Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, January 2, 2019

Syeikh Abdullah Fahim ulama besar alam Melayu

Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdullah Fahim Rahimahullah ( 1869 - 1961 )


Nama sebenarnya ialah Abdullah Bin Ibrahim Bin Tahir .  Beliau di gelar "Fahim" kerana ia bermaksud "Orang Yang Faham" menandakan beliau seorang yang alim banyak cabang ilmu .

 Beliau juga merupakan Mufti Pertama Pulau Pinang dan beliau alim ilmu falak . Ianya terbukti apabila Tunku Abdul Rahman Putera alHaj telah berjumpa dengan beliau dan meminta supaya as Syeikh memilih satu tarikh yang sesuai untuk Tanah Melayu merdeka . Akhirnya tarikh 31 Ogos 1957 telah dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim dan ianya menjadi tarikh keramat yang pasti akan di ingati sampai bila bila .

Diantara sahabat beliau ialah :
1. Arif Billah Tok Kenali
2. Syeikh Tahir Jalaluddin , Minangkabau
3. Tuan Guru Haji Umar , Sungai Keladi
4. Syeikh Muhammad Nur Bin Muhammad al Fathoni
5. Syeikh Abdul Rahman Gudang al Fathoni

Beliau telah menuntut ilmu daripada ramai Ulamak Ulamak Muktabar dan Arif Billah . Diantaranya ialah :

1. Al Allamah Arif Billah Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud al Fathoni ( Penyusun Kitab Mathla al Badrin )
2. Al Allamah Arif Billah Syeikh Wan Ali Kutan al Kelantani  ( Penyusun Kitab Al Jauhar Al Mauhub & Lum'ah al Aurad )
3. Al Allamah Arif Billah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al Fathoni "Sibawaih Soghir" ( Penyusun Kitab Faridatul Faraid )
4. Al Allamah Arif Billah Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al Fathoni ( Penyusun Kitab Aqidah an Najin )
5. Al Allamah Syeikh Muhammad Said Babsail (Mufti Mazhab Syafie ,Mekah )
6. Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki
7.  Syeikh Sayed Abu Bakri Syatha ( Penyusun Kitab I'anah at-Thalibin )

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami