Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, October 17, 2010

Perutusan Kepada Bakal Haji 1431H - SIRI 1

Assalamualaikum kepada bakal-bakal haji , tetamu Allah 1431H
Mudahan anda semua mendapat haji yang mabrur ...
Saudara perlu bersyukur kerana saudara dipilih menjadi tetamu Allah tahun ini . Oleh itu kerjakanlah haji dengan sebaik-baiknya ...Haji bukan perkara mudah , haji adalah ibadah bagi menyempurnakan rukun Islam yang yang terpenting .
Saudara harus bersyukur dan saudara perlu kerjakanya mengikut ilmu yang dipelajari.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan amat sukar bagi mereka menghimpunkan wang sebanyak munggkin untuk mengerjakan ibadat haji . Sekurang-kurang 12ribu kos seorang untuk mengerjakan haji sekarang ini . Alhamdulillah Allah beri rezeki kepada kita dan dapat kita pergi menunaikan rukun Islam ini .

Saudara perlu kuasai perkara yang berkait dengan haji , terutama rukun-rukunnya , perlu kita laksana dengan sebaik-baiknya
 Setiap rukun haji di bawah mestilah dilakukan jika tidak haji seseorang itu tidak sah.

NIAT
WUKUF
TAWAF
SA'EI
BERCUKUR ATAU BERGUNTING
TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN
Setiap wajib haji di bawah mestilah dilakukan jika tertinggal atau tidak melakukan salah satu daripada wajib haji tersebut akan dikenakan dam.

-ihram di Miqat
-Meninggalkan perkara larangan dalam masa ihram
-(mabit) di Muzdalifah
-Jamrah Al'Aqabah
-Bermalam (mabit) di Mina
-Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari-hari Tasyrik


Saudara bukan mudah untuk mendapat haji yang makbul yang diterima Allah ...
Haji perlu kepada ilmu , tanpa ilmu ibadat kita tidak sempurna .
Dikesempatan ringkas ini saya ingin pesan 5 ke 6 perkara yang mesti saudara jaga supaya memenuhi syarat haji yang makbul ...jangan ibadat ikut-ikut orang kerana ramai yang buat ibadat bercanggah dengan hukum !
Perkara -perkara yang saya akan hurai ini , saudara perlu ambil perhatian !!!
1)Tawaf
2) Saei safa marwah
3) Bermalam di Mina
4) Melontar jamrah
5) Waktu melontar jamrah

Saudara semua maklum TABUNG HAJI mereka hanya bawa kita dan urus kita di Makkah dan Madinah , Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab dan mereka tidak akan pantau ibadah kita . Kita kena buat sendiri semua , masa di Makkah kita perlu berdikari , kecuali mereka yang pergi cara pakej , itupun bukan mereka nak pantau semuanya .
Kalau saudara pergi dibawah sistem muasassah maka saudara perlu berdikari di Makkah ,Sebaiknya bagi mereka yang kurang arif dalam hukum hakam haji makan saudara perlu mendampingi rakan-rakan yang arif dalam soal haji .

Kita perlu kerjakan haji dengan teliti agar ibadah kita berkualiti mengikut hukum seperti yang kita belajar
Banyak perkara yang ramai orang buat bercanggah dengan fatwa ulama muktabar kita .....
Saya ambil perkara-perkara penting saja secara umum , bukan secara khusus kerana ruang ini tidak meizinkan saya berbicara panjang .
kalau nak penjelasan lanjut hubungi saya 013 4044259
Guru Mulia saya , Tn Guru Hj Salleh Sik Kedah semasa membaca kitab Manasik Haji wal Umrah banyak membongkar kesalahan-kesalan dalam ibadah haji yang umum orang tidak ambil berat .
1) TAWAF
Ramai beranggapan TAWAF itu mudah , kalau kita halusi dalam kiitab-kitab fekah maka ibadat haji yang paling rumit adalah Tawaf .
Tawaf mesti dimulakan berbetulan hajir Asuad  dan disudahai di hajarul Aswad .
Sebaiknya mula awal sedikit dari hijir  Aswad dan akhirkan tawaf kali ke 7 di pintu Kaabah . Cara ini lebih selamat . Ramai yang akhir tawaf kadang-kadang tidak sampai lagi hade hijir Aswar , maka tawaf itu tidak sah!. Tawaf pula perlu dalam keadaan berwuduk . Wajib ada wudu'. Saudara pakailah pendapat muktamat yang dihukum oleh ulama muktabar syafie kerana kita mazhab syafie di  Malaysia. Kita jangan terpengaruh dengan fatwa daif dari ustaz2 yang mengatakan" ketika darurat tak apa orang sentuh kita , air sembahyang tak batal" . Ya betul fatwa itu tapi pendapat itu daif  dalam mazhab kita syafie!!!. Kita nak tawaf rukun haji , maka kita buat yang terbaik , kita guna pendapat ulama kita yang muktabar agar ibadat yang kita buat tidak ada ragu-ragu lagi .
TAWAF
Syaratnya ada tersebut dalam kitab manasik haji wal umrah
Syarat yang ramai kita tidak tahu , diantaranya tawaf dengan qasad /kemahuan kita .
Kalau orang tolak kita dari belakang kita kena ulang semula perjalanan kita dimana kita kena tolak itu , maka disitu kita ulang semula bagi ganti yang kita kena tolak tadi sahaja  .
Diantara syarat lagi , kita perlu memelihara bahu kiri kita supaya tidak lari dari arah Kabbah . Andai bahu kita terpesong dari arah Kabbah kita perlu ulang perjalanan kita di tempat bahu kita terpesong tadi .


Jangan masuk dalam Hijir Ismail semasa tawaf kerana hijir Ismail termasuk juzuk kabah .Jangan pegan dinding atau tembok hijir Ismail , jangan pegang kabah semasa tawaf !!!
Tawaf kita batal, andai masuk dan pegang tembok hijir Ismail dan dinding kabah, kerana syarat tawaf diluar kabah .
SEMASA TAWAF JANGAN KUCUP HAJARUL ASWAD kerana ada minyak wangi , semasa dalam ihram jangan kucup hajar Aswar , kalau kucup maka terlelak minyak wangi pada kita maka wajib kita kena bayar dam atau denda !

Insyallah saya akan sambung bahasan Saei safa marwah ...tunggu kita bahaskan demi untu mendapat keredaan dan ibadah yang sempurna mengikut  hukum yang sahih

No comments:

Post a Comment

ampuni kami