Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, February 4, 2019

Tuan Guru Haji Hussin Che Dol

Al Allamah Tuan Guru Haji Hussin Che Dol ( 1904 - 1967  )

Lahir di Kampung Gajah Mati , Pendang dan ibunya Hajah Kalthom berasal dari Patani manakala ayahnya pula Al Allamah Tuan Guru Haji Ismail Che Dol merupakan ulamak besar anak murid kepada Tok Bendang Daya , Syeikh Wan Ahmad al Fathani dan Tuan Minal . Tuan Guru Haji Ismail Che Dol juga merupakan Pengasas Pondok Gajah Mati dan bapa mertua kepada Pak Chu Him Gajah Mati .

Diantara guru beliau ialah :

1. Al Allamah Tuan Guru Haji Ismail Che Dol ( Ayah beliau )
2. Tok Chaok ( Ahli Makrifat yang mahsyur di Patani )

Beliau juga merupakan menantu kepada Tok Chaok selepas berkahwin dengan Mariam anak perempuan Tok Chaok .

Tuan Guru Haji Hussain telah membuka pondok yang bernama Madrasah Al Akhlak Al Islamiah di Guar Cempedak .

Didalam politik pula , Tuan Guru merupakan salah seorang yang banyak berjasa dalam perkembangan PAS . Beliau merupakan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Utara dan merupakan pengerak pertama perkembangan PAS di Kelantan pada tahun 1953 hasil muzakarahnya dengan Al Allamah Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payong yang ketika itu diantara tokoh ulamak yang mahsyur di Kelantan .

Beliau meninggal dunia pada usia 63 tahun dan dikebumikan di Guar Cempedak , Kedah

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami