Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, April 3, 2011

Insiden bakar al-Quran

Harakahdaily
Insiden bakar al-Quran, PAS salahkan Amerika
KUALA LUMPUR, 4 April: Tindakan tidak bertamadun Pastor Terry Jones dari Florida yang membakar al-Quran pada 20 Mac yang lalu adalah hasil daripada dasar Amerika Syarikat (AS) yang mengganggap Islam agama keganasan dan teroris, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS membantah keras sikap biadap Jones tempoh hari dan menggesa kerajaan AS mengambil tindakan segera ke atas tindakan provokatif tersebut.

Menurutnya lagi, PAS akan mengerakkan satu bantahan besar dan keras dalam masa terdekat bagi menyatakan kekesalan terhadap tindakan biadap Jones yang terang-terang menghiris perasaan umat Islam seluruh dunia.
Media antarabangsa Reuters melaporkan bahawa tindakan Jones, 58, yang mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dalam insiden membakar al-Quran pada 20 Mac yang lalu telah menyebabkan beribu penunjuk perasaan di utara Afghanistan.
Mereka menyerbu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sana dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, sebahagian besarnya kakitangan asing sehinggakan ada mangsa yang dipenggal kepala.
Protes berdarah itu diadakan selepas solat Jumaat di bandar Mazar-i-Sharif.

“Umat Islam sangat kecewa, geram dan marah dengan tragedi hitam dalam sejarah moden ini, yang sepatutnya seluruh dunia menghormati ajaran agama masing-masing.

"Tindakan yang tidak bertamadun ini merupakan gambaran kegagalan AS mendidik rakyatnya untuk menghormati perbezaan agama dan ia lahir daripada dasar AS yang menganggap Islam sbagai teroris dan penganjur keganasan,” ujar Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menambah bahawa kejadian di Afghanistan telah menunjukkan secara nyata bahawa dasar AS tersebut kini bagaikan senjata makan tuan dan akan menjadi titik permulaan kepada kebangkitan kemarahan rakyat terhadap tindakan biadap Jones.

Namun, ini bukan kali pertama Jones, seorang pastor fundamentalis dan ketua gereja kecil di Gainesville, Florida menghina umat Islam dengan mendakwa terdapat bahagian-bahagian dalam kitab al-Quran boleh membawa kepada elemen keganasan.

Tahun lepas sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001, beliau mencetuskan ketegangan antarabangsa dengan ugutan mahu membakar al-Quran, namun rancangannya dibatalkan selepas campur tangan White House.
Seramai tujuh orang terbunuh dalam protes di Afgahanistan dan beberapa negara Islam lain turut bangun memprotes ketika itu

No comments:

Post a Comment

ampuni kami