Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label ummah. Show all posts
Showing posts with label ummah. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Isu Aqidah , apa peranan kita ?



Isu Aqidah Ummat : Apa sikap dan Peranan Kita ?

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom  telah mengemuka satu kenyataan ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa [DAP] bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. [ Er Teck Hwa meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu. ]

2. Ertinya aqidah ummat Islam sememangnya berdepan dengan isu yang mesti ditangani oleh seluruh ummat Islam tanpa melihat apa fahaman ideologi politik mereka khasnya mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin. Isu aqidah adalah Isu utama yang melepasi sempadan politik justeru ia berkait masa depan ummah di akhirat kelak.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mempunyai Front Bertindak Anti Murtad [Forkad] untuk menangani isu pencemaran aqidah khasnya berkait dengan kes murtad dalam negara kita. Insyaallah Forkad akan terus berperanan khasnya operasi pembenterasan usaha memurtadkan ummat Islam dan operasi pemulihan aqidah bagi muslim yang tercemar aqidah dan keliru terhadap pegangan agamanya.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan aqidah ummat Islam. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan PAS yang tidak pernah berubah. Justeru itu kita sokong JAIS yang bertindak untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini. 

5. Namun dalam masa yang sama, JAIS juga mestilah bermuhasabah malah jika jelas JAIS tersalah langkah, mestilah memohon maaf kepada ummat Islam di atas tindakan mereka meroboh, merantai dan menutup rumah Allah seperti yang pernah berlaku pada Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang, Masjid Fatimah az Zahra' Taman Kosas Ampang dan lain - lain. Begitu juga mengenai tangkapan yang dilakukan ke atas penceramah - penceramah hanya kerana kesalahan tidak mempunyai tauliah sedang JAIS boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah.

6. Sedang rumah Allah inilah menjadi "port" untuk memantapkan ilmu dan amal ummat Islam serta penceramah - penceramah inilah pula menjadi "agen" untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dari musibah murtad yang melanda negara.

7.  Murtad yang berlaku dalam negara kita mempunyai beberapa faktor pendorong yang ketara. Samaada faktor itu kecil atau besar, ianya perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak khasnya pihak berkuasa negara dan juga pihak berkuasa negeri. Zaman ini adalah zaman yang disebut oleh ulamak sebagai zaman "Riddah wa Laa Aba Bakrin Laha"  iaitu : Gejala Riddah dan Tiada Abu Bakar Menanganinya"

8. Sejarah Islam telah melakarkan format tindakan Abu Bakar as Siddiq Rha dalam memerangi murtad di hari pertama musibah murtad ini tercetus. Begitu juga di sepanjang zaman khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk daripada Allah swt. Maka kesimpulan yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui mesyuaratnya yang berlangsung pada 13 August 2011  ialah :

a ] mendesak Akta Murtad dilulus oleh Parlimen Malaysia dan dilaksanakan dalam negara kita.  [ Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi malangnya ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru sekali lagi tidak dibenarkan membentang rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.  Demikian juga pada sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, Yb Salahudin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. ]

b ] mengusulkan agar Kementerian Pelajaran mewajibkan silibus pengajian agama sebagai silibus wajib ambil dan wajib lulus dalam semua jenis dan peringkat sijil peperiksaan.

c ] menggesa supaya agensi seperti Pusat Pungutan Zakat, Baitul Maal dan lainnya dapat membuat agihan yang adil dan tepat kepada golongan yang memerlukannya termasuk membantu menaikkan taraf kehidupan mereka.

d ] mencadangkan supaya agensi berikut membiayai atau mengeluarkan peruntukan untuk menghantar pendakwah Islam ke kawasan perlu seperti pendalaman, perkampungan orang asal, Sabah dan Sarawak.

e ] mendesak supaya pihak berkenaan dan berwajib membuat tambahan pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik dalam negara kita.

f ] mendesak kerajaan menukar kembali cuti hari Ahad kepada hari Jumaat seperti di negeri Johor dan Perlis sebagai hari kebesaran ummat Islam.

g ] mengekang sebarang aktiviti yang melemahkan iman, akhlak dan pemikiran ummat Islam seperti hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan apa jua aktiviti maksiat dan mungkar.

9. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga tidak mahu berlakunya pelanggaran hak non muslim yang telah dipelihara oleh syara' seperti menafikan hak mereka melaksanakan aktiviti agama mereka termasuk melakukan pencerobohan terhadap hak non muslim.

