Pesan Guru kami yang mulia, Tuan Guru Baba Hj. Ismail Sepanjang Al-Fathoni حفظه الله تعالى di dalam Tausiyahnya
dengan sedikit alih bahasa & sedikit olahan:
Di akhir zaman ini, adanya dua jenis Ulama’ yakni Ulama’ Yang Baik & Ulamak Yang Jahat.. Ulamak Yang Jahat ini adalah Ulamak yang menyimpang Aqidahnya & Iktiqadnya daripada Aqidah & Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jama’ah kerana mereka bukan sahaja merosakkan diri mereka sendiri tetapi mereka juga akan merosakkan ummah itu sendiri.. Dan siapakah Ulama’ Yang Baik ini? Mereka ini adalah ﺍﻟْﻌُﻠُﻤَﺎﺀُ ﻭَﺭَﺛَﺔُ ﺍْﻷَﻧْﺒِﻴَﺎﺀِ...
Sepertimana di dalam hadis daripada Saidina Abu Darda' رضي الله عنه, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
ﺍﻟْﻌُﻠُﻤَﺎﺀُ ﻭَﺭَﺛَﺔُ ﺍْﻷَﻧْﺒِﻴَﺎﺀِ
“Ulama adalah pewaris para Nabi.”
( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )
Jika terjemah kalimah ﺍﻟْﻌُﻠُﻤَﺎﺀُ ﻭَﺭَﺛَﺔُ ﺍْﻷَﻧْﺒِﻴَﺎﺀِ dalam Bahasa Melayu, maka maknanya ialah, "Segala Orang Yang Meng-Pusakai (Menerima Harta Pusaka) Ilmu-Ilmu Para Nabi.." Pusaka ini sangat berat, sebab tak semua orang mampu tanggung & tak semua orang layak menerima pusaka… Para Nabi tidak meninggalkan harta pusaka, tetapi para Nabi meninggalkan harta yang lebih berharga daripada segala isi di langit & di bumi yakni PUSAKA ILMU…
Kekasih kita yakni Sayyiduna Nabi Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم meninggalkan kita semua hampir 1000 tahun lebih... Jarak masa antara kewafatan Nabi dengan zaman kita ini sudah mencecah 1439 tahun dalam calendar Hijrah… Jika kita tilik jarak masa yang begitu lama itu, bagaimana kita mampu nak kenal ugama? Bagaimana ilmu para Nabi itu nak sampai kepada kita semua? Bagaimana kita nak kenal akhirat sedangkan kita tak pernah berjumpa dengan akhirat pun? Dan bagaimana kita nak kenal Sayyiduna Rasulullah SAW صلى الله عليه وسلم sedangkan kita langsung tak pernah jumpa Baginda, tak pernah dengar suara Baginda bahkan tak pernah mimpi pun berjumpa dengan Baginda? Tak dapat tidak kena juga melalui jalanan para ‘Alim Ulama’ kerana Ulama’ adalah Wasilah (perantara) antara kita semua dengan khazanah ilmu daripada para Nabi…
Tapi alhamdulillah, ilmu para Nabi itu tak terputus mata rantainya yakni sanadnya sampai ke akhir zaman kerana masih adanya para ‘Alim Ulama’, bermula daripada mata rantai yang pertama iaitulah para Sahabat (orang yang pernah berjumpa dengan Sayyiduna Nabi Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم & beriman dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda), kemudian sambung dengan para Tabi’in (orang yang tak sempat berjumpa dengan Baginda Nabi tapi sempat berjumpa, beriman & belajar ilmu ugama dengan para Sahabat), kemudian sambung pula ke zaman para Tabi’ Tabi’in (orang yang tak sempat berjumpa dengan para Sahabat tapi sempat berjumpa, beriman & belajar ilmu ugama daripada para Ulama’ Tabi’in) & kemudiannya bersambung mata rantai tersebut dengan para ‘Alim Ulama’ (Imam Abu Hanifah رحمه الله, Imam As-Syafi’e رحمه الله, Imam Hambali رحمه الله, Imam Maliki رحمه الله) sampailah kepada para Ulama’ zaman kita sekarang ini… Segala ilmu itu bersambung melalui lisan, perbuatan & tulisan yang kemudiannya dibukukan di dalam kitab-kitab syarahan yang dikarang oleh para ‘Alim Ulama’ terdahulu…
Namun begitu, bila sampai zaman kita yakni di akhir zaman ini, timbul pula golongan-golongan yang berani & biadap kerana mencela para ‘Alim Ulama’… Semoga-moga, golongan ini dapat hidayah & kefahaman ilmu dan semoga-moga penyakit taksub (contoh penyakit taksub, “Kamu salah, aku betul… Aku betul, kamu salah”) mereka ini dapat disembuhkan dengan segera… Kerana, jika golongan ini faham ilmu & sembuh daripada penyakit taksub yang merebak di dalam jiwa mereka, insyaAllah mereka ini tidak akan berani mencela lagi kepada para ‘Alim Ulama’… Orang yang mencela Ulama’ ini sangat buruk adabnya...
