Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, April 5, 2011

Kisah menarik Syeikh Abdul Karim al-Banjari

Dari blog  Ibnufatahani
http://rijalmuhibbin.blogspot.com/2011/04/kisah-menarik-syeikh-abdul-karim-al.html

Salam mahabbah buat pengunjung dan sahabat2 semua. Pernah dengar nama tokoh ini. Syeikh Abdul Karim Banjar. Beliau merupakan salah seorang syaikh besar yang mengajar di Makkah dan merupakan guru kepada Syeikhuna Tuan Guru Haji Salleh Sik, Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Kali ini, bukanlah niat saya untuk memperkenalkan keperibadian beliau Cuma ingin berkongsi kisah menarik beliau saat beliau rahimullah menceritakan pengelaman beliau ketika membuat lawatan ke Malaysia
Syiekh pada ketika itu baru pulang dari lawatannya ke Malaysia. Beliau menceritakan bagaimana seronoknya berjumpa dengan pemimpin Malaysia. Maka seorang jemaah pun bertanya : Jumpa Perdana Menteri ke? Jawab beliau : Tidak, saya berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang alim. TG Nik Aziz berkata kepada beliau : Saya sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang alim yang mengajar di Masjidil Haram. Jawab al-Syeikh : Tuan memang bertuah, kerana saya cuma mengajar, akan tetapi Tuan mengajar dan mengamalkannya
Timbul satu soalan dari para jemaah : Benar ke TG Nik Aziz ini seorang ulama’? Dengar kata beliau “mempergunakan al-Quran” untuk kepentingan parti? Jawab al-Syeikh seolah-olah terperanjat : Habis, mau guna apa, kalau tidak menggunakan al-Quran? Apa kalian mahu guna Bible?? Kalau orang Kristian boleh menggunakan Bible, kenapa orang Islam tidak boleh menggunakan atau mempergunakan al-Quran? Bukankah al-Quran itu perlu digunakan? Maka, orang bertanya itu pun angguk-angguk tanda faham

No comments:

Post a Comment

ampuni kami