Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, August 21, 2011

TG Hj Salleh - WAJIB sokong PAS



Al Alim Al Alamah Tn Guru Hj Salleh bin Musa , merupakan ulama yang belajar dari guru muktabar di Makkah . Semua guru beliau orang kenali . Diantara guru beliau di Makkah adalah Syeikh Wan Ismail Makkah (PAK DA EIL MAKKAH  ) , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi bin Abbas , Syed Syed Amin Qutbi , Syeikh Yassin Al Fadhani , Syeikh Hassan Masyat , Tuan Guru Hj Ahyad , Tuan Guru Wan Ibrahim (PAK CHU HIM GAJAH MATI) . Beliau berguru dengan guru yang muktabar . Beliau merupakan ulama Ahli Sunnah yang paling dikenali sekarang bukan sahaja di Asia , bahkan ulama Arab mengenali dan menghormati beliau . Beliau merupakan tokoh ulama yang tegas dan terbuka . Beliau kuat menentang wahabi tetapi dengan cara hikmah dan tidak berfikiran tertutup . Beliau bukan sahaja kuat mempertahan Ahli Sunnah tetapi beliau melawan kezaliman pemerintah . INI GURU PONDOK SEBENAR YANG BERAMAL DENGAN ILMU . TUAN GURU HJ SALLEH merupakan ulama yang sangat pakar dan halusi dalam ILMU TAUHID  dan  KITAB KUNING  . 
Pendekatan yang diambil beliau adalah hikmah , semua orang samada kawan atau lawan dapat terima hujjah beliau . Seluruh masyarakat tunduk kepada beliau , inilah dikatakkan Murabbi permata ummah . 


Beliau sekarang berusia 83 tahun dan sekarang beliau Alhamdulillah masih Istiqamah mengajar dan menyebar ilmu dan mempertahan Aqidah Ahli Sunnah dan dalam masa yang sama masih kuat berjuang melawan kebatilan dan kezaliman pemerintah . 
ULAMA seperti ini sukar dicari ganti . Beliau tiadak gerun menegur samada pemimpin negara , pemimpin pakatan dan sebagainya . Beliau berpendirian tegas . Dalam isu PAS atau UMNO beliau memilih PAS sebagai medan perjuangannya . Beliau tidak mudah makan pujuk isu semasa dari pihak UMNO yang sememangnya UMNO ini bremuka -muka . 


Tn Guru Hj Salleh tidak kira siapa , Sultan pun beliau tegur . Beliau amanah dengan ilmu yang ada pada beliau . Tetokohan beliau dan kehalusan penyampaaian beliau Alhamdulillah kini beliau berjaya mengembangkan ilmu beliau dan masyarakat menerima beliau sebagai MURABBI yang sukar dicari ganti . Kuliah beliau di Kedah sekarang sangat panas dan ramai yang berpuas hati belajar dengan beliau . Peyampaiaan yang halusi , tegas , lantang , berani , berhikmah . Ketokohan beliau sangat dikagumi . 
Ribuan murid beliau hadir di pondok beliau setiap hari jumaat untuk menuntut ilmu dan terima tarbiah dari guru mursyid . 


Tahun 2010 hingga 2011 sermai tidak kurang dari 10 orang ulama Arab datang menziarahi beliau untuk memberi penghormatan kepada beliau sebagai murid Syeik Yassin Faddani yang sangat mashur sekarang . Sukar dicari ulama yang berusia lama seperti beliau yang masih kuat menjalankan kerja dakwah dan kebajikan
 SYEIKH YUSSUF HASSANI- LUBNAN
 HABIB KAZIM -YAMAN
 SYEIKH MUHAMMAD IBRAHIM -MESIR
 SYEIKH HABIB -JORDEN
SYEIKH ABDULLAH JIDDAH -MAKKAH


SYEIKH FIROS ,- DAMSYIK

HABIB MAHDI ABD HAMID YAMAN DAN HABIB UMAR ABD HAMID- YAMAN

TN GURU HJ HAMID SELIGI- KELANTAN
BABA ABDULLAH- MAKKAH .
HABIB ALI -INDONESIA

Dan Ramai ulama lagi tidak mampu saya letak keseluruhannya .
Tuan Guru bukan sahaja dikenali oleh para alim ulama bahkan di pihak Istana
Sultan Kedah telah perkenan meanugerahkan pingat Setia Diraja Kedah S.D.K , Bintang Khidmat Masyarakat B.K.M dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009 . 
Tn Guru pernah menjadi Ahli Fatwa Kerajaan Negeri Kedah selama 10 tahun

TOKOH GURU PONDOK KEDAH 2010

Nasihat saya pada saudara marilah kita bersama ulama seperti Tn Guru Hj Salleh untuk kita mantapkan saf perjuangan untuk Islam . Kita perlu terbuka dalam ikthilaf , kita baiki yang mana yang tidak betul , jang kita marah... Ilmu kita SANGAT CETEK jika hendak kita bandingkan dengan Tn Guru Hj Salleh dan rakan-rakan beliau seprerti ALLAHYARHAM  TN GURU HJ ABDULLAH LUBUK TAPAH
DAN SEPERTI TN GURU HJ OMAR ZUHDI PONDOK LANAI KEDAH ,
TN GURU HJ OMAR ZUHDI ,ULAMA MASHUR YANG KUAT MENDOKONG PERJUANGAN 
ISLAM didalam PAS . 

TN GURU HJ SALLEH BERJUANG KERANA TANGGUNGJAWAB YANG BELIAU RASA PERKARA ITU FARDHU . BELIAU MENOLAK SEGALA JAWATAN PARTI . BELIAU BERJUANG BUKAN KERANA KEPENTINGAN ! BELIAU BERJUANG DEMI ISLAM TERCINTA . BELIAU YAKIN PAS YANG MAMPU PERINTAH BUKAN UMNO!!!!!

Sekarang beliau menjadi tempat rujukan pimpinan PAS dan PR
 MB Kedah akrab dengan Tn Guru dan menasihati beliau andai terlajak langkah
Anwar Ibrahim akrab dengan Tn Guru dan sering menghubungi Tn Guru agar Tn Guru doakan belaiu

1 comment:

  1. Assalamulaikum..

    dari blog asal omar zuhdi hasil nukilan anaknya sendiri...

    http://omarzuhditokayah.blogspot.com/

    Sila la FOLLOW ya, Syukran... :)

    ReplyDelete

ampuni kami