Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, May 8, 2012

Nik Aziz is father of kafir? - Pembelaan terhadap Tn Guru Nik Aziz

Belum selesai isu Fatwa Bersih Haram , pening memikirkan masalah hukum , datang pula isu Rahim Noor hukum Tn Guru Nik Aziz Bapak Kafir. Bagi saya PAS harus ambil tindakkan jika Rahim Noor tidak tarik balik kenyataan beliau kerana kenyataan beliau disiarkan akhbar tempatan , isu ini merupakan isu umum dan isu Aqidah sangat sensitif
Kenyataan ini amat keterlaluan , melampau sangat . Saya lontarkan pendangan saya sebagai anak Malaysia agar masyarakat umum dapat menilai yang mana yang beto yang mana yang salah . 
Hukum Islam sesorang mukmin tidak boleh menghukum orang mukmin lain sebagai kafir jika tidak nyata perbuatan sesorang itu membawa kepada batal Islamnya , jika tidak perkataan kafir itu akan kembali kepada beliau . Ini soal Aqidah . Rahim Nor siapa beliau nak hukum Tn Guru Nik Aziz ? 
Adakah Rahim Noor ulama ? 
Andai beliau tidak setuju dengan Bersih pun jangan campur aduk dengan isu aqidah ,ternyata nampak kejahilan beliau dalam soal agama . Isu Bersih Rahim Noor tidak faham , kita berhimpun bukan kerana Ambiga kita berhimpun kerana Menuntut 8 perkara , bukan kita hendak buat rusuhan , jika polis tidak lepas gas pemedih mata , jika polis tidak pukul orang maka perhimpunan itu tetap aman . Sapa yang merusuh? , Rakyat hanya duduk dan bantah mengapa kerajaan bekeras dengan rakyat? . Siapa yang nak gulingkan kerajaan  Najib sekarang ? Kita bukan macam Najib yang ada pengalaman rampas Perak sebelum sampai masa untuk rakyat tentu , kita hanya hendak menuntut 8 perkara yang digariskan Bersih 3. 
Kenyataan Rahim Noor terhadap Tn Guru Nik Aziz amat berat disisi hukum Islam terutamanya soal Aqidah.
Saya berharap Rahim Noor bertaubat segera dan menarik semula kenyataan beliau terhadap YAB Menteri Besar Kelantan . 
Sebagai bekas ketua polis saya harap Rahim Noor tunjuk tauladan dan akhlak  mulia supaya orang ramai ikut dan menjadi tauladan pada agama lain . Jangan rasa diri hero , kita semua akan mati , kita semua akan disoal dalam kubur , kita semua akan disoal dihadapan Allah kelak ...
Catatan Helmi Assyafie 6.15 petang 8.5.2012

Pandangan Tn Ibrahim Tn Man dalam isu Kenyataan Rahim Noor
KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dan News Straits Times (NST) atas kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tindakan NST yang sanggup melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej akhbar tersebut yang baru-baru ini tercalar teruk kerana dibukti memutar-belitkan kata-kata Senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.


“Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.
Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?” soal beliau.

Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.
“Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.

"Maka kaedah feqah jelas menyebut sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya,” terang beliau. 

PAS, kata Tuan Ibrahim tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.

“Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah.  Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
PAS Pusat melalui Lujnah Guaman, katanya akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.
“Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita. Ahli-ahli PAS diseru fokus pada kerja pilihanraya kerana ini sebahagian mainan media untuk mengalihkan fokus utama kita, di saat menjelang PRU ke 13,” nasihat beliau - Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

ampuni kami