Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, January 15, 2019

Syeikh Hj Uthman Senik Mufti Pahang Pertama

Al Allamah Arif Billah Sohibus Samahah Syeikh Haji Uthman Bin Senik - Mufti Pahang Pertama ( 1838 - 1911)

Syeikh Uthman merupakan cucu kepada Raja Legeh Patani yang berundur dari Patani ketika perang Siam - Patani pada 1832 . Beliau lahir di Kampung Gaung , Kota Bahru

Diantara guru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Osman Bin Ali @ Raja Legeh - Ayah beliau
2. Al Allamah Arif Billah Wali Allah Syeikh Wan Mustafa |  Tok Bendang Daya 1 - Datuk Syeikh Wan Ahmad al Fathani
3. Al Allamah Arif Billah Wali Allah Syeikh Wan Abdul Qadir Bin Wan Mustafa | Tok Bendang Daya 2 - Bapa Pak Da Eil & Pak Cu Him Gajah Mati
4. Al Allamah Arif Billah Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Rahman al Fathani | Syeikh Nik Dir Patani
5. Al Allamah Arif Billah Syeikh Muhammad Bin Ismail al Fathani | Syeikh Nik Mat Kecik
6. Al Allamah Arif Billah Syeikh Wan Ali Kutan al Kalantani
7. Al Allamah Arif Billah Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathani - Pengarang Kitab Faridatul Faraid

Beliau amat alim ilmu nahu , sorof , tauhid , feqah dan tassawuf . Disamping itu beliau juga mahir ilmu hikmat dan ilmu perubatan . Beliau mampu membuat pelbagai jenis makjun hasil daripada pengajaran Tok Bendang Daya Dua .

Ilmu hikmat yang beliau kuasai suatu ketika dahulu pernah menjadi bualan mulut orang kampung . Diantara yang diriwayatkan ialah :

1. Pada suatu ketika beliau pernah mengeluarkan sebuah kapal yang telah karam
2. Pada kesempatan lain beliau pernah didatangi buaya ganas yang telah memakan manusia sehingga buaya tersebut dapat dibunuhnya
3. Pada kali yang lain pula beliau pernah menangkap harimau buas yang selalu mengancam ketenteraman manusia dan binatang ternakan

Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah :

1. Pawang Diraja Kelantan
2. Mufti Kerajaan Pahang - Selama 20 tahun
3. Pengasas Pondok Kampung Ketapang Pekan

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Pahlawan Pahang Mat Kilau
2. Tuan Guru Haji Daud ( Datuk Kepada Tun Razak / PM ke 2 )
3. Tuan Guru Haji Mat Daud Bin Zainal Abidin - Qodhi Besar Pahang
4. Lebai Yusof Bin Haji Muhammad Amin - Qodhi Kuantan
5. Tuan Guru Haji Abu Bakar - Dato Peggawa
6. Sultan Ahmad
7. Tengku Ali
8. Tuan Guru Haji Omar Bin Haji Abdullah - Menantu beliau

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 73 tahun dan dikebumikan di Bandar Diraja Pekan , Pahang .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami