Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label sultan muhammad faris. Show all posts
Showing posts with label sultan muhammad faris. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Gambar Walk with me 2012 Raja Kelantan


SULTAN MUHAMMAD BERJALAN 7 KM 
HARI WALK WITH ME 2012
sumber gambar FB di sini

Wednesday, March 28, 2012

Sultan Kelantan Terima DK Kedah


KOTA BAHARU - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini menerima Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK) daripada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini.

Pada majlis penganugerahan darjah kebesaran itu, Sultan Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.- Bernama



Agama Rakyat Ikut Agama Raja dan Agama Raja Ikut Agama Ulama'

Saturday, November 12, 2011

Kewibawaan sultan Kelantan lahir ramai ulama


KOTA BHARU, 12 Nov: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rahsia kejayaan negeri Kelantan melahirkan ramai alim ulama di negeri ini adalah disebabkan kewibawaan sultan yang menaungi pemerintahan.

Menteri Besar berkata, ini terbukti apabila usaha dilakukan nenekanda Sultan Muhammad V iaitu Sultan Muhammad II dan Sultan Ahmad pada masa lalu dalam usaha mendaulatkan undang-undang Islam di negeri Kelantan.
“Sejarah mencatatkan bagaimana pada zaman pemerintahan nenenda Tuanku (Sultan Muhammad V) iaitu Sultan Muhammad II dan Sultan Ahmad telah berusaha untuk mendaulatkan undang-undang Islam di negeri ini,” katanya.
Sambil menyifatkan bumi Kelantan terkenal sebagai Serambi Mekah melahirkan ribuan ulama sejak ribuan tahun lalu, Menteri Besar berkata berdasarkan rekod,  Kelantan telah mula menerima ‘gema syahadah’ Islam sebelum Abad ke-12 Masehi  lagi.
Beliau berucap pada Istiadat Menyembah Ucapan Taat Setia bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat menyembah Ucapan Tahniah serta Taat Setia di Istana Balai Besar di sini tengah hari tadi.
Majlis itu sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-42 Sultan Muhammad V Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Menurut Menteri Besar, penemuan dinar di Kota Kubang Labu, Pasir Pekan dekat sini lama dahulu juga membuktikan bahawa Islam diamalkan dalam pemerintahan negeri Kelantan pada masa lalu.
Beliau menegaskan Kelantan adalah di antara negeri mula-mula mewujudkan sistem pengajian Pondok di rantau ini bagi pengajian dan penyebaran Islam di mana Pondok pertama didirikan di Kelantan pada 1820 Masehi.

Pondok itu didirikan oleh Haji Abdul Samad Abdullah (Tuk Pulai Chondong) selain Pondok Tuk Bachok dan Pondok Kubang Pasu yang didirikan pada 1900.
Didirikan juga Pondok Haji Abdul Malik, Tumpat (1907), Pondok Haji Yusoff Pulau Ubi, Geting Tumpat(1908), Pondok Sungai Budur, Pondok Kg Banggol, Pondok Tuk Padang dan Pondok Tuk Semian yang antara lain dengan itu menampilkan kecemerlangan pengajian Islam di negeri ini.
Menteri Besar berkata usaha untuk mendaulatkan Islam di Kelantan telah diteruskan oleh Sultan Muhmmmad II (1890–1991).
“Baginda telah menguat kuasakan pelaksanaan undanng-undang syariah sama ada jenayah mahu pun mal.
“Dan pada zaman pemerintahan Sultan Mansur (1890 –1900), undang-undang syariah dilaksanakan sepenuhnya di bumi Kelantan termasuklah Hukum Hudud ke atas pencuri dan Qisas ke atas pembunuh.
“Baginda juga menguat kuasakan Hukum Takzir bagi orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat,” katanya.
Lantaran itu, kata Menteri Besar, usaha Kerajan Kelantan kini untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah di ngeri ini bukanlah sesuatu yang baru.
“Bahkan ia adalah kesinambungan usaha yang telah dilakukan nenekanda Tuanku (Sultan Muhammad V) bagi melaksanakan undang-undang syariah di negeri ini secara menyeluruh,” katanya.

Justeru, Menteri Besar berharap dengan bersemayamnya Sultan Muhammad V serta  pemilihan Tuanku sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, harapannya dan harapan rakyat seluruhnya agar Sultan Muhammad V diberikan kekuatan, taufik dan hidayah oleh Allah swt bagi menaungi rakyat dan negeri Kelantan serta seluruh negara nanti,  dengan ruh syariah.
“Patik yakin, insya Allah, Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah ini akan  terus dilimpahi keberkatan oleh Allah swt dan mencatat sejarah kegemilangan untuk Islam sebagaimana di masa lalu, di bawah naungan pemerintahan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
“Dari selat ke tengah kota, disulam selasih pohon berangan; Tuanku berdaulat  di atas takhta, diringi kasih yang berpanjangan,’ katanya mengakhiri ucapan dengan berpantun.

Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 42 KDYMM Sultan Muhammad V











KOTA BHARU, 12.Nov - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan Abdul Fattah Mahmood hari ini dianugerahkan gelaran Ahli Yang Kedua ( Dato’ Paduka ) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia ( Al-ISMAILI II ) ( D.J.M.K ) oleh Sultan Muhammad ke V sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke 42.
Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan bertempat di Dewan Balai Rong Seri Istana Balai Besar.
Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan YTM Dr.Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub, Speaker Dun Kelantan Datuk Nasruddin Daud, Exco negeri, Wakil Rakyat Parlimen dan Dun serta pembesar negeri lain.
Datuk Abdul Fattah Mahmood yang juga Adun Bukit Panau ketika ditemui melahirkan rasa junjung kasih kepada Tuanku Al-Sultan dan dengan penganugerahan yang diterima ini ia akan menjadi lebih mendekatkan diri kepada kerja-kerja dakwah terhadap Allah SWT.
Menteri Besar Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz turut hadir
“ Semoga anugerah ini akan membantu kita dalam menjayakan program-program serta kerja-kerja dakwah “ujar beliau.
Sementara itu isteri Menteri Besar Kelantan Datin Bentara Setia Tuan Sabariah Tuan Ishak telah dianugerahkan Ahli Yang Ketiga ( TAULAN ) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia
(AL-ISMAILI III ) (J.M.K) bersama Ahli Parlimen Rantau Panjang Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff.
Wakil Rakyat turut hadir di majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Al-Sultan Kelantan

Turut menerima JMK ialah mantan Wakil Rakyat Wakaf Bharu yang kini merupakan Pengarah Eksekutif PMBK Sawit Haji Ramli Abu Bakar.
Majlis yang berlangsung dengan penuh kesederhanaan itu turut menyaksikan istiadat menyembah ucapan Taat Setia dari Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi pihak kerajaan dan Rakyat Kelantan keseluruhannya.

Sultan seru henti perbuatan ‘bermain api’


KOTA BHARU, 12 Nov: Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap kemunculan ‘iklim tidak sihat’ yang dicetuskan anasir anti establishment dalam masyarakat.

“Beta ingin mengingatkan rakyat dan masyarakat di segenap lapisan agar sentiasa berwaspada, hati-hati dan peka terhadap kemunculan iklim yang tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti establishment dalam masyarakat, dengan cuba mengubah lanskap kehidupan harmoni dan damai dengan menimbulkan ‘sikap buat- buat lupa faktor sejarah’, kontrak sosial yang dipersetujui bersama," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah UcapanTahniah dan Taat Setia di Istana Balai Besar di sini tengah hari tadi.
Majlis turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan ismail Petra itu dihadiri pembesar negeri dari dalam dan luar negara serta para Kerabat Diraja.
Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Titah baginda, anasir itu juga cuba mencetuskan isu berkaitan agama Islam, bahkan mencabar kewibawaan raja-raja.
“Mereka juga mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan Bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan,” titah baginda.
Justeru baginda menyeru pihak berkenaan supaya menghentikan perbuatan ‘bermain api’ serta sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak diterima dalam masyarakat dan negara.
Baginda turut menyentuh keadaan dunia yang terus mengalami perubahan iklim yang tidak menentu mengakibatkan pemasanan global dan mala petaka seperti gempa bumi, banjir dan kemarau serta taufan.

Sehubungan itu, titah baginda, kesan paling awal yang akan dapat dilihat ialah kemerosotan pengeluaran hasil makanan, pertumbuhan ekonomi global yang lembab dan muram pada tahun ini berbanding tahun lepas.
“Ini, turut memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi dunia,” titah baginda sambil menyeru rakyat menggemblengkan tenaga bekerjasama mempastikan pertumbuhan ekonomi dapat diatasi sekadar yang boleh.
“Semua pihak perlu bergiat mencari pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuahan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat,” titah baginda.
Pada istiadat tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DKMJ) yang membawa gelaran Datuk Paduka.




Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung





KOTA BHARU, 11 Nov: Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra selamat menyempurnakan upacara Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan di Padang Merdeka di sini sebentar tadi.
Istiadat sempena Pemasyhuran Perayaan Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-42, 2011 itu turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Turut hadir pada upacara itu Kerabat Diraja dan pembesar negeri.
Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara serta pimpinan politik, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Perayaan keputeraan bertema “Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung” itu bermula seawal 6.30 petang semalam dengan mengadakan majlis solat Hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi di sini dan di semua masjid utama jajahan.
Istiadat ‘meletak kerja’ pula diadakan di Istana Balai Besar di sini seawal 7.45 pagi tadi sebelum diadakan jamuan rakyat di Masjid Muhammadi di sini selepas solat Jumaat nanti.
Sementara Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri serta Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia akan diadakan esok mulai 9.00 pagi di Istana Balai Besar di sini.
Menurut kenyataan rasmi, perayaan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan itu bermula 10 hingga 12 November 2011.
Majlis Santapan Malam Persembahan Kerajaan Negeri diadakan pada malam ini di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim di sini.


ampuni kami