Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, December 9, 2010

Hab hiburan bakal hancurkan Malaysia seperti Lubnan

Lebanon adalah sebuah negara Arab yang kedudukannya mengadap Laut Mediteranean. Muka bumi, pantai dan rakyatnya yang cantik itulah tanda pengenalannya Negara Lebanon. Kota Beirut adalah ibu negaranya. Beirut terkenal sebagai “Paris Timur” kerana apa yang ada di Paris Peranchis itulah yang ada di Lebanon.
Segala-galanya ada di Beirut. Kasino, disko, arak dan pelacur tersedia dan terhidang untuk warga Arab dari seluruh Negara Arab yang kaya raya mengunjungi Lebanon. Suasana kehidupan di Beirut tidak ubah seperti Paris.
Itu sebelum tahun 1971. Sebelum Perang Saudara. Dan sebelum Lebanon jadi sasaran hebat Israel.
Kini segala-galanya musnah. Beirut tidak ubah menjadi medan “permainan perang”. Antara Hizbollah dengan Israel. Antara Tentera Lebanon dengan Gerila. Juga bumi untuk bermusuh seteru politik. Pembunuhan musuh politik sering terjadi. Pembunuhan Presiden Bashir Gimayel 1982 dan Perdana Menteri Hariri menghiasi suasana Lebanon kini.
Jika dahulu sebelum tahun 1971, Lebanon terkenal dengan pusat pelancongan, kasino, arak dan pelacur sebagai tarikan pelancong, kini Lebanon kehilangan segala-galanya. Siren serangan udara bila-bila masa akan kedengaran tanda jet Israel menyerang. Rakyat hidup dalam ketakutan. Derita perang.
Allah Taala tarik nikmat kemakmuran hasil kejahatan tangan-tangan manusia mencipta dosa dan maksiat.
Kini Malaysia ingin menjejaki Lebanon sebelum tahun 1971. Setelah kehadiran pelabur semakin berkurangan. Setelah nama Malaysia “busuk” dengan korupsi dan kehakiman yang menjunam. Tiba-tiba PMNajib ingin mencari sumber kewangan baru dengan menjadikan Malaysia melalui ETP sebagai hub hiburan. Bakal di bina disko berprestij tinggi dan kelonggaran peraturan hiburan untuk pelancong luar.
Apabila disko bertambah dan peraturan hiburan dilonggarkan demi pelancong asing, ini bermakna Malaysia bakal dilanda dosa arak, dadah, zina, pembunuhan, penceraian dan jenayah yang dahsyat. Lebih ditakuti bakal ditimpa bala bencana oleh Allah Taala sepertimana Lebanon yang berjiran dengan Laut Mati (bumi kaum Nabi Lut).
Mengapa kita tidak mengambil pengajaran dari Lebanon?

No comments:

Post a Comment