Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, August 14, 2011

PAS serah pada JAIS ambil tindakan tegas keatas usaha memurtadkan Ummat Islam ! PAS sokong JAIS


14 Ramadan 1432 H | 14 August 2011
Oleh : Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Apabila tercetusnya isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap penganjuran program di Damansara Utama Methodist Church, tidak semena-mena media arus perdana bertindak memaparkan berita dengan tujuan untuk melonjakkan UMNO menjadi juara mempertahankan Islam, seolah-olah memang benarlah UMNO adalah sebuah parti gagah perkasa yang mempertahankan Islam. 

Perlu diketahui bahawa pertembungan agama untuk mencari penganut bukan perkara baru, kerana ianya berlaku sejak dari zaman Nabi Adam sehinggalah tamatnya ajal dunia ini. Umat Islam yang beriman bahawa mereka adalah penganut  agama para rasul yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W. wajib mempertahankan agama mereka dan menyebarkannya kepada seluruh manusia. Namun dilarang melakukan paksaan, kerana Islam itu bukan sahaja ucapan secara lisan, ianya hendaklah disertakan dengan iman dan dinyatakan dengan amalan yang ikhlas.
Rasulullah S.A.W. mengizinkan penganut agama lain wujud dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadi rakyat, yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama  menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.
Dalam masa yang sama Islam mewajibkan  penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya. Zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran neraka kepada orang Islam yeng mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.
Al Quran meletakkan garis panduan dalam surah Al Haj, ayat 40 :
Maksudnya :“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

...............................................
NGO Islam gesa akhbar jangan putarbelit isu akidah Islam


Sidang meja bulat NGO Islam yang semalam meluluskan 10 resolusi termasuk menggesa supaya isu berkaitan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Selain itu, mereka juga menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha memurtadkan umat Islam sebagaimana tuntutan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan bekas pengerusinya.

NONEMereka juga menuntut semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi Islam, termasuk meruntuh institusi pendidikan Islam, masjid dan surau, memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia kerana tindakan mereka telah mendorong agama Islam tidak dihormati.

Sidang meja bulat itu diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu turut disertai Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurut presiden IlMUAN, Dr Fuad Salleh, resolusi lain yang diluluskan dalam sidang meja bulat tersebut ialah: 

1. Bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.

2. Mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah agama rakyat.

4. Menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin.

5. Menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub.

6. Menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa.

9. Mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini.

Manakala NGO yang hadir di sidang meja bulat semalam turut bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam.

NGO yang hadir ialah Sekteriat Pemuda Perihatin, Yayasan Kepimpinan Malaysia, Ummah Prihatin Malaysia, ILMUAN, Pro– Guam, Perubatan Islam Darus Syifa', PAPISMA, GAMIS, INTELEK, PIMPINAN, ILMAM, Belia Islam Ampang (BISA), Ikatan Padu Rakyat Malaysia (IKATAN), Pertubuhan Muslim Professional (IMPROF), Ikatan Khidmat Muslim (I-Khidmat), Majlis Perundingan Melayu (MPM), GAGASAN, PMRAM, Usrah Kebajikan Profesional (UKP), Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD), Umah Care, Terap Care dan Tabung Kebajikan Al-Masakin


1 comment:

  1. aku setuju, kalau macam ni awal awal lagi kan bagus. ini putar sana putar sini baru nak buat kenyataan macam tu.Bila JAIS tak mahu bertemu bersemuka baru nak konal lepee.is is isssssss

    takbir....

    ReplyDelete