ALLAH berfirman maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu”. (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Islam adalah satu-satunya ad-din diredai Allah yang menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan di akhirat. Malah Islam juga satu agama yang memelihara kehidupan umatnya daripada perkara-perkara yang mudarat dan merosakkan. Oleh sebab itu, Islam mensyariatkan hukum halal dan haramnya dalam setiap aspek kehidupan umatnya.
Justeru, setiap Muslim wajib memelihara setiap perkara yang halal dan haram dalam pemakanannya. Dalam kata lain, setiap Muslim wajib memerhatikan apa yang dimakan supaya tidak termasuk bahan haram yang akhirnya menjadi isi dagingnya. Daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka api nerakalah bahan pembakarnya. Ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud: “Setiap daging badannya yang tumbuh daripada benda yang haram (yang menghilangkan berkat), maka nerakalah yang lebih utama bagi orang itu.” (Hadis riwayat Ahmad & Tirmizi)
Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati terhadap pemakanannya agar bersih daripada sumber yang haram. Dari segi hukum menurut perspektif Islam, semua jenis makanan yang ada di atas muka bumi ini adalah halal dimakan kecuali beberapa jenis yang terang-terang diharamkan Allah dan Rasul-Nya. Berdasarkan prinsip ini, sebenarnya makanan halal itu banyak dan wujud dengan meluas di muka bumi. Bagaimanapun, oleh kerana industri makanan dikuasai orang bukan Islam, maka pengeluaran dan pengedaran makanan tidak halal itu melimpah di pasaran dunia dan menenggelamkan makanan halal.
Kepentingan makanan halal itu dapat dilihat dengan jelas melalui sabda Rasulullah yang bermaksud: “Memilih yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam kerana setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api neraka lebih utama baginya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Ringkasnya, barangan halal ialah makanan yang bebas daripada sumber najis bermula daripada penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan dan pengangkutan. Secara ringkasnya, makanan halal itu mesti bersih dan selamat untuk dimakan. Manakala, makanan bernajis pula ialah makanan mengandungi mana-mana daripada bahagian babi, haiwan halal tetapi tidak disembelih dengan betul, bangkai, binatang buas, arak, darah yang mengalir dan makanan atau tumbuh-tumbuhan yang beracun. Oleh yang demikian, makanan yang bernajis ini menjadi tidak halal dimakan oleh umat Islam.
Bagi kepentingan ekonomi dan keuntungan, maka pengusaha bukan Islam mengambil kesempatan mengeluarkan juga makanan halal bagi memenuhi keperluan umat Islam. Kemajuan pesat teknologi pemprosesan dan pengeluaran makanan menyebabkan makanan halal terdedah kepada pencemaran najis secara tidak disedari. Terdapat pelbagai bentuk pencemaran makanan halal di pasaran, terutama kaedah penyediaan makanan halal yang meliputi metod penyembelihan, sumber bahan mentah, sumber bahan digunakan, pemerosesan, pembungkusan, kebersihan dan keselamatan makanan, pembungkusan, penyimpanan, persekitaran dan sebagainya.
Berdasarkan perkembangan pesat mutakhir ini, umat Islam sewajarnya mengambil kesempatan mengeluarkan produk makanan halal seperti dituntut Islam. Ini bukan sahaja akan meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan kedudukan ekonomi umat Islam, malah ia akan mengembalikan kegemilangan dan kejayaan umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
No comments:
Post a Comment