Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, February 17, 2019

Tok Mok Enggol / Tuan Guru Haji Hassan Mok Nggol

Al Allamah Tuan Guru Haji Hassan Mak Enggol ( 1896 - 1969 ).

Nama sebenar Pengasas Pondok Mak Enggol ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Muhammad Amin dan beliau lahir di Kampung Tedung , Rakak , Patani . Beliau juga merupakan ayah mertua kepada Tok Guru Kab Berangan Kelantan .

Beliau menuntut ilmu dengan 2 ulamak besar di Patani dan setelah itu beliau ke Mekah pada tahun 1924 .

Diantara guru guru beliau ialah :

1. Tok Mapat ( Belajar 5 tahun )
2. Arif Billah Tok Chaok - Mahsyur sebagai ahli Makrifat ( Belajar 4 tahun )
3. Al Allamah Arif Billah Tok Bermin
4. Syeikh Ali al Maliki - Ketua Feqh 4 Mazhab Mekah
5. Syeikh Mukhtar Attarid Bogor
6. Al Allamah Pak Cik Wan Daud al Fathani
7. Al Muhaqqiq Pak Da Eil Mekah
8. Syeikh Abdul Rahman al Hindi
9. Ash Syahid Tuan Guru Haji Sulong al Fathani

Beliau pulang ke Patani pada tahun 1930 dan mengajar di beberapa buah pondok . Beliau digelar "Faqih" oleh penduduk setempat kerana alim ilmu Fiqh .

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Mat Dagang - Pengasas Pondok  Bendang Pedur
2. Tok Guru Haji Kob -  Berangan, Tumpat, Kelantan ( Menantu beliau )
3. Tuan Guru Haji Ya’qub Pelapong
4. Tuan Guru Haji Abdul Majid -  Kok Min, Senggora
5. Tuan Guru Haji Ya’qub - Panjang, Rakak
6. Tuan Guru Haji Cik Pik - Cenok
7. Tuan Guru Haji Ramli - Bukit Senin , Kedah
8. Tuan Guru Haji Ya’qub - Kubang Saman
9. Tuan Guru Haji Husayn - Cenok, Kampung Banur
10. Tuan Guru Haji Abdul Rashid - Senggora
11. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng
12. Tuan Guru Haji Abdul Rashid Warak - Carak Kerian, Teluban
13. Tuan Guru Pak Su Lah - Perlis
14. Tuan Guru Haji Abdul Majid Tendung ( Menantu beliau )
14. Tuan Guru Haji Pak Cik - Tendung
15. Tuan Guru Haji Muhammad Ramli - Belukar Tengah, Rakak
16. Tuan Guru Haji Wan Nuh - Bendang Tal, Kelaba
17. Tuan Guru Haji Ya’qub - Bonggol Kekabu, Telaga Sembilan
18. Tuan Guru Li Caya
19. Tuan Guru Haji Awang - Tendung
20. Tuan Guru Haji Pak Cu Salam - Negeri Sembilan
21. Tuan Guru Haji Awang Jabat - Narathiwat
22. Tuan Guru Haji Muhammad - Hwa Khao, Senggora

Tuan Guru dilantik menjadi panel hakim Majlis Agama Islam Patani selepas perang dunia ke 2 . Beliau juga aktif didalam pertubuhan yang diasaskan oleh guru beliau Ash Syahid Tuan Guru Haji Sulong al Fathani . Beliau meninggal dunia ketika berusia 73 tahun .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Terima kasih Ustaz, Besar manfaat penulisan Ustaz ni. Almarhom Tok penakan saya anak murid Tuan Guru Hj Hasan....Dok dgr2 cerita saja, tp akhirnya dpt juga tatap gambar Tok Guru Hj Hasan....TERUSKAN USAHA USTAZ.Memang sgt2 memberi manfaat.

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tanya ? Adakah tuan/puan mempunyai apa2 informasi tentang salasilah dan asal keturunan Beliau ?
    Maksud saya, adakah Beliau mempunyai apa2 hubungan dengan Rasulullah ?

    ReplyDelete

ampuni kami