Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, June 19, 2011

Tuan Guru Hj Abdullah ( Baba Lah) Makkah ziarah Tuan Guru Hj Salleh Musa Sik

Tn Guru Hj Abdullah bin Masud  ( Baba Lah Jiyyad Makkah) berasal dari Yala Thailand . 
Beliau ke Makkah dalam lingkungan umur 20 an . Beliau tinggal di Makkah hampir 50 tahun lebih . Tn Guru Hj Abdullah merupakan rakan yang sempat belajar dengan Tn Guru Hj Salleh di Makkah dahulu . Menurut Baba Abdullah beliau pernah beguru dengan Tn Guru Hj Salleh . Beliau sangat menghormati Tn Guru Hj Salleh Musa . 
 Tn Guru Hj Salleh memberi penghormatan kepada beliau dengan meminta menyampaikan tazkirah ringkas di hadapan kira-kira 3000 orang lebih ahli kuliah pada pagi Jummat minggu lepas di Madrasah Ar Rahmaniah . Tazkirah ringkas beliau menyeru supaya masyarakat meningkatkan ilmu agama . Dalam ucapan beliau , beliau banyak memuji Tn Guru Hj Salleh yang merupakan guru beliau di Makkah satu ketika dulu .

No comments:

Post a Comment