Tuan kitab AL ALIM AL ALAMAH SYEIKH ISMAIL BIN ABD QADIR memulakan syarahan kitab bakurah dengan NAMA ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang ...
Pembahasan Bismillah sangat luas jika kita bahaskan : luas pembahasannya . Tepai kita bahaskan secara ringkas . Tuan Kitab Bakurah terjemahkan AR RAHMAN dengan ALLAH bersifat boros iaitu Allah tidak kedekut kerana Allah bersifat dengan terkaya .
AR RAHIM,tuan kitab BAKURAH terjemah dengan ALLAH bersifat dengan kesihan belas , kasih sayang pada hamba yang mukmin .
Mengikut Syeikh Abd Qadir Mandili -(merupakan guru kepada guru saya )juga menterjemahkan AR RAHMAN dengan ALLAH yang memberi nikmat yang besar2 yang nampak dengan penglihatan seperti rumah , pakaian , kereta , duit ringgit dll . AR RAHIM pula beliau terjemahkan dengan ALLAH yang beri nikmat yang seni2 iaitu tidak boleh lihat dengan penglihatan kita seperti ilmu , iman , ihsan , hikmah dan lain lagi .
Sedikit petua :
Baca 786 kali Bismillah pada air dan minum 7 hari berturut2 sebelum sarapan pagi masa matahari tengah naik , Insyallah mujarab untuk penerang hati, hati keras jadi lembut , hati kotor jadi bersih dengan izin ALLAH . Ini saya terima ijazah dari guru mulia saya Tn Guru Hj Salleh yang beliau terima secara bersanad dari guru-guru beliau ...
Ini secara ringkas sahaja pembahasan disini ...
Insyallah saya tengah menunggu atau mencari khidmat tenaga mereka yang arif dalam rakaman dan masukan maklumat dalam youtube supaya umat mudah menguasai ilmu tauhid ini .
Andai orang bertanya kita : Mengapa kitab syara dimulakan dengan Bisamillah ?
Maka kita jawab : Kerana ikut tertib kitab Al Quran , dan kedua mengamalkan Sunnah Rasulullah ...
......................................
Tn Kitab memulakan kitabnya lagi dengan ALHAMDULILLAH
maksudnya segala puji bagi ALLAH
Puji ada 4 jenis
1: ALLAH PUJI DIRI ALLAH SENDIRI
2: ALLAH PUJI MAKHLUK
3: MAKHLUK PUJI MAKHLUK
4: MAKHLUK PUJI ALLAH
Tn kitab memuji Allah tuhan yang menerangkan hati kekasih Allah dengan NUR IMAN dan Allah juga menetapkan IMAN dalam hati kita dengan IMAN YANG JELAS dan dapat kita memahami pembeljaran ilmu tauhid , selain itu tn kitab memuji Allah kerana ALLAH meneguhkan IMAN dengan memahami pelajaran ilmu tauhid dan dapat kemukakan dalil (Quran dan Akal)dengan hujjah yang mantap, dan juga Allah memberi taufiq untuk kita dalami ilmu tauhid hingga dapat kuasai dan dapat kita beriman dengan Allah , rasul dan rukun2 iman dengan mantap , jelas dan penuh keyakinan didalam diri kita . Kita iman dengan iman yang teguh tidak seperti iman orang taklid , iman hanya ikut-ikutan sahaja tidak ada asas seperti lalang yang ditiup-tiup angin , iman orang taklid tidak mantap dan hukumnya khilaf ulama ada ulama kata berdosa besar dan ada kata iman tidak sah .
..........................................
Maka saya faham dari cakapan tn kitab
Tuhan itu adalah tempat tumpuan dan matlamat kita kerana TUHAN mesti terkaya , mesti ada sifat kemuliaan ( istiqna dan iftiqar) . Tuhan mestilah satu dan memiliki sifat kemulian ,dan tentu tidak ada sama sekali sifat mustahil atau kekurangan pada ALLAH .
Oleh kerana itu tn kitab kita memuji Allah yang mana memberi nikmat iman kepada kita . Iman itu pula iman yang jelas kerana iman ada yang salah dan ada yang betul . IMAN yang betul adalah iman AHLI SUNNAH .
ALLAH sahaja yang memberi taufiq kita dapat dalami ilmu tauhid . Ilmu tauhid merupakan ILMU FARDHU AIN diatas setiap individu muslim . Wajib kita dalami dengan sungguh-sungguh , andai tidak belajar ilmu tauhid hukumnya dosa seperti dosa kita tinggalkan sembahyang .
Apabila kita belajar maka kebiasaan kita akan mendapat kefahaman , apabila faham ilmu tauhid,iman kita teguh !
Iman satu nur yang Allah tempatkan dalam hati sunubari kita .
IMAN ITU NUR maka hati kita mesti dibersihkan dahulu dari sifat keji barulah dapat HAYATI ILMU TAUID dan KEMANISAN IMAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
kita perlu pelajari ilmu tauhid dengan cara mengkai sifat Allah yang kita ambil dari Quran dan Hadith
dan kita peru ada dalil akal untuk meneguhkan dalil Al Quran . Ini perintah Allah bedasarkan dalil ahli sunnah . Selepas itu wajib kita jazam , yakin teguh dengan apa yang kita pelajari , inilah iman yang sahih disisi kita ahli sunnah .
Ikuti ahli sunnah yang bersumberkan 4 hujjah
1: QURAN
2:HADITH
3:IJMA ULAMA
4:QIAS
Jangan jadi wahabi jangan jadi syiah , qadariah , mutazillah , mujassimah , zindik, jabariah dan banyak lagi aliran sufi yang tidak ada tauhid dan syariat .Ini semua sesat !
Andai hendak selamat dunia akhirat ikut jalanan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah , perbetulkan iman , kukuhkan iman , dalami ilmu !!!
Ikuti sambungan khutbah kitab BAKURAH malam ini INSYALLAH andai saya tidak ada kerja .
Sambungan siri ke -2 akan masuk cerita tentang sejarah kitab BAKURAH yang tn kitab kita ceritakan dalam halaman ke-2 kitab bakurah ...
Saudara semua tolong doa agar saya diteguhkan iaman dan dapat taufiq teruskan perjuangan ...
Thursday, December 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
salam ustaz,
ReplyDeleteJazakallah Khairon Kathiro
Moga mendapat kasih-sayang dari Allah.