Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label prk kuala besut. Show all posts
Showing posts with label prk kuala besut. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Doa agar ALLAH beri kemenangan untuk ISLAM di Kuala Besut seperti ALLAH beri Pertolongan PERANG BADAR

JOM RAMAI RAMAI KITA DOA
Moga dengan BERKAT RAMADHAN ini ALLAH 
beri pertolongan kepada PAS agar mendapat kemenangan dalam peperengan BADAR 
Moga Kuala Besut menjadi medan JIHAD HAWA NAFSU di bulan Mulia dan menjadi 
Medan Jihad bagi petugas petugas yang ingin SYARIAT ISLAM tertegak di muka bumi Malaysia
yang kita cintai . 
Moga pimpinan Ulama terus mendapat kekuatan dan kesihatan untuk terus Istiqamah dalam memimpin perjuangan . 
Moga seluruh pertugas PAS terus bekerja kuat dan tingkatkan ketaqwaan dalam meneruskan amal kebajikan di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan .





Thursday, July 11, 2013

Terkini - Penamaan Calon Kuala Besut









Amanat TGNA Untuk Pengundi dan Petugas di PRK N.01 Kuala Besut

Presiden ketuai perarakan, TG Nik Aziz juga hadir



BESUT: Biarpun ridak sempat menyertai perarakan, namun Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, pagi ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon PAS.

Perarakan sejauh kira-kira dua kilometer menuju tempat penamaan calon turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya PAS Terenggani, Mohd Abdul Wahid Endut.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga turut mengiringi calon PAS, Azlan Yusof yang disertai kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Sebelum berarak, Tuan Guru Abdul Hadi mengimamkan solat hajat bermula jam 7.45 pagi di Masjid Kampung Raja.

Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tiba lebih awal lagi biarpun dalam.keadaan hujan renyai-renyai.

Perarakan ke pusat penamaan calon di Pusat Rakan Muda, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Besut bermula jam 8.00 pagi.

Calon PAS dan pemimpin Pakatan mulai masuk ke kawasan itu jam 8.30 pagi.

Azlan beserta penyokong dan pencadang memasuki pusat penamaan calon jam 9.00 sebaik sahaja dibuka.
Ketibaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz disambut oleh Mustafa Ali.

Pemimpin PAS dan PR berada di pekarangan pusat penamaan calon.

Azlan meneliti borang yang diserahkan kepada Pegawai Pengurus PRK Kuala Besut.
ampuni kami