Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, March 26, 2010

NASIHAT TN GURU DATO DR HARUN DIN , TENTAN ILMU DAN PENGHAYATAN AMAT MANIS DIHAYATI

25.03.2010

TN GURU DATO DR HARUN DIN berucap tentang ilmu, kepentingannya dan penghayatan ilmu sangat2 beharga . Pogram ceramah sempena memungut dana Tabung Pendidikan PAS Kawasan Jerai seolah2 bertukar menjadi pogram kuliah apabila MB Kedah bersama Dato Harun Din menyentuh soal kepentingan ilmu

Dato Harun Din menceritakan sejarah pendidikan beliau yang bermula dengan susah payah . Beliau pernah dibuang sekolah Alawiyah Arau kerana menentang dasar kemasukan sistem inggeris . Beliau berpindah ke sekolah Islah hiyah dan terpaksa menunggang basikal sejauh 20km pergi dan 20km pulang , 40km menunggang basikal ke sekolah terkadang terkena hujan .Memandangkan keluarga beliu tidak mampu menyar beliau maka orang2 kampung membantu ,kerana melihat kesungguhan beliau mencari ilmu.
Pada tahun 1961 ada 11 orang kampung yang bergabung tenag mengumpulkan zakat dan dana membantu beliau melanjutkan pelajran .Belau melanjutkan ke kolej Islam Kelang dengan rezeki Allah secara kebetulan sahaja dapat kerana beliau tiada sijil sahadah, oleh kerana beliau telah dibuang sekolah . Beliau berjaya menjawab soalan temuduga maka melayakan beliau ke kolej Islam Kelang walau tanpa sijil .Sheikh Abd Rauf yang menerima beliau masuk ke kolej tersebut ...

Bagi membalas jasa masyarakat yang membantu beliau , beliau mewakafkan seluruh harta pusaka ayah ibu beliau kepada sekolah agama Islah Hiyah Bohor Mali , dan 2 buah bagunan disekolah itu milik keluargnya, dan beliau mengambil keputusan untuk menjadi ahli lembaga tadbir sekolah itu tanpa menerima alaun apa2 pun. Sebulan sekali terpaksa pulang dari KL ke Perlis untuk bermesuarat ...

Dato menyatakan ILMU SANGAT MULIA , ALLAH AKAN MEMBUKA HIKMAH (ALLAH MEMBUKA MINDA)
KEPADA MEREKA YANG MENCARI ILMU...siapa yang dapat hikmah maka orang itu dapat kebajikan
Tidak akan dapat ilmu kata Imam Syafie melainkan 6 syarat
1: CERDIK
2: MINAT
3:BERSUNGGUH2
4:ADA PERBELANJAAN
5:MEMBUAT BAIK KEPADA GURU , BERADAB DENGAN GURU
6: LAMA MASA BELAJAR

Dato menasihat kepada semua orang sama ada belajar agama dan ilmu dunia mesti hati dia kena ingat akhirat ..., Allah !!!... beliau berkata SEPANDAI MANA KITA, SEHEBAT MANA KITA KITA AKAN MATI!!!. MAKA BERJAYA ORANG YANG BERTEMU DENGAN ALLAH DENGAN HATI SEJAHTERA DENGAN MAKNA REDHA DENGAN ALLAH , REDHA DENGAN HUKUM ALLAH , TERIMA ISLAM DALAM HIDUP.
Negara yang hebat akan musnah , kerajaan hebat akan berakhir , pengaryuh , kepandaian semau bersifat semantra , gunalah ilmu kearah keredhaan ALLAH .

Dato berkata lagi , siapa yang mencari habuan dunai semata2 tanpa pandang akhirat, maka ALLAH akan bagi dunai pada dia , jika cari dunia semat2 tidak taat pada perintah agama ALLAH akan sediakan neraka untuknya di akhirat...

Beliau berkata kita PAS bukan hendak pembagunan semata2 , walupun bagunan hebat , hubungan antarabangsa hebat tetapi jiwa kosong tidak ada tauhid dalam hidup apa guna ? Kita nak berjaya seiring dengan agama kerana semua kita akan mati, kekayaan akan habis, kaya dan hebat bagaimana pun yang tiggal bersam kita waktu mati 3 helai kain kafan sahaja. Maka tidak berbaloi kita rugi diakhirat.

Kesimpulan DATO HARUN DIN MENYERU
-ISILAH HIDUP DENGAN AGAMA
-BANTU KEMBANG AGAMA ALLAH
-BANTU ORANG NAK BELAJAR AGAMA
-INGAT DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH KITA AKAN KEMBALI , BAHAGIA ORANG YANG BERTEMU DENGAN ALLAH SWT DENGAN HATI YANG SEJAHTERA , DIA REDHA DENGAN AGMA ALLAH , DIA IKUT HUKUM ALLAH , ALLAH REDHA PADA DIA , BAHAGIALAH DIA.....

No comments:

Post a Comment