Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, January 2, 2019

Tuan Guru Haji Said Yan Kedah

Al Allamah  Tuan Guru Haji Muhammad Said ( 1877 - 1962 )

Beliau dilahirkan di Yan , Kedah dan merupakan anak murid Tok Syeikh Jarum ( Ulamak Besar dari Pathani ) iaitu moyang kepada Almarhum Ustaz Fadhil Noor ( Presiden PAS ) .

Disamping itu , beliau juga menuntut ilmu daripada Syeikh Daud Bin Mustaffa al Fathani ( Bapa Saudara Pak da Eil , Pak Cu Him & Syeikh Wan Ahmad ) dan Syeikh Ali Al Maliki ( Ketua Feqh 4 Mazhab )di Mekah .

Tuan Guru Haji Said amat terkenal dengan ilmu agamanya dan arif dalam perubatan Islam . Beliau juga digelar oleh penduduk setempat sebagai " Tabib Muhammad Said "

Beliau telah mengarang beberapa risalah dalam usahanya untuk mendidik ummah . Antara karya risalah nya ialah :

1. Anak Kunci
2. Buah Putik Bagi Kanak-Kanak Pada Permulaan Tumbuhnya.
3. Adabul Katib
4. Punca Kesukaan
5. An-Nashihah Asy-Syabaniyah
6. Majalah Nun
7. Ath-Thabib

Moga Allah Taala pelihara roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami