Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, September 10, 2013

Ziarah Dato' Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Bin Hj. Ahmad, Dato Mufti Negeri Kedah

Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Hj. Ahmad 

Sarjana Muda di Nadwatul Ulama', Lucknow, India

Pada tahun 1980 beliau berangkat ke Mesir untuk menyambung pengajian dalam bidang Ilmu Hadis

Berjaya memperolehi Ijazah Sarjana (M.A) peringkat mumtaz setelah menyampaikan tesis 1000 mukasurat yang menghuraikan dan mengkategorikan Sunan Baihaqi di bawah seliaan Prof. Dr. Muhammad Umar Hashim, Rector Al-Azhar.

Ahli Majlis Agama Islam Kedah, Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa PERKIM Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah

Dekan Kulliyyah Usulluddin selama dua penggal iaitu selama 6 tahun

Tokoh Pendakwah Negeri Kedah sempena sambutan Maulidur Rasul. Anugerah itu telah disampaikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah semasa Majlis Pelancaran Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah pada 1 Mei 2004 bersamaan 12 Rabiulawal 1425.

Kenangan Helmi Assyafie bersama  Dato Paduka Syeikh Muhammad Baderudin


 10. 9.2013
 Ziarah   Dato Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Bin Haji Ahmad 
 jam 11.30 pagi 
 Allhamdulillah pagi tadi sempat jumpa Dato Mufti Negeri Kedah di Pejabat beliau .
 Pagi tadi saya pergi ke pejabat pendaftaran bagi urusan pendaftaran anak yang ke dua iaitu Fathonah Al Husna 
 yang sudah masuk hari ke 3 kelahirannya , Alhamdulillah urusan pendaftaran sudah selesai saya mengambil  kesempatan untuk ke Pejabat Mufti yang berdekatan pejabat pendaftaran . Tujuan saya untuk ambil risalah  tentang Kesesatan Syiah .Apabila naik ke jabatan Mufti saya dilayan baik oleh kakitangan di situ , sebelum  pulang saya melihat Dato sedang telaah kitab , saya beri salam maka Dato terus jawab salam dan minta saya  terus duduk , Dato borak panjang cerita banyak isu berkaitan perkembangan isu Islam khususnya isu Syiah dan  Wahabi .

Dato Mufti dalam perbualan selama setengah jam tadi mengupaskan isu isu semasa politik Kedah , isu perkembangan pendidikan Pondok ,perkembangan Ulama -ulama di Kedah, Ijtima Ulama Kedah , yang paling hangat Dato mengupaskan isu Syiah dan Wahabi . 



Beliau berkata ;
" Kita tak boleh duduk diam(tidak boleh berdiam diri), kita kena(perlu) lawan habis habisan Syiah ni , Syiah terok sangat sampai (sehinggakan) nak(hendak) doa pun kena maki sahabat , ni dah teruk...kita(ilmuan agama) kena(perlu)  bangkit , Tok -Tok guru pondok kena(perlu) bangkit , kita jangan kira parti PAS atau UMNO , Syiah kita kena lawan bagi jatuh perabih buang !" 
Dato Mufti sungguh semangat kupaskan isu Syiah panjang, ada juga dato dedahkan individu dalaman parti yang Syiah . 
Politik politik juga tapi pempimpin Syiah bagi jatuh buang lah kali ni,  kata Dato.
Saya setuju kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong calon ulama dalam kepimpinan 
presiden dan naib presiden seperti kenyataan Tok Guru Nik Aziz .



Dato  berkata lagi 
'Wahabi pun kita kena lawan , kita tak boleh biar depa(mereka merujuk kepada wahabi) ni , kita kena lawan habis haisan , wahabi jangan masuk Kedah -saya dah bagi amaran pada pihak atasan " kata Dato 

Tentang IJTIMA ULAMA 
Saya bertanya apa pandangan Dato dengan Majlis Ijtima Ulama yang telah kami anjurkan sebelum ini 
Jawab Dato Mufti " Teruskan buat , Tok Tok Guru kena (perlu) bersuara terutamanya isu Syiah dan Wahabi " 
Dato amat gembira dengan majlis Ijtima Ulama katanya seronok himpun Tok Tok Guru duduk sekali (berada didalam satu majlis Mahabbah ) .

ALHAMDULILLAH , Kedah memiliki Tokoh Mufti , Ulama Rabbani yang sentiasa menjaga Kedaulatan Islam   . 
Tidak kira fahaman politik mana -mana tak kira MB dari PAS atau MB dari UMNO tugas mufti adalah tugas agama , amanah mereka AJK Fatwa Negeri Kedah dibawah Mufti adalah amanah ilmu yang Allah kurniakan kepada mereka . 

Masa PAS memerintah mereka laksana tugas ikut syariat dan masa UMNO memerintah mereka perintah ikut syariat yang pastinya Dato Mufti sebagai orang yang tegas menegur kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan atasan mengikut kadar kemampuan beliau . ALHAMDULILLAH yang paling bersyukur Dato Mufti sangat bersemangat untuk PERTAHANKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH dan AKAN LAWAN SYIAH DAN WAHABI HABIS HABISAN ....TAKBIR!!!

Rasa bersemangat mendengar kata-kata mutiara dari Dato pagi tadi , ALHAMDULILLAH 
moga memperolehi Berkat dari ALLAH , 
Moga Allah panjangkan usia Dato Mufti dalam keberkatan dan kuatkan Dato dalam meneruskan perjuangan untuk Ummah terutamanya Ahli Sunnah Walm Jamaah ameen YA ALLAH...
ALLAH sangat indah akhlak Dato Mufti kita dalam kesibukan , beliau tengah mentelaah kitab tadi dan tengah nak semak dokumen untuk mengadap YDP Agong esok beliau masih mampu melayan dan berborak dengan saya hampir setengah jam , itu pun saya dah tiga kali minta izin nak pulang , MasyAllah sungguh luar biasa akhlak Mufti kesayangan ku ini ...
Apabila dijemput ke Majlis Ijtima Ulama anjuran Persatuan Pelajar Pondok Tauhid beliau tidak pernah tolak sehinggakan pulang jam 1 pagi pun beliau masih meraikan majlis , Allah....
Moga Allah berkati Dato Syeikh Muhammad Baderudin 
http://mufti.kedah.gov.my/

No comments:

Post a Comment

ampuni kami