Sunday, March 21, 2010
TERKEJUT BACA BERITA MINGGUAN -AHAD 21 MAC 2010 YANG MELAPORKAN 17,303 ANAK LUAR NIKAH DIDAFTAR 2009
Apa dah jadi dengan negara Malaysia?
Allah!!!
Mengapa hingga jadi begini?
Anak luar nikah begitu ramai, muda mudi tidak faham agama, tidak takut azab Allah.
Dosa zina sangat besar, Allah paling murka , paling marah tetapi masyarakat pandang biasa ja sekarang ...
Allah!!!
Betul Nabi SAW pernah bersabda" akan datang hampir qiamat akan masyhur dengan zina , zina menjadi kebiasaan bagi umat ku".
Dilaporkan anak luar nikah melayu atau tidak sah taraf diseluruh negara seramai
17, 303 telah didaftar tahun lepas 2009
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran DATO ALWI IBRAHIM berkata tahun 2008 seramai
16 ,541 anak luar nikah dikalngan melayu, tahun 2007 pula seramai 16,100 orang anak luar nikah melayu didaftarkan .
Dalam laporan ini 74,723 orang anak luarnikah didaftar dalam tempoh 5 tahun ini , ini hanya membabitkan anak melayu tidak masuk yang lain2 lagi , tidak termasuk kes buang bayi yang dilapor kepada Jabatan kemajuan masyarakat .
Purata dilaporkan 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftar dengan status anak tidak sah taraf mengikut seksyen 13 akta pendaftaran kelahiran dan kematian 1957 (akta 299)
ALLAH , INI TERJADI KERANA TIDAK ADA PENGHAYATAN AGAMA.
Hanya memuaskan nafsu , seronok hanya 2, 3 minit sanggup menempa neraka.
Kalau dah terlanjur , segera bertaubat dan insaf , jangan lakukan lagi .
Zina dosa besar . Jika ikut hukum Islam penzina yang belum nikah dikenakan 100 rotan , manakala yang sudah nikah direjam dengan batu hingga mati .
Hukuman berat ini setimpal dengan dosa zina yang amat berat . ALLAH SANGAT2 MURKA...
Ikutlah saluran PENIKAHAN jangan berzina .
Rukun nikah hanya 5 .
-lelaki
-perempuan
-ijab qabul
-wali
-saksi
jikalau ada 5 rukun ini dah sah , kenduri hanya sunat sahaja .
ALLAH !!!
Ini salah individu yang tak hayati kehidupan agama, salah ibu bapa yang sebok dengan urusan dunia hingga abai anak2, salah masyarakat yang tidak memain peranan menegur , salah kerajaan kerana tidak melaksana hukum Allah .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
No comments:
Post a Comment