Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, May 13, 2010

KITAB TAUHID...BAKURAHTUL AMANI...SYEIKH ISMAIL AL FATANI RA


Kitab  BAKURAHTUL AMANI mestilah diberi penekanan dalam mendalami ilmu tauhid Aliran Asyairah bagi uamat melayu nusantara. 
Kiatb ini dikarang oleh tokoh ulama nusantara yang mengajar di Makkah iaitulah AL ALIM AL ALAMAH SYEIKH ISMAIL B WAN ABDUL QADIR . 
Kitab ini menurut sanad dari Tn Guru saya , Tn Guru Hj Salleh ..kitab ini dikarang atas permintaan HJ AHMAD iaitu salah seorang anak murid PAK DA EIL yang tinggal di TOBIR , PENDANG KEDAH .
Hj Ahmad minta gurunya tulis ringkasan SIFAT 20(ILMU TAUHID) kepada rakannya yang bernama Hj Mad Hassan pada tahun 1335h . 

Setelah selesai karangan beliau , maka Hj Hassan bawa pulang risalah itu ke pondoknya .
Ramai pelajar pondok merasa pelik dengan karangan ini , kerana banyak terjemahan tidak sama dengan kitab jawi yang lama2 . Ada diantara mereka kata salah dan ada yang berdiam  sahaja dan ada yang mempertahan hujjah ulama tersyohor ini . 
Apabila menjadi perbalahan maka kebetulam PAK DA EIL masih ada di Kedah dan belum pulang ke Makkah lagi . Maka mereka pergi bertanya untuk mendapat penjelasan dan kepastian dari empunya tulisan . 
Maka PAK DA EIL menghurai dan menerangkan kepada mereka dengan cara ditil mengikut kaedah nahu tatabahasa bahasa arab , maka mereka pun terima dengan dada yang lapang ...
Lebih kurang 4 ke 5 tahun mereka mohon kepada PAK DA EIL supaya PAK DA EIL mensyarahkan dengan lebih ditil maksud matan yang PAK DA EIL  tulis kepada Hj Hassan . 
Maka PAK DA EIL pun terima dan syarahkan matan itu . 
Pada tahun 1358h selesai karangan beliau yang mulia . 

Setiap umat melayu yang ingin memantapkan ilmu tauhid aliran ahli sunnah maka perlu mendalami KITAB BAKURAH  kerana pembahasannya ditil dan sangat2 halusi dan mendalam . 
TN GURU HJ SALLEH pernah berkata kepada saya" KALAU MU(KAMU) DALAMI  DAN KUASAI KITAB BAKURAH , MAKA MU(KAMU ) DAPAT MENGUASAI ILMU TAUHID SEPENUHNYA , BACA KITAB TAUHID LAIN MUDAH FAHAM ...
Saya bersama TN GURU serta rakan2 berazam akan menbuat sambutan perayaan JUBLI EMAS memperingati 100tahun KITAB BAKURAH dan TAHLIL PERDANA untuk GURU MULIA , TOKOH TAUHID NUSANTARA ALLAHYARHAM SYEIKH ISMAIL( MA'LA) AL FATANI RA ...lebih kurang 5 tahun lagi jika dipanjangkan umur kami INSYALLAH ...
INSYALLAH saya akan buat ringkasan kitab mulia ini dalam tulisan yang akan datang . Tolong doa agar saya dapat taufiq , kekuatan dalam kerja kebajikan dan amal taat. Mudahan ALLAH SWT memelihara imam kita bersama AMIN

No comments:

Post a Comment

ampuni kami