Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, April 28, 2010

WASIAT IMAM SYAFIE MUJTAHID MUTLAK KITA SEBELUM WAFAT



SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempatberwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makahendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkanpercakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUTIaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuatpersediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. KETIGA : HAK KEPADA KUBURIaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIRIaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.WIaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariatbergantung kepada as-Sunnah (Hadith) menyayangi para sahabatdan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWTIaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan." Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

No comments:

Post a Comment

ampuni kami