10. Ummat Islam mestilah peka dan sensitif dengan sebarang bentuk aktiviti yang boleh merosakkan nilai aqidah dan keperibadian mereka sebagai seorang muslim. Serentak itu menjadi tanggungjawab setiap individu muslim mendalami agama Islam melalui sumbernya yang betul agar keyakinan atau pegangan agamanya tidak mudah tergugat dan tercemar.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

.....................................................




Sidang Meja Bulat Ngo - Ngo Islam
Anjuran : Ikatan Ilmuan Malaysia [ILMUAN]
Tajuk : Isu Aqidah Ummah : Apa Sikap dan Peranan Kita ?

Resolusi Sidang Meja Bulat
Shah Alam 13 Ramadhan 1432


Sidang Meja Bulat NGO-NGO Islam yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Ogos 2011  bersamaan 13 Ramadhan 1432 [sabtu] telah mengambil pendirian-pendirian berikut:

1. Kami bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.

2. Kami mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

3. Kami menggesa supaya JAIS dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam dari pegangan akidah mereka sebagaimana tuntutan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

4. Kami menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin.

5. Kami mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

6. Kami menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru kami menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub.

7. Kami menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati.

8. Kami menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa.

9. Kami mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini. 

10. Kami NGO yang hadir hari ini bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam.

Ngo yang terlibat :

1. PIMPINAN
2. ILMAM
3. Sekteriat Pemuda Perihatin
4. Yayasan Kepimpinan Malaysia
5. Ummah Prihatin Malaysia
6. ILMUAN
7. Pro – Guam
8. Perubatan Islam Darus Syifa’
9. PAPISMA
10. GAMIS
11. INTELEK
12. BISA - Belia Islam Ampang
13. IKATAN - Ikatan Padu Rakyat Malaysia
14. IMPROF - Pertubuhan Muslim Professional
15. I - Khidmat - Ikatan Khidmat Muslim
16. MPM - Majlis Perundingan Melayu
17. GAGASAN
18. PMRAM
19.  UKP - Usrah Kebajikan Profesional
20. FORKAD - Front Bertindak Anti Murtad
21. Umah Care
22. Terap Care
23. Tabung Kebajikan Al-Masakin.
24.  Dewan Pemuda PAS Malaysia


sekian.

Presiden Ilmuan
Dr Fuad Salleh

Saturday, August 13, 2011

Pemuda PAS hantar memo ke-China: Bantahan larangan berpuasa kepada Ummat Islam



Kini Muslim Uighur kembali menderita terbaru akibat tindak
an keras pemerintah Cina terhadap minoriti etnik di wilayah barat laut Xinjiang itu dengan larangan berpuasa dan beribadah di masjid-masjid.
“Jika ada tokoh agama bertazkirah Ramadhan atau mendorong orang untuk ambil bagian, maka mereka akan kehilangan keizinan permit untuk berdakwah,” kata Dilxat Raxit, juru cakap Kongres Uighur Dunia yang berpangkalan di Munich minggu lalu
“Kes yang lebih serius apabila penangkapan dibuat bagi mereka yang melakukan ibadah tarawih yang dinilai menyalahi undang-undang” katanya lagi.
Dibawah pemerintahan Beijing, Pemerintah Daerah Xinjiang, penduduk Islam diminta menandatangani ‘surat akuan’ yang isinya berjanji untuk tidak berpuasa dan solat tarawih atau kegiatan keagamaan lainnya selama ramadhan.Sementara perusahaan swasta menawarkan makanan disiang-hari kepada pekerja Muslim Uighur. Siapa yang menolak untuk makan akan kehilangan bonus tahunan mereka, atau bahkan pekerjaan mereka, Raxit menambahkan.Sasaran juga termasuk sekolah Islam, untuk menyediakan makan diwaktu siang hari selama masa puasa. Seorang warga Uighur Beijing mengatakan siswa di bawah 18 tahun dilarang puasa selama bulan Ramadhan. Selain itu, pemerintah memaksa restoran di wilayah majoriti Muslim untuk tetap dibuka sepanjang hari.
Kawalan juga dilakukan kepada mereka yang cuba untuk menghadiri solat di masjid-masjid. Mereka harus mendaftar dengan kad pengenalan mereka. “Mereka harus mendaftar, dan setelah selesai solat dan berdoa mereka tidak diizinkan untuk berkumpul dan berbicara satu sama lain,” tegasnya.
Sehari sebelum dimulainya bulan suci ramadhan bagi umat Islam Cina, setidaknya 11 orang terbunuh dalam rangkaian serangan di wilayah utara-barat Xinjiang. Pihak pemerintah Cina menyerang minoriti etnik setelah polis Cina menembak mati dua Muslim pada minggu lalu.
Sebelum 18 orang Islam dibunuh dalam serangan di wilayah Xinjiang yang bergolak. Setelah kerusuhan, lebih dari 100 orang Uighur ditahan pemerintah Cina. Penduduk setempat mengatakan, kebanyakan dari mereka yang ditahan dan dituduh adalah mereka yang tengah beribadah di masjid dan istri mereka yang mengenakan jilbab.

