Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, October 20, 2010

Perutusan Haji 1431h- siri 5 . Hukum berkaitan lontar Jamrah



Assalamualikum  w .b .
 saudara seperti mana yang saya janji semalam , maka saya tuanikan pagi ini mengenai bahasan hukum lontar Jamrah yang selari dengan hukumnya ...
Saya sudah terangkan hukum lontar yang selari dengan hukum semalam,  pada bahasan Jamrah Aqabah .
Pagi ini saya inigin tambah bahasan mengenai hukum lontar jamrah .

WAKTU LONTAR JAMRAH
Mengikut pendapat ulama muktabar dalam mazhab Syafie maka waktu melontar masuk pada jam 12 am /malam 10 Zulhijjah (malam raya haji )
HARI RAYA PERTAMA kita lontar hanya JAMRAH AQABAH sahaja.
Ingat !!! lihat bahasan yang dibahaskan semalam , lontar  JAMRAH AQABAH ikut kedudukan asal bukan kedudukan baru sekarang . ..(lihat tulisan perutusan haji 1431h siri ke 4 dibawah )

Maka pada malam raya atau hari raya haji pertama, kita hanya lontar satu jamrah iaitu JAMRAH AQABAH sahaja , dan terus kita tahalul awal dan terus kita boleh salin pakainan , maka sudah boleh pakai pakaian yang bersarung .....tapi ingat tahalul awal masih dalam masa pantang larang ihram iaitu tidak boleh bersetubuh suami isteri , tidak boleh akad nikah lagi dan lain -lain .
Hanya tukar pakaian sahaja dulu ...

Maka hari 11, 12 , 13 Zulhijjah kita lontar ketiga-tiga jamrah , 3 jamrah kali tiga hari =9 jamrah bagi hari 11, 12 dan 13 tambah satu lagi  JAMRAH AQABAH  pada hari 10 maka jadi 10 kali  kita kena ulang-ulang lontar jamrah  =70 biji anak batu ...

RAMAI LONTAR TIDAK IKUT HUKUM!!!
Saudara !!!
Jangan niat lontar syaitan , ini tidak betul , saudara perlu niat ibadah haji , baru diterima lontaran itu !!!

WAKTU LONTAR bagi hari 11, 12 dan  13 Zulhijjah ,
JANGAN LONTAR LEPAS SUBUH !!!
WAKTU YANG MUKTAMAD BAGI PENDAPAT  ULAMA KITA SYAFIE ADALAH LEPAS WAKTU ZOHOR  BUKAN SUBUH ...
Ini ramai orang Malaysia suka ikut-ikut orang dengan beralasan selepas subuh  tidak sesak .
Saudara masuk waktu lontar lepas zohor !!!
mengapa hendak taqlid pendapat daif sedangkan kita nak haji yang kita kerjakan itu yang terbaik !!!  Buatlah yang terbaik . Masa panjang ,malam pun boleh lontar lagi , bahkan lebih selesa , mengapa  kita nak pergi lepas subuh , tunggulah masuk zohor terlebih dahul.
HARUS LONTARLAH LEPAS ZOHOR
Harus hanya pada Hari 13 diharuskan kita lontar selepas zohor dan kita  taqlid qaul daif , diharuskan kita lontar pagi sebelum zohor kerana dikhuatiri tertinggal bas yang akan bertolak ke Makkah , adapun hari 11 dan12 jangan lontar lepas subuh pastikan lontar selepas zohor .

No comments:

Post a Comment

ampuni kami