Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label jawab isu semasa. Show all posts
Showing posts with label jawab isu semasa. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Tuan Guru Haji Salleh Musa minta Tuan Guru Haji Hadi pertahankan Amanat


Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Mudir Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah merupakan tokoh ulama Kedah
berusia 85 tahun yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di Malaysia meminta Tn Guru Hj Hadi Awang mempertahankan Amanat 1981
Amanat tersebut tidak perlu ditarik semula kerana bertepatan dengan hukum agama kata Tuan Guru Hj Salleh Musa

Tn Guru Hj Salleh berkata ucapan Tn Guru Hj Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan UMNO pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud , mempersenda hukum Allah , mempersenda sunnah Rasulullah SAW . Banyak perkara UMNO buat yang bertentangan dengan syaraq dan aqidah, yang paling nyata kesalahan UMNO adalah kerana asingkan agama dari politik  .

Tuan Guru Hj Salleh amat kecewa dengan isu amanat ini yang sengaja dimainkan UMNO yang sangat ketandusan isu . Tn Guru Hj Salleh berkata Insyallah isu ini tidak lama , nanti depa (mereka /UMNO ) akan diam .
Golongan agama seperti beberapa orang mufti dan termasuk Hassan Ali tidak amanah dengan ilmu .
Contohya Hassan Ali mengapa dulu masa ada jawatan dalam PAS tidak bangkitkan isu ini hingga dia dapat jadi exco PAS di Selangor ? Mengapa sekarang Hassan Ali baru bersuara , ini menunjukkan Hassan Ali tidak ikhlas berjuang .
Begitu juga Tn Guru Hj Salleh menemplak JAKIM dan beberapa orang mufti terutamanya Dato Harussani mengapa isu amanat ini dibesarkan ? Mengapa tidak tegur Mahathir yang kata " Baik kawan dengan syaitan yang dikenali dari malaikat " dan Mahathir berkata Malaikat ada yang baik dan ada yang jahat mengapa tidak ambil tindakkan , ini soal aqidah .
Begitu juga mengapa tidak ambil tindakan kepada Rahim Noor yang kata kepada Nik Aziz bapa kafir ?
Ini menunjukan ramai mufti jahat mufti pengampu kerajaan .
Begitu juga ramai pimpinan UMNO mempersenda hudud mengapa tidak diambil tindakkan dan mengapa tidak  dihebohkan ?

Tn Guru Hj Salleh menyeru ahli PAS supaya memperbanyakan doa munajat agar fithnah jahat UMNO/BN terhadap Tn Guru Hj Hadi dalam isu ini diangkat dengan segera .
Tn Guru Hj Salleh mengadakan munajat khas mengenai isu amanat Hj Hadi ini di Masjid Bukit Besar Yan pada 2.1.2013 lalu , kehadiran lebih kurang hampir 400 orang yang hadir . Tn Guru Hj Salleh Musa akan jelajah setiap daerah seluruh kedah menggerakan munajat bagi menghadapi pilihanraya 13.

Tn Guru Hj Salleh menghubungi Tn Guru Hj Hadi Jumaat lalu meminta Tn Guru Hj Hadi bersabar dan mempertahankan amanat  , Alhamdulillah Tn Guru Hj Hadi dengan berkata tak pa Tok Guru saya tenggah mengarang 100 alasan mengenai amanat ini Insyallah saya pertahankan.
TAKBIR!!!

Pertahan Amanat Hj Hadi 1981 (1)- Helmi Assyafie







Pertahan Amanat Hj Hadi 1981 - Helmi Assyafie

Wednesday, December 19, 2012

Di sebalik amanat Presiden PAS seorang berilmu

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,19 Dis 2012


“Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Mujaadalah 58 ayat 11)


Menerusi facebook saya semalam (4 Safar 1434/18 Disember 1434), saya memberi respons berikut:

“Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS menarik balik apa yang didakwa sebagai ‘Amanat Haji Hadi’. Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti. Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang. Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden PAS sebagai orang yang tidak tahu hukum-hakam. Boleh berbincang dengan cara yang elok dan tak perlu bermain politik partisan di dalam jubah mufti. Jangan jual harga mufti dengan murah.”

Respons ini telah menerima lebih daripada 1,200 komentar pembaca (setakat pagi tadi). Malah beberapa media cetak dan berita di internet turut mengulasnya. Ia suatu luahan pandangan yang mengandungi pelbagai nilai kefahaman.


Semoga semua nilai kefahaman itu akan menemui suatu jalan kebenaran di sebalik isu yang dianggap amanat Presiden PAS, seorang ulama dan ilmuan yang disegani.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)

Wallahu’alam.
ampuni kami