Thursday, June 30, 2011

Awas daging haram !!!



Wajib Boikot Macdonal !!!
Awas jangan bagi keluarga kita terlibat memakan benda najis dan diharamkan syara !
Tujuan Yahudi adalah untuk merosakkan Islam ...
Tanggungjawab kita untuk sebarkan pada ummat

Friday, June 17, 2011

Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid memberitahu, banyak permohonan untuk keluar Islam dibuat oleh golongan mualaf yang baru memeluk Islam.

NONE“Yang ramai itulah dia, (orang yang) bertukar kepada Islam,” katanya ketika ditanya sama ada majoriti yang memohon menukar agama terdiri daripada saudara baru.

Beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran terperinci berhubung pendedahannya itu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan, permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah bagi seluruh negara adalah 135 orang antara tahun 2000 hingga 2010.

Laporan itu berdasarkan statistik yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat yang menyatakan permohonan menukar status agama oleh orang Islam adalah 863 kes dan sebanyak 168 diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira. 

Lebih memeningkan lagi, menteri berkenaan pada petang Rabu, dipetik Bernama sebagai menafikan jawapan yang diberikannya kepada Dewan Rakyat itu.

sitting in a mosqueBernama melaporkan Jamil Khir berkata sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

Ketika dihubungiMalaysiakini semalam, Tamyes turut melahirkan kebimbangannya berhubung peningkatan bilangan permohonan murtad yang ramai.

“Bukan saya seorang saja (bimbang), semua berasa bimbang. Saya harap golongan tertentu (yang ingin murtad) jelas matlamat (mereka) yang sebenar,” kata Tamyes.

Ramai yang dari Hindu

Sehubungan itu, beliau mencadangkan semua pihak, terutamanya penguatkuasa agama menggandakan usaha membenteras gejala itu dengan menggiatkan usaha dakwah.

“Semua pihak (berusaha) bukan hanya pihak penguatkuasa sahaja. Orang ramai termasuk ibu bapa dan masyarakat kena berusaha,” katanya.

NONEBeliau juga mengingatkan, seseorang yang ingin menganut agama Islam perlulah dengan kerelaan hati dan bukannya kerana paksaan bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.

“Kalau begitu, dia (saudara baru) akan komited (berpegang pada Islam),” katanya lagi.

Sementara itu, seorang pegawai penasihatan akidah di Jabatan Mufti Selangor, M Daruddin Taib @ Hassan memberitahu, di negeri itu, kebanyakan kes murtad melibatkan kaum India.

“Kita (jabatan mufti) menggunakan panel (yang dianggotai orang) Hindu yang masuk Islam (untuk kes sebegitu), saya tak boleh bertutur bahasa Tamil,” katanya.

Namun menurut beliau, terdapat juga kes lain yang melibatkan pelbagai latar belakang.

“Macam-macamla latar belakang. Ada yang lahir dan dibesarkan oleh keluarga yang bukan beragama Islam,” katanya.

Katanya lagi, ada yang memohon untuk bertukar kepada Islam kerana ingin berkahwin dengan orang Islam namun kegagalan perkahwinan mendorong mereka kembali ke agama asal

