrika Selatan .
2. Presiden Sukarno Indonesia menawarkan beliau jawatan Mufti .
3. Raja Saudi menawarkan beliau sebagai Qadhi al Qudat .

Kesemuanya ditolak kerana beliau ingin menumpukan pengajarannya di Masjidil Haram . Sesuai dengan gelaran yang beliau guna untuk dirinya iaitu " Khuwaidam Talabah al-Ilmu as-Syarif bil Harami al-Makki (Khadam kecil bagi penuntut ilmu di Masjidil Haram)”

Berikut ialah diantara puji pujian yang diberikan oleh alim ulamak yang lain kepada Syeikh Abdul Qodir al Mandili

1.  'al-alim al-fadhil wa al-abdi al-kamil al-syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al-Mandili al-Indunisi"  - Oleh Tuan Guru Haji Husien Che Dol , Pondok Gajah Mati

2. "Sinar Matahari " - Oleh Al Allamah Syeikh Idris al Marbawi

3. " Inilah sebuah kitab yang menterjemahkan dia oleh Tuan Guru yang alim lagi bersangatan alim, Tuan Sheikh Abdul Qadir al-Mandili " - Oleh Tuan Guru Haji Yahya Thaha , Kupang

Sepanjang riwayat hidupnya beliau telah mengarang 24 buah kitab . Dan diantara kitabnya yang mahsyur di kalangan penuntut ilmu ialah "Penawar Bagi Hati " & Perisai Bagi Sekalian Mukalaf "

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Al Allamah Tuan Guru Haji Salleh Musa , Sik
2. Tuan Guru Haji Abdul Rahman , Sungai Durian
3. Tuan Guru Haji Umar Daud , Meranti
4. Syeikh Muhammad Ali al Mandili ( Anak Beliau )
5. Tuan Guru Haji Ismail Bin Salleh
6. Tuan Guru Haji Abdullah | Lebai Samah , Bukit Lada
7. Tuan Guru Haji Mad Tuaran , Sabah
8. Syeikh Sayyid Hamid al Kaff , Indonesia

Al-Allamah Syeikh Abdul Qodir Al Mandili pernah di tanya orang,

"Hantar anak belajar agama nanti dapat makan apa?

Jawap Syeikh, "Dapat makan buah-buahan Syurga", Allah beruntungnya orang yang belajar agama.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Mekah dan disemadikan jasadnya di perkuburan Ma'la .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin


No comments:

Post a Comment

ampuni kami