Panduan pastikan umat sentiasa selamat dunia, akhirat
AGAMA Islam menganjurkan beberapa suruhan dan larangan untuk menjamin umatnya sentiasa dalam keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Berikut antara suruhan dan larangan yang boleh diamalkan untuk mendapat keberkatan hidup.
Menziarahi orang sakit – Daripada Aisyah RA berkata: “Biasanya apabila ada seorang di antara kami menderita sakit, Rasulullah SAW mengusapnya dengan tangan kanan Baginda, kemudian Baginda berdoa: Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan manusia. Berilah kesembuhan kerana Engkaulah Penyembuh (segala penyakit). Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ketika Rasulullah menderita sakit dan semakin parah, aku pegang tangan Baginda untuk melakukan seperti yang biasa Baginda lakukan. Namun Baginda menarik tangan daripada tanganku kemudian berdoa: Ya Allah, ampunilah aku dan jadikanlah aku bersama Rafiq A’la (Tuhan). Aku bergegas untuk melihat, ternyata Baginda sudah wafat.” (Sahih Muslim)
Suruhan beri makan kepada haiwan ternakan – Hadis riwayat Abu Hurairah RA : “Bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Ketika seorang lelaki sedang berjalan dan berasa sangat dahaga. Lalu dia mendapati sebuah telaga dan segeralah dia turun untuk meminumnya. Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus. Lelaki itu berkata: Anjing ini sedang kehausan, lalu turunlah dia ke dalam telaga untuk mengambil air dan dipenuhkan ke dalam kasutnya. Kemudian dia beri minum kepada anjing itu. Allah SWT berterima kasih kepadanya serta mengampuninya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana haiwan seperti ini? Rasulullah menjawab: Pada setiap yang bernyawa ada pahalanya.” (Sahih Muslim)
Galak bunuh ular dan cicak – Hadis riwayat Ibnu Umar RA: Daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda bermaksud: “Bunuhlah ular berbisa, ular berbelang dua dan ular yang ekornya terputus kerana kedua-duanya dapat menggugurkan kandungan dan membutakan mata.” (Sahih Muslim) Hadis riwayat Ummu Syarik RA: “Bahawa Rasulullah SAW menyuruhnya untuk membunuh cicak.”
Berubat minum madu – Hadis riwayat Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Saudaraku merasa mual perutnya. Rasulullah bersabda maksudnya: Minumlah madu. Setelah orang itu memberi madu kepada saudaranya, dia datang lagi dan melaporkan: Aku telah memberi minum (madu) kepadanya tetapi dia bertambah mulas. Maka Rasulullah bersabda bermaksud: Maha benar Allah (dalam firman-Nya, surah an-Nahl, ayat 69) dan ada yang tidak baik lagi dengan perut saudaramu itu? Akhirnya Rasulullah memberi minum madu itu kepada orang yang sakit. Orang itu pun sembuh.” (Sahih Muslim)
Suruhan untuk berubat – Hadis riwayat Jabir bin Abdullah RA. Daripada Ashim bin Umar bin Qatadah: “Bahawa Jabir bin Abdullah menjenguk Muqanna. kemudian berkata: Aku tidak akan pulang sebelum engkau mahu berbekam, sebab aku pernah mendengar Rasulullah bersabda bermaksud: Sesungguhnya berbekam itu ada pengubatan.” (Sahih Muslim)
Hadis riwayat Ibnu Umar RA. Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda bermaksud: “Panas demam itu berasal daripada didihan api neraka Jahanam. Oleh kerana itu dinginkanlah darjah panasnya itu dengan air.” (Sahih Muslim)
Larangan bunuh semut – Hadis riwayat Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW: Bahawa seekor semut pernah menggigit seorang nabi. Nabi itu memerintahkan sahabat mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya kerana seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih (kepada-Ku)?” (Sahih Muslim)
Larangan bunuh kucing – Hadis riwayat Abdullah bin Umar RA yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Seorang wanita diseksa kerana mengurung kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerana perbuatannya, iaitu ketika mengurung dia tidak memberi makan dan minum, selain tidak melepaskannya mencari makanan daripada serangga tanah.” (Sahih Muslim)
Larangan berubat dengan dukun – Hadis riwayat Aisyah RA, dia berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya beberapa dukun pernah menceritakan sesuatu kepada kami dan kami mendapati apa yang mereka ceritakan itu benar. Rasulullah bersabda bermaksud: Itu adalah kalimah benar yang disambar oleh jin lalu dengan cepat dilemparkan ke telinga walinya tetapi di dalamnya sudah ditambahkan dengan seratus kedustaan.” (Sahih Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
No comments:
Post a Comment