Thursday, June 16, 2011

DNA Babi dalam sos makanan

KUALA LUMPUR, 16 Jun:
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dan merasa bimbang
dengan pendedahan sejak akhir-akhir ini mengenai pelbagai produk makanan
yang digunakan dengan meluas oleh umat Islam mengandungi DNA babi.Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata,
terbaru pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan
keputusan oleh Jabatan Kimia Malaysia yang menguji sampel produk HP
Sauce dan Tabasco Pepper Sauce mengesahkan terdapat asid
deoksiribonukleik (DNA) babi di dalamnya.
Laporan akhbar hari ini menyatakan semua pemegang dan pemohon baru
Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper
Sauce diarah menukarkannya kepada produk lain yang memiliki sijil halal
berikutan penemuan DNA babi dalam produk berkenaan.
“Bagi umat Islam, sebarang isu yang berkaitan persoalan halal haram
perlu diambil serius, kerana ia sesuatu yang amat sensitif kepada
mereka,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
CAP juga, ujarnya menggesa pihak berkuasa bertindak tegas dengan
menguji sampel produk berkaitan dengan sos selain daripada jenama
berkenaan memandangkan begitu banyak sos yang dikeluarkan dalam negara
atau pun dari luar negara.
Beliau menambah, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana sos
digunakan di dalam banyak bahan masakan di rumah dan juga di kedai,
restoran dan gerai-gerai makanan terutamanya dalam makanan ala Barat.
Menurutnya lagi, melalui pembangunan teknologi makanan, pemprosesan
makanan menjadi semakin kompleks dan pengguna juga mempunyai pelbagai
makanan yang diproses untuk dipilih dan keadaan itulah yang mendedahkan
pengguna kepada pelbagai jenis makanan yang mungkin mengandungi bahan
haram.
Oleh sebab itu, tegasnya CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya menarik balik dengan
segera penjualan dua produk itu yang dijual di Malaysia.
“CAP menggesa rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan menghentikan
segera pengambilan sos sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim,”
ujarnya.
Pengguna juga, katanya perlu mengelak daripada mengambil produk
Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage kerana Sijil
Pengesahan Halal telah ditarik balik.
Sehubungan itu, ujarnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan
untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu
yang serius dan memerlukan tindakan segera

Kartun: Pemuda PAS serah memo pada Utusan esok


KUALA LUMPUR, 16 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum ke ibu pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin, di sini, jam 9.00 pagi esok, bagi mendesak Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung penyiaran kartun menghina Islam di akhbar itu, semalam.
Sehubungan itu, orang ramai yang prihatin dengan kepentingan Islam digesa bersama-sama Dewan Pemuda PAS Pusat ke ibu pejabat akhbar milik Umno itu di alamat 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, berdekatan LRT Chan Sow Lin bagi melakukan penyerahan memorandum tersebut.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi (gambar) menegaskan, penyerahan memorandum tersebut merupakan langkah awal oleh pihak pemuda PAS bagi mendesak Utusan Malaysia memohon maaf berhubung kesilapan besar yang dilakukan itu.
Menurut beliau, sekiranya desakan itu tidak dihiraukan oleh Utusan, Pemuda PAS akan mengadakan bantahan lebih keras dengan mengadakan demonstrasi besar-besaran.
Katanya, tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan kartun menghina Islam semalam merupakan satu kesalahan besar yang tidak boleh dibiarkan.
"Karikatur itu jelas mempersendakan hukum dan agama Islam, apabila ia dilukis dengan memberi mesej dan gambaran hukum Islam sangat lemah sedangkan hukum Islam itu datangnya dari Allah, sifatnya adil dan pelaksanaannya sudah terbukti berkesan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Karikatur itu juga, menurut beliau, menggambarkan kolotnya Islam dengan seorang lelaki berjubah dan berserban menyelesaikan masalah berbanding dengan anggota polis, sekali gus menghina seluruh umat Islam.
Selain itu, ujarnya, ia cuba mengelirukan umat Islam dengan memperlihatkan hukum zina secara permukaan (surface) sedangkan hukum itu masih ada perinciannya dan untuk menjatuhkannya tidak semudah itu.
"Tindakan Utusan menyiarkan kartun itu, jelasnya, menimbulkan kemarahan umat Islam dan turut memperlihatkan niat Utusan untuk menimbulkan keadaan tidak menentu di kalangan umat Islam berhubung perlaksanaan hukum Allah," tegasnya.
Lakaran kartun yang disiarkan Utusan semalam bermotifkan sebagai satu penjelasan berhubung kekeliruan kes rogol, dengan memperlihatkan sikap Utusan yang sangat jahat apabila membenarkan sebuah karikatur yang mengakibatkan imej negatif kepada agama Islam. 
Karikatur tersebut cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan membuktikannya dengan rakaman handphone, tetapi ditolak oleh tok penghulu kerana tiada empat saksi.
Manakala ketika wanita yang sama mengadu kepada polis, bukti rakaman rogol menggunakan telefon bimbit diterima oleh pihak polis.
Sindiran yang menghina itu dipercayai sengaja dicipta selepas PAS menolak ciptaan terbaru pemimpin Umno dengan video seks yang didakwa oleh mereka membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat

Thursday, June 9, 2011

Ulamak bersatu hadapi isu Islamofobia

SHAH ALAM, 9 Jun: Hari terakhir Muktamar Ulamak Sedunia di sini yang berlangsung bermula 6 hingga 8 Jun menggesa seluruh ulamak bersatu bagi menghadapi isu Islamofobia

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin dan Setiausahanya, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menyertai muktamar itu dan menghantar laporan ke sini bagi mengemaskinikan maklumat kepada umat Islam di Malaysia.


