Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, June 12, 2011

Allahyarham Sheikhuna Tn Guru Hj Hussin / Baba Hussin Dala - Fathani


AL FATIHAH 
ALMARHUM BABA HUSSIN DALA FATHANI THAILAND 
Almarhum Syeikhuna Tn Guru Hj Hussin Dala (r.a) merupakan tokoh ulama Fathani yang sukar dicari ganti .
Beliau disegani oleh kawan dan lawan . Tn Guru Hj Hussin Pondok Dala merupakan ulama Fathani yang kuat berpegang dengan Tasawuf . Beliau digelar Bapa Tasawuf Fathani .
Akhlak beliau yang lembut buat semua murid sayangkan beliau . Beliau mentarbiah rohani murid hingga ramai yang belajar dengan beliau menjadi hebat .
Saya sempat belajar dengan beliau selama dua tahun sahja sebelum kembali ke Rahmatullah .

Almarhum mendidik murid dengan cara yang hikmah . Beliau membaca kitab Minhaj Imam Ghazali dan Tafsir Quran setiap malam sesudah solat Isyaq hingga akhir hayat beliau .
Beliau memiliki 3 orang isteri dan 27 orang anak . Seorang dari 3 isteri beliau telah meninggal dunia . Semasa
Tn Guru meninggal dunia beliau meninggalkan 2 orang isteri sahaja .

Sukar dicari ganti seorang Alim Rabbani seperti beliau . Setiap kali mengajar beliau pasti menaggis .
Penghayatan ilmu dan hati sentiasa bersama Allah . Beliau senang menanggis dalam solat , dalam doa , dalam mengajar dan hingga hendak suap makanan sekalipun beliau mampu menaggis . Allahuakbar sungguh lembut hati beliau .

Beliau menekankan soal berkat dalam pendidikan , beliau tarbiah murid dengan prinsip berkat yang mana sangat berkesan tanpa melakukan undang-undang yang ketat kepada murid .

Allahyarham merupakan menantu kepada Allahyarham Tn Guru Hj Abdul Rahman (wali mashur fathani yang memiliki banyak karamah-Insyallah saya akan cerita nanti) . Allahyarham merupakan mudir pondok Dala yang ke dua , sekarang digantikan dengan Tn Guru Hj Abdul Karim bin Hasbullah  (Guru saya ) yang kini sebagai setiausaha Persatuan Pondok Fathani Darussalam .

Allahyarham Tn Guru Hj Hussin semasa hampir meninggal beliau minta Tn Guru Hj Abdul Karim baca kitab Minhaj Imam Ghazali kepada beliau . Beliau memiliki dua isteri , semasa beliau sakit tenat beliau arahkan murid beliau angkat beliau dan tempatkan beliau di surau sahaja kerana hendak melakukan adil pada dua keluarga . Keluarga beliua , murid sangat kasih pada beliau kerana beliau sangat hebat dalam mengamalkan sunnah dan taat pada Allah .

Beliau tidak pernah tinggal solat jamaah , beliau mengajar samapai akhir hayat .
Guru beliau yang mashur seperti Pak Da Eil Makkah , Syeikh Qadir Mandili , Syed Alawi , Syeikh Yassi Fadani , sama seguru dengan Tn Guru Hj Salleh Sik Kedah .

Semasa beliau meninggal orang datang ziarah pusara dan solat jenazah beliau diatas pusara selama satu minggu .Murid beliau terlalu ramai , boleh dikata seluruh ulama muda yang buka pondok sekitar fathani adalah murid beliau . Pengaruh beliau luas di seluruh asia termasuk Malaysia dan Singapura . Murid -murid membaca Al Quran diatas pusara beliau selama 40 hari . Moga Allah menambah kebajikan pada guru mulia Ulama Rabbani ini Ameen

1 comment: