Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, April 13, 2010

MANTAP ILMU AGAMA DAN DAMPINGI ULAMA


KEWAJIBAN bagi setiap makhluk mempelajari ilmu agama sekurang-kurangnya mendalami ilmu fardhu ain iaitu ilmu tauhid , fekah dn tasawuf. Andai kita tidak dalami ilmu ini hukumnya berdosa .
Belajar pula perlu berguru ,kerana ini adalah antara adab ilmu seperti Allah ajar kepada junjungan mulia kita RASULULLAH SAW dengan meutuskan MALAIKAT JIBRIL sebagai guru.
Tidak memada andai hanya belajar tanpa meamalkan ilmu, maka wajib kita beramal dengan hukum yang kita pelajari , jaga hati dengan ilmu tauhid dan tasauf , displinkan kehidupan seharian dengan mengikut syariat . Orang yang belajar tanpa meamalkan ilmunya maka dalam kitab MATAN ZUBAT mengatakan golongan ini akan diazab terlebih dahulu dari orang kafir .

Islam menjaga dan mengambil kira kepentingan semua , tanggungjawab yang mesti dilaksana untuk agama, diri, keluarga , masyarakat , dan negara .Mahu tidak mahu sebagai hamba wajib kita patuhi perintah ini.

Maka kita hendak kepada hakikat kehidupan bersyariat maka kita mesti meneruskan kehidupan yang metaati perintah agama . Dalam erti kata kehidupan bersyariat .
Ini semua harus dilaksana dengan ilmu barulah kita tahu beza yang mana haram , dan yang mana wajib ,sunat , harus , DAN MAKRUH . Maka kita perlu mendalami ilmu yang ditinggal RASULULLAH .

Kita sekarang RASULULLAH SAW dah wafat , maka kita masih ada orang2 yang memegang pusaka RASULULLAH iaitu ILMU AGAMA . Maka kita mesti mendampingi mereka kerana untuk mendapatkan pimpinan agama yang betul. Kita mesti mendengar dan mendampingi Ulama yang baik ulama Akhirat barulah kita ini akan kearah menjadi hamba yang baik .

Jangan segan dan berasa kekok dengan ulama kerana ulama sangat mengasihi orang . Kasih yang dimaksudkan mereka mahu kita jadi insan baik dan mendapat redha Allah , dan meninggalkan kemurkaan Allah .

No comments:

Post a Comment

ampuni kami