PENDIDIKAN adalah elemen penting dalam pembentukan jati diri dan keperibadian orang Islam. Keimanan tinggi terhasil daripada pendidikan bersepadu yang tidak dapat disanggah oleh sebarang anasir luaran.
Jika kita mengamati tempoh dilalui Rasulullah SAW semasa di Makkah, ia tertegak atas dua prinsip pendidikan yang mantap iaitu pendidikan akidah kepada keesaan Allah dan pendidikan ke arah pembersihan jiwa melalui nilai akhlak dan teladan yang tinggi.
Pengaruh akidah dalam pendidikan penting kerana apabila jiwa bersih itu mencapai puncak keimanan, ia akan menjadi kukuh bagai gunung-ganang yang tinggi seperti pendirian Rasulullah SAW sewaktu Baginda dikelilingi anasir jahat yang cuba memusnahkan agama Islam.
Pesanan tegas Rasulullah ini amat mendalam maknanya dan manifestasi kejituan akidah Baginda. Sabda Baginda yang maksudnya: “Demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku, supaya aku meninggalkan agama ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan atau aku binasa tanpanya.”
Pendidikan pada zaman Rasulullah adalah bersepadu, disulam antara perkara duniawi dengan ukhrawi. Ia tidak memisahkan keduanya demi mencapai akidah yang sejahtera. Inilah pendekatan Rasulullah dalam mendidik sahabat Baginda yang kemudiannya membentuk generasi berteraskan al-Quran.
Syor Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan seks di sekolah mendapat reaksi pelbagai, ada yang menyokong dan tidak kurang membantah.
Terbaru, Persatuan Ulama Malaysia meminta diadakan penerangan mengenai sukatan pelajaran pendidikan di sekolah. Hal demikian mungkin terhasil kerana kekurangan maklumat mengenai syor kerajaan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah.
Apatah lagi jika modul pendidikan seks yang diambil itu berdasarkan pendidikan seks di Barat kerana seks di sana sudah menjadi norma masyarakat sedangkan di Malaysia gaya hidup ketimuran masih dipertahankan.
Pendidikan seks yang dicadangkan seharusnya memberi penekanan aspek keagamaan dan ketimuran. Mungkin alternatif lebih baik ialah mentransformasi pendidikan agama di sekolah kepada objektif mengukuhkan akidah pelajar dan pada masa sama menerap nilai murni dan sahsiah diri.
Dengan kemantapan akidah, sudah pasti apapun ujian yang hadir akan dapat ditangkis. Kalimah tauhid yang menjadi pemangkin kepada akhlak mulia mempunyai pengaruh besar kepada keperibadian seseorang.
Berbalik kepada pendidikan seks di sekolah, saya berpandangan penting elemen kerohanian berteraskan agama Islam diberikan penekanan sepenuhnya. Metodologi pendidikan Islam harus ditransformasi bagi memberi peluang guru agama mengajar pendidikan seks mengikut acuan yang disediakan oleh agama.
Mewujudkan sesuatu mata pelajaran baru yang asing daripada subjek lain akan hanya menambah beban kepada guru dan murid.
Manakala memasukkan beberapa tajuk dalam mata pelajaran sedia ada dan memisahkan daripada agama, memberi isyarat kepada pelajar Islam bahawa melakukan seks adalah norma masyarakat Islam dan melakukannya tanpa pernikahan diterima oleh masyarakat.
Islam sudah menggariskan seks dengan terperinci. Pada saat seseorang itu mencapai umur baligh dan ditaklifkan dengan dosa serta pahala sudah diajar cara penyucian diri, kebersihan fizikal dan rohani.
Selain itu, pelajar juga perlu diingatkan mengenai tanggungjawab mereka untuk menggalas dosa dan pahala. Pertimbangan inilah yang perlu disemai kepada yang baru mencapai umur baligh dan menyediakan mereka ke alam kematangan.
Apabila pelajar ini matang, dengan berbekalkan akidah yang mantap, sudah pasti mereka tidak mudah terjebak ke lembah hina untuk melakukan seks di luar nikah ataupun lebih dahsyat lagi, terjerumus ke alam pelacuran.
Dalam apa juga keadaan, agama sama sekali tidak boleh dipinggirkan. Memperkenalkan suatu perkara baru yang begitu asing daripada adat dan susun atur masyarakat perlu dikaji. Agama aspek penting yang membentuk jati diri orang Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
No comments:
Post a Comment