Menurut Azmi, di peringkat antarabangsa propaganda terhadap imej Islam perlu segera dinilai kerana Barat sedang memberi kesan yang negatif terhadap Islam dan ini penting  agar realiti umat tidak disalahgambarkan dengan fitnah jahat kuasa Barat.

“Ulamak perlu bersama umat bukan hanya dalam masjid semata, Ulamak perlu turun beraksi di lapangan rakyat supaya kefahaman Islam pada peringkat dalaman dapat disampaikan secara mantap dalam kalangan umat Islam sendiri sebelum menangani persoalan imej yang cuba digambarkan dari luar.

“Isu tidak membenarkan kaum Muslimah memakai hijab, menayangkan filem yang menggambarkan fitnah terhadap Rasul, pembatalan projek Pusat Islam dan tidak membenarkan pembinaan masjid adalah antara isu yang menterjemahkan sikap Islamofobia Barat, tegas Azmi.

Dalam muktamar sama, Ustaz Abdul Ghani membentangkan bagaimana Rasulullah SAW menegaskan Islam agama tertinggi dan ulamak bertanggungjawab  mempertahankan kesatuan sosio, ekonomi  dan politik umat demi menjamin imej umat sebagai umat terbaik.

Beliau turut mengupas masalah umat yang dijajah kerana ada pemimpin Islam sendiri yang menyalahguna kuasa dan bersikap korup di Negara Islam.

Ustaz Abdul Ghani juga menegaskan ada kalangan umat yang menolak Islam sebagai penyelesaian dan ada yang memilah-milah Islam dalam pemikiran dan amalan kerana itu, ulamak perlu mengukuhkan kesatuan politik dan ekonomi serta ketenteraan dalam kalangan umat melalui  fikrah yang betul terhadap Islam.

Dari sudut status sosio-ekonomi, beliau menyatakan ulamak perlu berwaspada supaya perpecahan dan penyelewengan dapat dibenteras kerana konflik sesama ulamak dan umat akan merugikan bukan sahaja umat Islam akan tetapi juga seluruh manusia.

Dalam hal kepimpinan, beliau menegaskan perlu diusahakan pemulihan keyakinan umat terhadap para pemimpin dan ulamak. Isu hilangnya keyakinan umat terhadap kebanyakan pemimpin dan ulamak kini  amat serius.

Di samping itu, beliau juga mencadangkan semua sumber media dan para seniman dilibatkan dalam menghadapi isu Islamofobia.

“Seluruh pihak dalam kalangan ulamak, ahli profesional, aktivis NGO dan ahli politik, ahli budayawan hendaklah digemblengkan dengan efektif untuk mempertahankan maruah Islam.

“Amat perlu diwujudkan Pusat Penyelidikan yang berkesan untuk memantau pelbagai isu yang dihadapi oleh umat di peringkat antarabangsa dan menggariskan agenda bertindak yang perlu diambil.

“Wajar digerakkan program latihan yang mantap dalam pelbagai bidang untuk para ulamak menghadapi pelbagai cabaran global; kemahiran pengurusan, komunikasi  dan keupayaan mengendalikan isu umat, perlu dilaksanakan untuk menyiapkan umat mengendali pelbagai isu global,” tegasnya

Saturday, April 16, 2011

Bob Lokman -Hidayah Allah dari dunia hiburan ke dunia Islam



Pengalaman Bob Lokman berdakwah di Sarawak semasa membantu kempen PAS semasa PR Sarawak

Tuesday, February 22, 2011

خطبة وصلاة الجمعة 18 2 2011م للشيخ العلامة يوسف القرضاوي من ميدان التحري...



Medan Tahrir menjadi sejarah dunia . Alhamdulillah Allah telah menjatuhkan kerajaan zalim . Ulama perlu mencontohi perjuangan Syeikh  Yusuf  Al Qaradawi yang berani menentang kezaliman kerajaan fasiq .
Sejarah ini akan terukir selama-lama dan akan menjadi contoh kebangkitan kepada anak-anak muda sekarang .
Para pemimpin dunia perlu mengambil ikhtibar dari sejarah ini ...
ampuni kami