Contoh, walaupun ibu bapa kita pukul atau denda kita sekalipun, wajib kita kena hormat mereka kerana dengan asbab daripada mereka berdua itu, maka lahirlah kita di dunia ini... Apatah lagi jika dengan para ‘Alim Ulama’, lagi wajib untuk kita hormat kepada mereka kerana selain daripada para Nabi, para Ulama’ juga boleh memberi syafa’at di hari akhirat bahkan kedudukan Ulama’ disisi Allah سبحانه وتعالى lebih tinggi & lagi mulia berbanding dengan ibu bapa kita… Maka orang yang suka mencela para ‘Alim Ulama’ ini, orang kampung panggil, SUKA CARI PENYAKIT…
Orang yang berani mencela para ‘Alim Ulama’ secara terang-terangan ini, mereka ini LUPA DIRI kerana jika tidak kerana para Ulama’, dari manakah dia nak dapatkan ilmu ugama? Adakah ilmu itu boleh dapat dengan sendiri tanpa melalui susur jalur daripada para Ulama’? Tak boleh sama sekali… Maka beringatlah bahawa di akhir zaman, apabila lahirnya orang yang berani mencela & melaknat kepada para ‘Alim Ulama’ yang terdahulu, maka seolah-olah secara tidak langsung, dia telah menghina & melaknat Sunnah Sayyiduna Nabi Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم… Dan apabila seseorang itu menghina & melaknat Sunnah daripada Sayyiduna Nabi Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم, maka orang itu sebenar-benarnya telah menghina & mengundang kemurkaan Allah سبحانه وتعالى serta azab seksa di akhirat sudah siap sedia menunggu untuk dibalas ke atas dirinya…
Sepatutnya, kita kena berterima kasih kepada para ‘Alim Ulama’ terdahulu supaya ilmu itu berkat & asbab daripada ilmu mereka serta kitab-kitab peninggalan mereka, kita masih dapat mengaji ilmu-ilmu ugama… Jika kita bersikap mencela mereka, nescaya segala ilmu yang kita ada itu tidak ada manfaat tapi akan mendatangkan MUDHARAT… Sebab itulah Sayyiduna Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada kita akan doa sepertimana di dalam hadis:
Sayyiduna Nabi ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ berdoa setiap pagi, dengan doa:
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻚَ ﻋِﻠْﻤﺎً ﻧَﺎﻓِﻌﺎً، ﻭَﺭِﺯْﻗﺎً ﻃَﻴِّﺒﺎً، ﻭَﻋَﻤَﻼً ﻣُﺘَﻘَﺒَّﻼً
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima“.
