Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, December 22, 2010

Isu Syiah: IKIM tumpu pada Sunni duluAbdul Rahim Sabri

Hari ini 22.12.2010
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menumpukan usaha memberi penjelasan terhadap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah terlebih dahulu sebelum melebarkannya kepada anggota mazhab Syiah.

"Kita di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah (pun) ada perbezaan pandangan, (maka) ini kita beri tumpuan dahulu.

"Dahulu, kita buat seminar (berhubung) adab perbezaan Pandangan. Kita dalam mazhab Syafie, kadang kala sensitif pendekatan mazhab lain, walhal (ia) dalam kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata Ketua Pengarah IKIM Datuk Dr Nik Mustapha Nik Hassan.

Isu Syiah meletus semula apabila seramai 128 pengikut Syiah ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves pada Rabu lalu, dipercayai tangkapan terbesar melibatkan pengikut ajaran itu.
Dua daripada telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti. Selebihnya dijangka menghadapi pertuduhan sama pada Mac tahun depan.
Dalam sidang media di institut itu di ibu negara pagi ini, Dr Nik Mustapha berkata, sekiranya umat Islam memahami perbezaan pandangan dalam pelbagai mazhab, tidak akan timbul sebarang masalah dalam masyarakat.
"Yang penting faham. Itu sebabnya kita mesti ada kefahaman. Perbezaan pandangan adalah perkara kecil, bukan perkara asas. Iktikad tidak berbeza," katanya.

Kurangkan pecah-belah yang ada
Menurut Dr Nik Mustapha lagi, IKIM juga akan menganjurkan lebih banyak majliz muzakarah pakar bagi membincangkan perkara itu.
Dr Nik Mustapha berkata, untuk mencari kedamaian dan keharmonian di kalangan umat Islam, lebih baik perkara itu diserahkan kepada buah fikiran pemimpin bagi mencari penyelesaiannya.

"Pecah-belah dalam masyarakat patut dikurangkan dan diminumkan. Saya tidak kata tidak ada perkelahian antara satu sama lain. Itu mungkin berlaku, yang penting kita kurangkan.

"Dalam agama, budaya setempat diambil kira. Sebab itu, hikmah (kebijaksanaan) daripada pemerintah sangat baik, supaya ada kestabilan," katanya.
Sebelum itu, Dr Nik Mustapha hadir dalam majlis pelancaran program gerak kerja IKIM 2011 yang dirasmikan oleh mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Besar IKIM.
Dalam majlis itu juga, Abdullah turut melancarkan dua buah buku terbitan IKIM bagi tahun ini hasil penyelidikan dan prosiding seminar yang dilaksanakan.

Dua buah buku itu ialah "Multi-Cultural Understanding of Filial Piety" dan "Pengurusan Kewangan dan Pemilikan Harta dalam Kalangan Wanita Islam".
Abdullah turut menyampaikan anugerah kepada sembilan kakitangan IKIM yang dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2009

No comments:

Post a Comment