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu As-Sunni)
Dan juga Sayyiduna Nabi ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ berdoa, dengan doa:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﻧْﻔَﻌْﻨِﻲ ﺑِﻤَﺎ ﻋَﻠَّﻤْﺘَﻨِﻲ , ﻭَﻋَﻠِّﻤْﻨِﻲْ ﻣَﺎﻳَﻨْﻔَﻌُﻨِﻲْ , ﻭَ ﺯِﺩْﻧِﻲْ ﻋِﻠْﻤًﺎ
“Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan apa-apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa-apa yang bermanfaat bagiku, Dan tambahkanlah ilmu kepadaku.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Dan juga doa ini:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲْ ﺃَﻋُﻮْﺫُﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﻋِﻠْﻢٍ ﻟَﺎ ﻳَﻨْﻔَﻊُ , ﻭَﻣِﻦْ ﻗَﻠْﺐٍ ﻟَﺎ ﻳَﺨْﺸَﻊُ، ﻭَﻣِﻦْ ﻧَﻔْﺲٍ ﻟَﺎ ﺗَﺸْﺒَﻊُ، ﻭَ ﻣِﻦْ ﺩَﻋْﻮَﺓٍ ﻟَﺎ ﻳُﺴْﺘَﺠَﺎﺏُ ﻟَﻬَﺎ
“Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyu’, jiwa yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak dikabulkan.”
(Hadis Riwayat Muslim & An-Nasa’i)
Jika seseorang itu ada ilmu & pandai bercakap tapi berani menghina Ulama’ terdahulu, maka ilmunya itu tidak bermanfaat, suatu hari nanti ilmu yang dia ada itu akan mendatangkan MUDHARAT balik kepada dirinya asbab kerana dia berani menghina Ulama’ terdahulu… Sebab itulah saya nasihatkan, jika kita sebagai orang awam, apabila di dalam sesebuah majlis kita dengar sekelompok manusia itu sedang mencela Ulama’ maka seeloknya kita tinggalkanlah majlis tersebut kerana majlis itu tidak ada manfaat & rahmat bahkan hanya dapat dosa & kemurkaan Allah SWT sahaja...
Sepertimana kata Al-Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى, “Ketahuilah bahawasanya daging-daging Ulama’ itu diibaratkan daging yang mempunyai racun…”
Jika daging itu mempunyai racun, adakah kita sanggup memakannya? Contoh, air yang kita minum ini telah diketahui oleh kita bahawa ada orang letakkan racun, siapakah yang berani nak minum?? Kalau tak tahu, nescaya kita akan minum… Tapi kalau kita dah tahu & kita nampak ada orang letakkan racun, nescaya kita takkan berani nak minum air tersebut sebab kita tahu bahawa di dalam air itu adanya racun… Begitulah perumpamaannya dengan Ulama’ kerana daging Ulama’ ini mempunyai RACUN… Daging yang mempunyai racun, mudharatnya lebih merbahaya lagi daripada daging yang tidak ada racun… Jadi apa maksud daging Ulama’ itu mempunyai racun?
Maksudnya adalah orang yang mengumpat & mencela itu umpama pemakan daging sepertimana telah disebutkan di dalam Al-Quran… Adakah kita sanggup nak makan daging saudara kita telah mati? Sudahlah orang itu saudara kita bahkan dah mati pula, maka tergamakkah kita nak makan daging saudara kita yang dah mati? Sebab itulah orang yang mengumpat itu di ibaratkan orang yang makan daging… Jadi, jika kita mencela & mengumpat para Ulama’, maka daging Ulama’ itu lebih berbisa & lebih beracun daripada daging orang awam… Oleh itu jangan sesekali kita ini melibatkan diri kita di dalam perbuatan mencela & mengumpat para ‘Alim Ulama’… Semoga-moga kita semua dapat dijauhi daripada fitnah akhir zaman ini…
Dan semoga-moga kita semua dapat ilmu yang bermanfaat kerana ilmu itu ibarat NUR yakni CAHAYA… Nur ini takkan melekat pada hati orang yang suka mencela & sombong terhadap para Ulama’… Ilmu tinggi & pandai bercakap tapi ilmu itu mendatangkan mudharat bagi dirinya… Na’uzubillahi min dzalik… Akan tetapi, NUR ini akan melekat kepada hati yang mempunyai KEBERKATAN ILMU yang diperolehi hasil daripada kita ikhlas dalam menuntut ilmu, bertalaqqi dengan Guru yang Mursyid, beradab dengan para ‘Alim Ulama’ & akhir sekali, berkat doa daripada para Guru kita yang mendoakan kita… InsyaAllah ilmu yang kita pelajari itu akan berkat & bercahaya di dalam diri kita
No comments:
Post a Comment